Site Visit ke The Kandu Gopeng
Masa k.fiezz & mr hubby balik kampung hujung tahun lepas, mama ajak kitaorang ke The Kandu Gopeng ni. Bukan menginap, saja mama ajak tinjau kawasan..Ewah..Mana tahu boleh jadi port lokasi untuk buat family day kat sini. Jadi kita tengok tempat dulu mana tahu tempat ni sesuai. Kebetulan mama kenal dengan owner The Kandu Gopeng ni. Owner tu yang ajak mama ke sini tengok tempat dia & makan kat kedai makan sebelah je dengan tempat ni. Mama nak pergi seorang, malas. Haritu kitaorang balik kampung, mama ajak k.fiezz & mr hubby site visit ke sini kejap..
THE KANDU GOPENG
So let tour The Kandu Gopeng ni. Nak masuk ke sini, lokasi dia agak ke dalam sikit & jalan kecil. Kalau berselisih dengan kereta dari arah bertentangan, salah seorang kena beralah dulu bagi laluan.
On the way nak masuk ke The Kandu Gopeng ni, k.fiezz perasan macam ada satu bukit. Tak pasti boleh hiking ke idak. Tapi siapa yang suka nature, sesuai sangat bercuti ke sini. Dikelilingi bukit-bukau & hijau...Aktiviti yang boleh buat kat sini, tak pasti lah k.fiezz.. hehe. Mama cakap dia pernah berkelah kat area ni tapi dari The Kandu Gopeng nak ke tempat berkelah tu, idak lah boleh jalan kaki. Kena naik kereta juga. Jadi k.fiezz rasa siapa yang menginap kat sini, memang santai-santai je lepak dalam bilik menikmati hijau sekeliling. Tenang gitu..
Kat The Kandu Gopeng ni buat masa ni belum ada kolam renang lagi, yea tapi kata staff (dalam gambar kat bawah), ada perancangan cuma tak pasti bila akan dilaksanakan..Gitu..Kemain ayat laksana..hehe..
Di The Kandu Gopeng ni, keseluruhan ada 22 unit bilik (kalau tak silap) & 2 bilik ada mini kolam renang. Untuk budak-budak yang umur 6 tahun ke bawah. Masa kitaorang ke sini, staff bawa masuk ke salah satu bilik yang ada mini kolam renang tu sebab kebetulan bilik tu kosong tak ada orang menginap. Dalam bilik boleh tahan besar..Ada 1 katil king size & 2 single..Mini kolam kat bahagian luar bilik & memang comel je kolamnya..Sesuai untuk budak-budak saja. Lupa k.fiezz nak snap gambar dalam bilik. Apa daaa sis ni..
5 Comments
Nice
ReplyDeleteBaguslah tuan punya Kaldu Gopeng ajak tengok.
ReplyDeleteRajin buat perjumpaan keluarga. Alhamdulillah.
Menarik ni sis. Rugi ibu org Perak x sampai org KL dah sampai ni. Hihihihihi!
ReplyDeleteCantik sangat The Kandu Gopeng. Boleh bawa family nanyi datang sini
ReplyDeleteWah tengok suasana kt sini pun nampak best sangat
ReplyDelete