Lama tak share resipi kat sini. So meh nak kongsi resipi terbaru yang k.fiezz cuba iaitu resipi bubur rolled oat untuk diet. Resipi asal dari Tik Tok. Khas untuk orang yang nak diet tapi kalau kita yang tak diet nak makan pun tak ada masalah. K.fiezz lepas siap masak resipi bubur rolled oat ni, try rasa sikit sebab nak adjust kot ada terkurang apa-apa. Eh sedap uolls..Menu ni untuk mr hubby sebab dia dalam proses cuba kurangkan makan nasi atau orang sebut diet. hehe..Bila sebut pasal diet, makanan pilihan mesti oat

K.fiezz bila oat je, biasa buat overnight oat tapi kesian pula kat mr hubby sis tu asyik makan menu yang sama je. Kebetulan masa scroll tik tok, k.fiezz ternampak resipi bubur rolled oat untuk diet ni. Eh macam menarik pula resipi bubur rolled oat ni sebab tak tahu oat boleh masak jadikan bubur. So let's try resipi bubur rolled oat untuk diet ni...


RESIPI BUBUR ROLLED OAT UNTUK DIET

Bahan-Bahan :
  • Rolled Oat (kuantiti terpulang)
  • Sikit Kobis bunga (kisar kasar guna mini chopper)
  • Sikit Lobak Merah  (kisar kasar guna mini chopper)
  • 1 atau lebih cawan air
  • Serbuk Perasa Cendawan
  • Serbuk Lada Hitam

resepi bubur rolled oat untuk diet, resipi bubur rolled oat, bubur rolled oat

Cara Masak Bubur Rolled Oat 

Cara masak bubur rolled oat ni memang simple sangat. Suka sis masak yang jenis simple-mimple ni..hehe..Joms check it out..

  1. Masukkan 1 cawan air, kemudian rolled oat. Kuantiti terpulang lah pada masing-masing. Tapi kalau rolled oat banyak, lebihkan sikit air. 
  2. Kacau-kacau rolled oat sampai mendidih. Lepas tu boleh masukkan sayur yang telah dikisar dengan mini chopper.
  3. Kacau-kacau lagi. Kemudian masukkan sikit serbuk lada hitam & serbuk perasa cendawan.
  4. Gaul sekata. Rasa sikit untuk tambah apa-apa yang kurang. Kalau semua dah okey, siap untuk dihidang.
  5. Nak sedap lagi, taburkan chili flakes & juga sikit isi ayam yang dah digoreng. K.fiezz goreng isi ayam guna air fryer untuk elakkan penggunaan minyak.
SIAP..

Komen mr hubby - tak pasti tapi ikut tekak k.fiezz yang rasa sikit  lepas dah siap bubur rolled oat ni, sis suka...Petang jap gi balik rumah, sis check habis ke idak bubur rolled oat ni dalam bekas. Hehe. Kalau tak habis, tak kena lah tu kat tekak mr hubby..Tak apa, kalau tak habis. Sis tolong habiskan..hehe..

update - Mr hubby tak berapa nak lalu makan bubur rolled oat ni..haha..Mungkin sebab dah sejuk, jadi rasa dia tak best. Jadi seeloknya lepas masak ni terus je makan..

SENANG BENORNYA MASAK MENU UNTUK DIET NI...

 

6 Comments

  1. Hihihi! Kalau suami x habis kita lah bedal bagi habiskan btoi kan sis. Hihihi! X baik membazir. ;)

    ReplyDelete
  2. Saya ni pun patutnya kena kurangkan makan nasi. Tapi masalahnya dah cuba macam-macam menu oat, tetap tak lalu. Susah betul.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share resipi kak.memang mood diet tgh on

    ReplyDelete