Jom nak introduce anak buah pertama belah k.fiezz, kenalkan Ayyash Harris..Lahir pada 19 Okt.2022 waktu petang di Hospital Kajang. Alhamdulillah cucu pertama mak & abah k.fiezz selepas beberapa tahun menunggu cucu-cucu dari anak-anak diaorang iaitu k.fiezz & adik yang dah berkahwin lama. K.fiezz & mr hubby kahwin dulu dari adik k.fiezz tapi kitaorang lambat dikurniakan rezeki dari Allah yang ni..Alhamdulillah, tahun lepas sampai dah rezeki adik k.fiezz & isteri dia menimang cahaya mata pertama. Secara rasminya Ayyash ni cucu pertama mak & abah dan juga sekaligus anak buah pertama belah k.fiezz..

Masa Ayyash lahir tahun lepas, k.fiezz tak nak kongsi apa-apa. Nak tunggu dia besar sikit macam sekarang baru lah k.fiezz kongsi cerita pasal kelahiran Ayyash ni di blog. 

ASSALAMUALAIKUM AYYASH

Assalammualaikum Ayyash. Selamat menjadi ahli baru dalam keluarga Abu & Paridah..hehe..Moga Ayyash membesar menjadi anak yang baik, dengar cakap ibu, ayah dan orang tua termasuk mak long, pak long, ayah ngah, okay...Semoga berjaya dalam pelajaran juga dan menjadi anak yang berguna pada keluarga & masyarakat. Aamiin..


new born baby

Ni masa Ayyash baby. Tidur je kerjanya sebab masa ni tengah kuning lagi jadi banyak Zzzzz....

new born baby

Ayyash terbaru dah 4 bulan. Abaikan mak long yang nak juga enterprame..hehe..


Ayyash sekarang dah pandai agah, dah pandai nak berpegang je..hehe..Sado tangan mak long tiap kali Ayyash datang rumah atau pergi ke rumah dia sebab dia tak nak duduk..haha..Sabor je lah..Dah pandai juga sekarang ni, bila pegang dia kita jangan main handphone. Dia nak concentrate kat dia je..Bijak sangat tau..hehe..

So Ayyash welcome to da family..Separuh Perak, Separuh Nogori Sembilan...

TAZABARRR NAK BAGI SEPUPU KAT AYASH NI..hehe...

4 Comments

  1. syoknya ada baby..dah lama xde baby kat rumah cik nor..:)

    ReplyDelete
  2. Mesti lagi meriah Raya tahun ni. Didoakan nanti turn akak pula okay

    ReplyDelete
  3. Rupanya anak buah pertama belah Puan Fieza.
    Tahniah untuk adik dan adik ipar.
    Seronok main, dukung masa ini.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Ayyash yang comel

    ReplyDelete