11 Cara Release Stress
Siapa yang tak pernah stress?Ada ke?Rasanya majoriti kita ni selalu alami stress. Bila stress je, terus rasa otak tak boleh nak berfikir. Jammed kejap. Kenapa yea stress ni terjadi?Faktor atau punca stress ni banyak. Antara yang paling popular, stress disebabkan kerja, tak pun ada masalah keluarga atau masalah kewangan dan bermacam lagi punca kepada terjadinya stress ni. Tak kisah lah stress disebabkan dari apa pun tapi kita tak boleh terlalu stress. Kena redakan tahap stress. Kalau tak, effect pada kesihatan pula. Betul tak.
Meh tengok apa kesan stress pada kesihatan?
STRESS JEJAS KESIHATAN
Bila dalam keadaan stress, badan kita akan berikan respons yang merangkumi hormon & organ dalam badan bergantung kepada punca stress yang kita alami. Dalam keadaan stress ni badan kita akan hasilkan banyak hormon adrenalin dan kortisol yang disalurkan ke saluran darah. Hormon ni akan beri isyarat pada badan dan juga minda kita untuk bersiap sedia menghadapi situasi stress dengan merangsang organ dalam badan.
Dalam keadaan stress,
- Jantung berdegup dengan lebih cepat untuk salurkan lebih banyak darah kepada beberapa organ penting yang menyebabkan tekanan darah meningkat. Darah ni disalurkan pula dengan lebih banyak ke otot, otak & jantung iatu organ paling penting dalam badan kita.
- Hormon adrenalin juga menyebabkan saluran darah mengecil & memberi kesan kepada hormon lain. Contohnya penghasilan hormon seksual dan hormon tumbesaran akan berkurang.
- Pankreas juga menghasilkan banyak hormon yang menyebabkan pengurangan rembesan hormon insulin dan ini sekaligus menyebabkan kandungan gula, lemak & kolesterol kekal banyak dalam saluran darah.
- Pernafasan juga jadi lebih cepat dan laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen dalam badan dan sekaligus mengeluarkan banyak karbon dioksida daripada badan.
APA TANDA STRESS?
Cara Release Stress
- Yoga / Meditasi
- Masak masakan special atau baru & enjoy hasil masakan kita tu
- Main game
- Menari & menyanyi
- Telefon kawan/keluarga yang kita rapat dan luahkan perasaan. Tak elok pendam tau
- Tidur
- Buat apa-apa minuman yang fancy & enjoy
- Workout
- Buat DIY Facial Mask
- Buat aktiviti craft (sekiranya minat) atau buat apa-apa hobi yang kita suka
- Berjemur bawah matahari (pagi atau petang). Jangan lah tengah hari terik pi berjemur pula..haha..
6 Comments
VM kalau stress tak lalu makan huuu
ReplyDeleteMemang selalu rasa tertekan atau serabut akan tidur. Lepas bangun lega sedikit.
ReplyDeletesaya release stress dengan workout...boleh sikit tetapi bukan secara total
ReplyDeletepercaya atau tidak stress mmg manjadi punca kita menghidap penyakit.. kena kena pandai handle
ReplyDeletewah. ini wacana apik. stres bikin kepala pusing soalnya
ReplyDeletemama dulu suka makan coklat atau eskrem kalau stress
ReplyDelete