Minggu lepas viral kisah Madammu Noir yang berjaya pregnant melalui kaedah IVF. K.fiezz nak share juga cerita IVF k.fiezz. Siapa yang follow k.fiezz di IG tahu lah kisah k.fiezz buat kaedah IVF ni untuk pregnant sebab k.fiezz share kat IG story saja. Di feed IG pun k.fiezz tak post apa-apa yang macam tunjukkan k.fiezz dalam rawatan IVF. Termasuk lah sosial media lain pun sama k.fiezz tak post apa-apa. Malas nak kecoh-kecoh sebab 50-50 samaada k.fiezz berjaya hamil atau tidak dengan kaedah IVF ni. Kalau menjadi, of course k.fiezz & mr hubby paling happy tapi kalau tak menjadi, sis paling sedih sangat so untuk mengelak dari di tanya soalan-soalan dari sesiapa kalau IVF kitaorang ni tak menjadi, k.fiezz elakkan share apa-apa di sosial media. Kalau kata rawatan IVF ni k.fiezz berjaya pregnant, sis akan share juga good news nya bila baby dah selamat keluar. 

Masa kat k.fiezz mula buat rawatan IVF ni, kat pejabat ada 2 orang je yang tahu. Bos k.fiezz & seorang member yang baik dengan k.fiezz. Lepas dari tu ada seorang lagi yang baru tahu. Itu pun k.fiezz cakap kat dia senyap-senyap, jangan cerita kat orang lain. Alhamdulillah,tiga-tiga ni sangat menjaga rahsia..hehe..Sebab k.fiezz nak rahsia ni, sama macam di atas juga..Tak nak orang duk tanya-tanya. Tambah pula bila keputusan IVF tak seperti yang diharapkan. Bila orang tanya, lagi lah sedih...Itu yang untuk elak orang tanya, k.fiezz tak cerita kat orang lain..

So here the story.. Cerita IVF k.fiezz ni panjang tau. Kalau rajin nak baca, boleh lah baca..Tak rajin, tak apa..Nak sharing experience sis je untuk bacaan diri sendiri di masa depan..hehe..


CUBA KAEDAH IVF UNTUK PREGNANT

Februari tahun ni bermula rawatan IVF k.fiezz & mr hubby. Kitaorang kena check dulu apa yang patut untuk tahu samaada kitaorang boleh proceed ke proses IVF ni ke tak?Selain dari faktor umur paling utama.  Sebelum start rawatan IVF, Dr ambil sample darah k.fiezz & mr hubby untuk tengok tahap kesihatan dalaman. Hormon & yang berkaitan dengan kesuburan. K.fiezz juga kena buat hsg untuk tahu keadaan tiub samaada ada masalah atau tidak. Sama juga dengan keadaan rahim, kalau ada sebarang cyst/fibriod atau apa-apa yang abnormal. Untuk lelaki pula, Mr hubby kena bagi sample sperm untuk tahu ada ke tak sperma. Sebab ada kes lelaki yang zero sperma atau dipanggil dengan azoospermia

Selepas dapat semua keputusan, alhamdulillah k.fiezz & mr hubby normal. Tak ada masalah untuk teruskan rawatan IVF.

Untuk proses IVF ni ambil masa sikit tau. Bukan bulan ni datang ke hospital, cakap kat Dr nak buat IVF..Bulan depan terus proceed. Kena check dulu semua. Dari consultation sampai ke keputusan tu makan masa. Macam k.fiezz start check semua bulan Februari, tunggu dapat keputusan & bla bla..Bulan Ogos baru mulakan rawatan IVF ni..

MULA SESI CUCUK-CUCUK PADA CYCLE PERIOD BULAN OGOS 

Mula dari hari ke-2 masa period bulan Ogos, k.fiezz dah mula kena cucuk untuk keluar & matangkan telur. Seriau sangat part ni benornya tapi beranikan diri juga. Cucuk ni bukan pergi ke klinik tau. Buat sendiriiii..Uwaaaa...Tak tahu lah mana datang keberanian untuk mencucuk diri sendiri..Bila ingat balik, rasa kagum dengan diri sendiri. 


proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Gonal-F


proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer,gonal F

Gonal-F
Cucuk day 2 - day 9 (1x sehari / pagi)
Sakit tak cucuk ni?Tak sakit sebab jarum dia halus..

Dalam 1 kotak ni ada 1 pen yang mengandungi cecair ubat gonal F & 8 jarum suntikan. Macam k.fiezz, 1 pen sekali cucuk jadi pakai 1 jarum saja. Tapi ada sesetengah patient  1 pen ni boleh cucuk beberapa kali, jadi dalam kotak ni memang dah dibekalkan jarum 8 batang untuk setiap kali cucuk. Maksudnya untuk yang hanya perlu cucuk dos sikit, total 8x suntikan untuk 1 pen ni. 

Jumlah dos yang perlu disuntik ni, ikut atas nasihat Dr. Macam K.fiezz kena habiskan 1 pen ni setiap kali cucuk atas faktor umur. Pengeluaran telur k.fiezz dah kurang. Normal untuk perempuan, bila makin meningkat usia pengeluaran telur kita akan berkurang. Jadi disarankan pada sesiapa yang nak buat rawatan kesuburan seperti IUI/IVF, buat masa umur masih muda (awal 30-an)..Tapi apapun berbalik pada rezeki dari Allah. Kita berusaha saja.

Gonal F ni k.fiezz kena cucuk dari day 2 - day 9 period. Masa  hari ke-7, k.fiezz ke hospital semula untuk scan telur tapi Dr minta tambah lagi cucuk Gonal F ni sampai day 9 untuk perbanyakkan lagi telur. Jadi Dr bagi preskripsi ubat ambil Gonal F ni di farmasi untuk day 7- day 9. Tambah lagi 3..Total Gonal F yang k.fiezz kena cucuk 9 batang..hehe..

Kat mana nak cucuk Gonal F ni - Ukur jarak 2 jari dari pusat & cucuk di kawasan sekitar. Lepas tu boleh tukar- tukar cucuk belah kiri dan kanan setiap  kali cucuk, tak semestinya di tempat yang sama..

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Orgalutran 
Cucuk day 7  - day 10 (1x sehari / pagi)
Sakit tak cucuk yang ni?Sakit sikit sebab yang ni jarum dia besar sikit..hehe. K.fiezz bila cucuk yang ni, ada keluar darah sikit..

Masa scan hari ke-7 tu, ada telur-telur k.fiezz yang macam dah nak cukup matang. Dr suruh cucuk ni pula untuk 4 hari bagi lambatkan sikit proses telur jadi matang sampai hari untuk pick up telur. 

Hari ke-11, k.fiezz ke hospital lagi sekali, Dr nak tengok telur-telur yang dah cukup saiz. Masa scan ni, alhamdulillah agak banyak juga telur-telur yang dah cukup saiz untuk di ambil. Hari 13, k.fiezz kena ke hospital untuk proses pick up telur (dipanggil ovum pick up [OPU]).

Kat mana nak cucuk - Sama juga macam Gonal F. 2 jari dari pusat tapi jangan cucuk tempat  yang sama. Kalau cucuk Gonal F belah kanan, yang ni belah kiri.. 

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer


HuCog + jarum suntikan dibekalkan (tak masuk dalam gambar)
Cucuk hari ke-12 (1x sahaja)
Sakit tak cucuk yang ni?Boleh tahan sakit..hehe..

Malam sebelum Ovum Pick Up (OPU), k.fiezz kena cucuk ni pula untuk pecahkan telur. Yang ni Dr bagi dos 10000 IU untuk k.fiezz. So k.fiezz dapat 2 kotak sebab kat klinik memang dos dia 5000IU je. Ubat yang ni special sikit sebab sebatian dia kena campurkan sendiri. Masa ambil di klinik, staff dah explain cara dia. Jenuh juga nak ingat sebab mr hubby tunggu dalam kereta. K.fiezz kena ingat cara bancuhan dia & explain kat mr hubby sebab mr hubby yang buatkan..hehe..

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Untuk proses Ovum Pick Up (OPU) & Embrio transfer, k.fiezz buat di sini atas arahan gynae. Selain dari tu, consultation & scan telur, semua di HPUPM. K.fiezz rasa mungkin sebab HPUPM hospital baru tak cukup kelengkapan lagi. Gynae yang handle kes k.fiezz ni, memang bertugas di HUKM juga. 

OVUM PICK UP (OPU)

Masa OPU, telur yang berjaya diambil 10 dari belah kanan sahaja. Belah kiri ada 2 tapi tak boleh nak ambil sebab kedudukan ovari tinggi. Dr beritahu tak dapat nak ambil melalui rahim. Jadi total yang berjaya di ambil 10 biji sahaja. 

Sakit tak selepas Ovum Pick Up ni.. Masa buat tak sakit cuma ada rasa ditekan sesekali sebab k.fiezz dibius separuh. Jadi memang sedar cuma mamai-mamai. Tapi lepas dah habis kesan bius tu, perut sakitttt..Tak tahu lah nak cakap macamana. Senak, kembung..Rasa macam kentut tak lepas. Ada juga kentut tapi sama juga tak lega..2-3hari juga lah baru hilang kesan sakit tu..haha..Nak repeat balik proses ni?Idakkk..haha...


EMBRIO TRANSFER 

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Ni masa proses Embrio transfer.  K.fiezz buat Embrio Transfer ni masa hari ke-4 selepas OPU. Sebelum embabies dimasukkan dalam rahim k.fiezz, Dr beritahu berapa yang berjaya disenyawakan. Dari 10 telur k.fiezz yang berjaya di ambil, yang matang ada 8. Disenyawakan dengan sperma mr hubby, ada 6 yang berjaya & hari ke-3, hospital maklumkan ada 3 saja yang berjaya berkembang dengan elok tapi masa hari nak transfer ni, tinggal 2 saja. Alhamdulillah walaupun tinggal 2 je..Ada juga yang berjaya survive..

Masa ni Dr masukkan 1 saja. 1 lagi disimpan (frozen egg). 

Dalam gambar kat skrin tu embabies yang berjaya berkembang dengan elok & akan dimasukkan dalam rahim k.fiezz..K.fiezz ada 2 embabies. 1 lagi simpan.

SELEPAS EMBRIO TRANSFER


Selesai embrio transfer, k.fiezz diberi mc 13 hari untuk berehat di rumah. Orang cakap bedrest. Tapi k.fiezz ada baca tak elok juga baring je. Kena juga bergerak untuk lancarkan pergerakan/peredaran darah dalam badan jadi k.fiezz bergerak juga sana sini dalam rumah tapi berjalan perlahan & k.fiezz elakkan angkat benda berat. Masa ni k.fiezz & mr hubby minta tolong mak dan abah dari kampung untuk jaga k.fiezz. Mak tolong masak & buat kerja dapur. Abah tolong buat kerja rumah sikit-sikit. Mr hubby tak tolong ke?Ada tolong tapi sebab mr hubby kena kerja juga walaupun dari rumah. Jadi dia tolong sikit-sikit. 

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Ubat-ubatan yang k.fiezz kena ambil sepanjang proses menunggu 2 minggu (two waiting weeks). Deborr sangat tau proses menunggu ni. Jadi ke idak ke?
2 ubat yang k.fiezz kena ambil. 
Utrogestan - 3x sehari (masuk melalui miss 'v' a.k.a kot bawah)..hehe
Duphaston - 3x sehari (makan)

Ubat-ubat ni berfungsi untuk menyokong dan menguatkan embabies dalam rahim..

proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Ni ubat cucuk yang k.fiezz kena ambil lagi. Ubat ni 2x cucuk je. Sekali masa lepas embrio transfer & sekali lagi masa hari ke-9 lepas transfer. Ubat ni kena cucuk di klinik/hospital & perlu dibuat oleh Dr/Nurse saja. Disertakan 1 surat rujukan sekali untuk tunjuk pada klinik/hospital masa k.fiezz nak cucuk. Yang ni k.fiezz cucuk di klinik ibu & anak kat bawah blok flat k.fiezz. Kebetulan memang ada klinik ni kat sini. K.fiezz beritahu dengan staff klinik & tunjuk surat ni, diaorang cakap boleh..Free sajoo..


proses IVF,kaedah ivf, ovum pick up, embrio transfer

Cooler bag

Penting beg ni yea untuk siapa yang nak buat IUI/IVF sebab ubat-ubat yang kita cucuk tu, kena berada dalam suhu sejuk...So lepas ambil ubat, terus keluarkan dari kotak & masukkan dalam ni. Kalau tak ada nak ke mana lepas ambil ubat, terus balik rumah tapi kalau ada nak menyinggah mana-mana dulu, pastikan ada cooler bag ni sebab nak letak ubat.. Yang ni k.fiezz sewa dari satu klinik, kebetulan kena ambil ubat kat situ sebab hari yang k.fiezz nak ambil ubat, farmasi hospital tutup hari cuti. Jadi Dr suruh ke klinik ni, beli ubat kat situ. Masa nak bayar ubat, staff tanya ada cooler bag ke?K.fiezz cakap lah tak ada. So dia beritahu kat situ boleh sewa cooler bag ni tapi nanti bebila dah free hantar semula. Sewa kena caj RM30 tapi masa hantar semula, dia bagi balik RM10..


MENJADI KE TIDAK IVF K.FIEZZ & MR HUBBY?

Jeng jeng jeng..hehe..Siapa yang follow IG story k.fiezz dah tahu result kitaorang..Keputusannya tak menjadi. Keputusan darah (HcG) k.fiezz, 0.1 saja iaitu tak berjaya. huhu. Sedihnya...Masa dapat result, dah agak tak menjadi sebab hari yang sepatutnya k.fiezz period, dah keluar spotting. Tapi cuba +ve ingatkan spotting tu darah penempelan. Rupanya memang tak menjadi sebab kalau darah penempelan 1-3 hari saja. K.fiezz punya spotting tu dah berlarutan lebih 3 hari & bila k.fiezz check, dah jadi warna darah. Sebelum tu warna coklat je.  Jadi k.fiezz dah agak memang tak menjadi. Cuma nak marah dengan hospital sebab keputusan darah, diaorang tak boleh nak call lepas dah dapat. K.fiezz kena tunggu jumpa Dr juga baru tahu keputusannya. K.fiezz ambil darah 13hb September 2022 (Selasa) & jumpa Dr 19hb September 2022 Isnin depannya. Berapa hari tertunggu berjaya ke tidak, dengan darah spotting dah lebih 3 hari asyik keluar je. Hati k.fiezz masa tu dah kuat kata tak menjadi. Bila jumpa Dr, betul tekaan. K.fiezz dah beritahu awal-awal kat mr hubby & mak mertua juga sebab tak nak diaorang berharap. Masa ambil result, mak mertua ikut sekali. Jadi itu yang k.fiezz beritahu juga dah keluar darah macam period..

Masa Dr beritahu keputusan k.fiezz boleh tahan lagi air mata. Lepas dapat result, kitaorang pi berjalan pula ke Sunway Pyramid. Time tu okey lagi. Balik rumah, mr hubby peluk k.fiezz. Yang ni memang tak boleh nak tahan dah air mata. Rasa macam hujan tak nak berhenti. Mr hubby sedih juga sebab ivf kitaorang gagal tapi lelaki boleh control emosi..Kita perempuan, emosi lebih. Rasa sedih tu memang tak boleh nak control terutama menangis..

Tak apa lah belum sampai rezeki Allah nak bagi lagi. Sabar je. Ada lah hikmahnya tu. Redha..

K.fiezz & mr hubby ada satu lagi frozen egg. Awal tahun depan baru cuba lagi sekali. Buat masa ni Dr suruh pantau dulu period sebab biasanya selepas failed IVF ni, cycle period huru hara sikit..Kalau period jadi tak regular, kena makan ubat dulu bagi regular period

Untuk yang tak tahu, sekiranya ivf tak menjadi period akan keluar pada tarikh yang sepatutnya keluar. K.fiezz mula-mula tak tahu juga, lepas failed haritu baru jumpa ada 1 blog omputih share pasal ni. Betul lah yang macam k.fiezz alami. Period keluar pada tarikh yang dijangka.

JOINT GROUP FB - IUI,IVF & FERTILITY MALAYSIA GROUP

Masa jumpa Dr untuk ambil keputusan darah, Dr cadangkan pada k.fiezz cuba cara akupuntur sebab dia cerita ada patient dia dulu buat akunpuntur & berjaya pregnant secara semulajadi. Dr tu bagi cadangan juga pada k.fiezz untuk joint group fb IUI, IVF & FERTILITY MALAYSIA sebab dalam group tu ramai yang berkongsi tips & semua info berkaitan IUI/IVF.  

K.fiezz dah joint group tu. Memang ramai share pengalaman masing-masing berkaitan persediaan/tips sebelum dan selepas IUI/IVF. Banyak juga info yang k.fiezz tak tahu. Untuk korang yang dalam perancangan nak buat IUI/IVF, cuba lah joint group fb tu untuk dapatkan info sebelum mulakan proses rawatan IUI ataupun IVF..

So dengan pengalaman pertama k.fiezz buat IVF bulan Ogos/Sept haritu & info dari group pages ni k.fiezz boleh jadikan guideline persediaan untuk IVF ke-2 k.fiezz & mr hubby awal tahun depan. 

Doakan proses IVF kali ke-2 k.fiezz & mr hubby nanti embabies berjaya melekat dan membesar..Tima kaseh in advance..

Berapa kos keseluruhan k.fiezz & mr hubby buat IVF ni? Next entry lah sambung  yea..Panjang sangat ni..hehe

ANYTHING FOR YOU  FIEZASANI JUNIOR...

10 Comments

  1. seriau bab cucuk tu..huhu..anyway jangan putus asa fieza..kakak cik nor 9 thn baru dapat anak..rezeki klu Allah nak bagi cepat atau lambat mesti dapat..InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Keep trying fiez...Allah tahu masa yang sesuai untuk fiez & hubby. Marsha pun ada pengalaman cucuk2 beberapa ubat yang fiez share tu sebab anak kedua Marsha buat iui....iui Marsha 4x baru lekat. Jadi keep trying dear...moga dipermudahkan segalanya for both of you..hugssss

    ReplyDelete
  3. Allah, kinah doakan IVF yang kedua nanti dipermudahkan ye. Be strong tau kak fiez

    ReplyDelete
  4. Oh mcm tu rupanya
    selalu dengar sebut ivf je
    ank buah dlm.proses jga tp xtaulah mcmna

    ReplyDelete
  5. Fieza.. Semoga Allah mudahkan IVF kali kedua dan berjaya hamil. Mintak sangat korang suami isteri kuat semangat. Sbb failed IVF lain macam rasa dia sebab boleh dikatakan almost nak mengandung dah tapi failed. Pastu kena pulak dengan kos tinggi, mesti kita sang isteri sangat sedih. Doakan saya jugak. tengah buat persediaan utk IVF kali pertama. Mungkin awal tahun depan. Tengah buat persediaan fizikal dan mental

    ReplyDelete
  6. Berani kena cucuk banyak kali.
    Harap berjaya buat kali ke-2. Mungkin sebelum itu ikut nasihat doktor buat akupuntur.

    ReplyDelete
  7. Allah..gigih ammi baca.
    Semoga percubaan tahun depan membuahkan hasil. Kita berusaha hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  8. semoga allah perkenankan usaha fieza ni amin

    ReplyDelete
  9. semoga Allah mudahkan segala urusanmu ya kak

    ReplyDelete