Orang lain bila ke Ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh sebab banyak tempat makan yang sedap tapi sis & mr hubby, tak berapa nak rajin jalan-jalan. haha. Biasanya bila balik ke Ipoh, tiap kali nak makan di luar mr hubby memang bawa kat tempat makan di Ipoh yang jadi favourite dia..yang dia dah tahu tempat tu makanan dia sedap.

Kalau baca kat blog-blog atau facebook/instagram ramai share tempat makan yang best/hipster sekitar Ipoh. Tapi sis follow je mr hubby nak bawa makan kat mana pun area Ipoh ni sebab dia orang Ipoh. Dia lagi tahu tempat makan di Ipoh yang kena dengan tekak atau selera dia. Kadang tempat orang share tu tak semestinya kena dengan selera kita. Sedap tu subjektif..Tapi tak nafikan lah kat area Ipoh memang banyak tempat makan yang makanan dia sedap-sedap. 

TEMPAT MAKAN DI IPOH

Masa cuti hujung tahun, tahun lepas kitaorang balik kampung. Masa turn bermalam kat rumah mak  mertua k.fiezz di Ipoh, kitaorang pi jalan-jalan cari makan di Ipoh. Antaranya dua tempat ni. Tempat no.2 kat bawah ni, memang k.fiezz tahu tempat favourite mr hubby. Tempat no.1 (rujuk gambar bawah), k.fiezz rasa macam first time singgah makan kat sini. Biasa juga lalu kat sini sebab kedudukan medan selera ni dekat dengan Masjid Negeri Ipoh. Kitaorang bila balik ke Ipoh, rajin ke area sini sebab ada 1 kedai favourite mr hubby. Nanti k.fiezz story kedai favourite mr hubby yang ni pula. Haritu pun ada je singgah kat kedai ni tapi sis lupa snap gambor..Nanti bila-bila balik Ipoh, kitaorang singgah kedai tu k.fiezz share kat sini.

Jadi berbalik story pasal jalan-jalan cari makan di Ipoh ni. Jom k.fiezz share tempat kitaorang menjamu selera ni.

Medan Selera Dataran Dato Sagor

Cadangan ke Medan Selera Dataran Dato' Sagor ni dari mama atau adik ipar atau mr hubby. Tak sure lah yang mana satu, sis follow je sebab diaorang yang orang Ipoh,kan. hehe. Kitaorang ke Medan Selera Dataran Dato Sagor ni untuk breakfast. Kat sini berderet gerai-gerai di bawah satu bumbung. Rambang mata sis nak order apa.

Tapi order juga lah kat salah satu kedai yang ada kat sini..Duk rambang mata pun perut lapar. Kena makan juga. Jadi try je order. Tak cuba tak tahu, yea tak...

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Dari arah depan Medan Selera Dataran Dato Sagor. Sis tak selfie sebab masa ke sini muka tak mekap & tak mandi..hehe..

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Berderet gerai & banyak meja, kerusi. Cari lah mana-mana meja dan kerusi yang kosong, lepas tu order dari mana-mana kedai yang korang suka...

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

K.fiezz order Kuey Tiow Goreng..My favourite all da time, kuey tiow...
Serius sedap weiii kuey tiow dia..Ada terselit sekor dua udang..Memang sedap..Sis suka...Ni ikut tekak sis lah yea..Orang lain, tak pasti...

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Mr hubby order roti telur goyang...Memang favourite mr hubby juga ni..

Tempat ke-2 ni, medan selera juga tapi k.fiezz tak sure lah nama di apa walaupun banyak kali ke sini..haha. Medan selera ni dekat dengan area Gerbang Malam, Ipoh..Kalau korang ke Ipoh dan ada nyinggah Gerbang Malam, cuba lah cari medan selera ni..Dia kat tengah-tengah pekan Ipoh..

Kitaorang ke sini untuk minum petang. Mr hubby yang ajak sebab kat sini ada 1 kedai favourite dia. Dari zaman mr hubby bujang sampai sekarang masih bertahan lagi kedai dia..Owner dia dipanggil Ayong je..Cina tau..Ayong ni jual air minuman..Mr hubby bila ke sini, wajib order air dari kedai Ayong ni..

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Dari arah depan medan selera..

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Kitaorang order sate ayam + nasi impit


tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

LaiciKang dari kedai Ayong..Kedai favourite mr hubby...
K.fiezz order ABC + aiskrim tapi lupa nak ambil gambor..Dah habis makan baru teringat..haha...

tempat makan di ipoh, jalan-jalan cari makan di Ipoh, medan selera dataran dato sagor,

Kerang rebus + Yong Tau Foo
Kat sini ada 1 kedai jual popia basah tapi masa ni dah habis...Mak mertua k.fiezz suka popia tu..2x ulang ke kedai tu nak order popia tapi habisss...


JALAN-JALAN CARI MAKAN DI IPOH


So kalau korang jalan-jalan ke Ipoh, nak cari tempat makan boleh lah cuba ke dua-dua medan selera ni..Banyak pilihan makanan. Rasa makanan kat Ipoh ni, jangan risau insyallah sedap & berbaloi..Macam k.fiezz walaupun lahir kat Perak tapi sis tinggal di KL jadi sis membesar dengan rasa makanan kat KL. Bila dah kahwin dengan mr hubby, orang Ipoh. Dia bawa makan kat tempat makan di Ipoh, boleh rasa beza makanan Ipoh & KL tu macamana...Memang sangat beza, uolls...Ni pada pendapat k.fiezz lah yea. Sebab lain orang lain selera dia, jadi ikut pada tekak masing-masing. Ikut tekak k.fiezz, i love Ipoh food...Much more tastier...

#sukamakan..hehe

1 Comments

  1. Hehe dapat kahwin dengan orang Perak dapatlah rasa perbezaannya dengan makanan di KL.
    Jarang sangat ke Ipoh. Buat masa ini baca dahulu sarapan makanan sedap.

    ReplyDelete