Release tension kat Avani Sepang Goldcoast Resort. Kisahnya mr hubby bawa k.fiezz bercuti ke Avani Sepang ni untuk hilangkan kesedihan lepas failed IVF yang k.fiezz buat bulan Ogos lepas. Jadi mr hubby bawa k.fiezz pi bercuti ni. Tantiu sayang. Love u, muah muah. hehe..Sebenornya mr hubby dah booked hotel lain area Morib tapi mr hubby saja tambah booked sehari kat Avani Sepang Goldcoast Resort ni pula. Nak try bercuti kat sini yang orang selalu cakap best sangat resort dia. Betul ke best sangat?Hah, meh k.fiezz share experience kitaorang menginap 1 malam kat sini. 

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT 

Kitaorang gerak pagi. Lepas je hantar borang claim IVF k.fiezz ke hospital untuk minta tandatangan Doktor, terus gerak ke sini. Nak sampai awal sebab mr hubby ada meeting online pukul 10. Sampai je kat area Sepang, pi makan dulu. K.fiezz je breakfast sebab mr hubby kena attend online meeting kejap. Jadi singgah kat satu kedai area Sepang sebelum sampai Avani. Habis je meeting, teman mr hubby pula breakfast. Siap breakfast, baru gerak ke Avani Sepang GoldCoast Resort ni.

Tak jauh pun dari pekan kitaorang berhenti breakfast tu. Dalam 10-15 minit je kalau tak silap dah sampai kat Avani Sepang ni. Sampai kat Avani Sepang GoldCoast Resort ni pukul 11 lebih. Sampai awal. Try tanya kat reception, bilik dah ready ke?Alhamdulillah, bilik dah siap kemas. Jadi boleh masuk awal.  Mungkin masa kitaorang ke sini hari kerja, jadi bilik banyak yang kosong lagi. Siap buat bayaran & ready to check in


avani sepang goldcoast resort,

Trademark AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT..Wajib lah setepek gambor..hehe

avani sepang goldcoast resort,

Ni dari depan hotel Avani Sepang. 

avani sepang goldcoast resort,

Bilik kitaorang...007..Kod james bond uolls..hehe

avani sepang goldcoast resort,

Bilik kitaorang tingkat 1..Jadi exercise sikit naik tangga kurangkan lemak..hehe

avani sepang goldcoast resort,

Tadaaa..Dalam bilik..Ni jenis Superior Room...

avani sepang goldcoast resort,

Sampai je, mr hubby kena attend meeting online lagi..hehe..Nasib lah yea..hehe...

avani sepang goldcoast resort,

Cantik sangat bilik dia..Sesuai lah untuk orang yang nak honeymoon...Privacy sangat..Nak buat anak pun, rileks je..haha...

avani sepang goldcoast resort,

Buka je sliding door, tengok view ni dari bilik kitaorang...Sejukkk mata...



avani sepang goldcoast resort,

TV dalam bilik..

avani sepang goldcoast resort,

Mini fridge, electric kettle, mugs & set coffe/tea


avani sepang goldcoast resort,

Teh/Kopi, Gula. Krimer ada disediakan

avani sepang goldcoast resort,

Meja & kerusi untuk lepak sambil minum air kopi/teh mengadap laut, layan...
Tangga belakang tu untuk sidai kain tau...


Bilik air..Ada hairdryer, sabun/shower gel, syampu, tuala, tisu..

Tak ada gambar sebab sis lupa nak snap (hehe) - Seterika, iron board & payung ada disediakan..Dalam video k.fiezz ada rekod..

avani sepang goldcoast resort,

Shower room. Mengadap pemandangan di luar, uolls..haha..Sambil mandi, tengok view laut. Tapi ada cover untuk tutup masa mandi. K.fiezz & mr hubby tutup tirai tu sebab risau orang boleh teropong..haha...


avani sepang goldcoast resort,
Buggy untuk bergerak dalam Avani Sepang GoldCoast Resort. Bilik kitaorang dekat dengan kaunter reception tapi jauh dari restoran jadi kena guna servis buggy ni untuk ke situ..Restoran/kolam/gym ada kat tengah. Jadi kalau dapat bilik dekat situ boleh jalan kaki je..

avani sepang goldcoast resort,

View waktu malam. Masa kitaorang ke sini, hujan sepanjang hari. 


avani sepang goldcoast resort,

Spot untuk bergambor. hehe..

avani sepang goldcoast resort,

Satu lagi spot bergambor..


BEST TAK AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT NI?


Best sangat. Nak ulang menginap lagi kat sini ke idak?Nakkkkkkkk..haha..Dasar mata RM, suka yang mahal-mahal je. haha. 

Untuk k.fiezz, dari segi harga yang kita bayar menginap kat sini memang berbaloi sangat dengan bilik, view..Bilik selesa, bersih, staff friendly terutama yang bawa buggy..Rajin layan borak walaupun naik buggy tu kejap je..hehe..

Senang cerita puas hati sangat. Lain kali tak ada idea nak bercuti ke mana, nak ajak mr hubby repeat menginap kat sini je lagi. hehe. Dekat dengan KL.  


APA YANG MENARIK SEKITAR SINI?


Sejujurnya kitaorang tak berjalan lepas dah check in. Duduk dalam bilik je. Keluar pun kejap masa makan malam & sarapan esok paginya sebelum check out. Jadi tak tahu apa yang menarik kat sekitar sini. Ada lah cadangan dari mr hubby hari kitaorang sampai, nak try dinner kat satu kedai popular area sini tapi dari kitaorang check in sampai lah malam, hujan tak berhenti. Tukar plan, malas nak keluar.  Kitaorang makan buffet je kat dalam hotel. 

Lagipun masa sampai, kitaorang ambil valet parking. Kena bayar RM25 untuk 24 jam tapi kalau kitaorang keluar kejap & masuk semula, kena bayar lagi RM10..Kebetulan pula dari tenghari - malam hujan tak berhenti, memang kitaorang tak keluar la..Makan malam kat hotel je..Nak keluar jalan-jalan tengok apa yang ada kat sini pun malas...

Tapi adik sepupu k.fiezz beritahu kat sekitar pantai area Avani tu, bila time air surut boleh mandi..Dia selalu bawa anak-anak dia ke situ. Suami dia beritahu, masa tengah air surut tu, jalan sikit ke tengah boleh nampak ikan berenang sebab air jernih. Jadi boleh lah mandi sekali.

Selain dari tu, tak pasti lah pula yea apa lagi yang menarik kat sekitar Avani Sepang ni. Kalau korang yang dah pernah ke sini, share lah kat komen apa lagi yang menarik ada kat sini. Lain kali k.fiezz & mr hubby repeat Avani Sepang GoldCoast Resort ni boleh lah explore apa yang korang kongsikan tu.

Harga Bilik Avani Sepang?
RM513.13 (check in hari Jumaat, check out hari Sabtu)...sekali dengan breakfast untuk 2 orang...

Rating Bilik Keseluruhan?
Sis bagi 10 bintang...haha..Suka sangat kat sini. Bilik cantikkkk..View pun cantik...

NAK BERCUTI PUN HOTEL KENA SELESA..BARU BEST...

12 Comments

  1. Eloklah rehat di bilik. Unik pula tangga itu buat ampaian baju.
    Cantik keliling kawasan Avani.
    Buffet makanan bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Cantik, luas dan spark joy betul biliknya!

    ReplyDelete
  3. Memang kan cantikk.sini. ramai puji walaau mahal tp puashati.
    honeymoon syok ler.
    lamaa x ke Sepang, sejak adik ipar pindah kl kalau x pantai ni lepak hari minggu.
    zaman blm ada avani

    ReplyDelete
  4. ammvoii privacy leh buat anak tuuuh... 😅 😅

    ReplyDelete
  5. wahhhh itu macam lain kali kena repeat! hehehe

    ReplyDelete
  6. Tak sabar tunggu next entry buffet makanan. Harga dia berbaloi la dengan pengalaman kan? belum pernah jejak juga lagi ni

    ReplyDelete
  7. cantikk sgt patut ramai kt bestt bermlm sini

    ReplyDelete
  8. wah....cantik sungguh tempat nie....sangat sesuai sebagai tempat untuk menenangkan fikiran

    ReplyDelete
  9. wah syoknya cuti tepi pantai..:)

    ReplyDelete
  10. sekali sekala dapat hadiah kasih sayang...lawa biliknya

    ReplyDelete
  11. tampak lega dan luas lokasinya

    ReplyDelete