Siapa yang tak pernah stress?Ada ke?Rasanya majoriti kita ni selalu alami stress. Bila stress je, terus rasa otak tak boleh nak berfikir. Jammed kejap. Kenapa yea stress ni terjadi?Faktor atau punca stress ni banyak. Antara yang paling popular, stress disebabkan kerja, tak pun ada masalah keluarga atau masalah kewangan dan bermacam lagi punca kepada terjadinya stress ni. Tak kisah lah stress disebabkan dari apa pun tapi kita tak boleh terlalu stress. Kena redakan tahap stress. Kalau tak, effect pada kesihatan pula. Betul tak. 

Meh tengok apa kesan stress pada kesihatan?


STRESS JEJAS KESIHATAN

Bila dalam keadaan stress, badan kita akan berikan respons yang merangkumi hormon & organ dalam badan bergantung kepada punca stress yang kita alami. Dalam keadaan stress ni badan kita akan hasilkan banyak hormon adrenalin dan kortisol yang disalurkan ke saluran darah. Hormon ni akan beri isyarat pada badan dan juga minda kita untuk bersiap sedia menghadapi situasi stress dengan merangsang organ dalam badan.

Dalam keadaan stress,

  • Jantung berdegup dengan lebih cepat untuk salurkan lebih banyak darah kepada beberapa organ penting yang menyebabkan tekanan darah meningkat. Darah ni disalurkan pula dengan lebih banyak ke otot, otak & jantung iatu organ paling penting dalam badan kita.
  • Hormon adrenalin juga menyebabkan saluran darah mengecil & memberi kesan kepada hormon lain. Contohnya penghasilan hormon seksual dan hormon tumbesaran akan berkurang.
  • Pankreas juga menghasilkan banyak hormon yang menyebabkan pengurangan rembesan hormon insulin dan ini sekaligus menyebabkan kandungan gula, lemak & kolesterol kekal banyak dalam saluran darah.
  • Pernafasan juga jadi lebih cepat dan laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen dalam badan dan sekaligus mengeluarkan banyak karbon dioksida daripada badan. 

Cara Release Stress

APA TANDA STRESS?


Macamana nak tahu tanda stress ni?

Secara fizikal, tanda yang paling mudah dikesan > cepat letih, badan rasa lemah, degupan jantung laju, sakit bahu/belakang & pening kepala.

Simptom stress ni dari segi mental macamana pula?

Lemah ingatan, fikiran jadi bercelaru & tak respons pada perkara yang kelakar. Selain tu, tak fokus pada kerja yang sedang dibuat atau ketika berbual dengan keluarga/kawan-kawan.


Dari segi emosi, apa pula jadi bila kita tengah stress?

Senang marah, cepat putus asa/kecewa, asyik merungut, kerap rasa takut & terlebih sensitif.


Cara Release Stress


Nampak tak kesan stress ni macamana?Tengok macam tak ada apa tapi bagi kesan yea, korang pada tubuh badan dan mental kita juga bila stress ni. Jadi k.fiezz nak kongsi cara release stress ni. Mungkin tak dapat nak selesaikan punca kepada stress kita tapi dapat memberi kelegaan pada badan dan minda. Secara tak langsung, boleh juga bagi idea cara untuk kita menangani punca kepada stress yang kita sedang alami.

  • Yoga / Meditasi
  • Masak masakan special atau baru & enjoy hasil masakan kita tu
  • Main game
  • Menari & menyanyi
  • Telefon kawan/keluarga yang kita rapat dan luahkan perasaan. Tak elok pendam tau
  • Tidur
  • Buat apa-apa minuman yang fancy & enjoy
  • Workout
  • Buat DIY Facial Mask
  • Buat aktiviti craft (sekiranya minat) atau buat apa-apa hobi yang kita suka
  • Berjemur bawah matahari (pagi atau petang). Jangan lah tengah hari terik pi berjemur pula..haha..

So lepas ni tetiba en stress datang tanpa disuruh, boleh lah cuba antara 11 cara release stress yang k.fiezz share atas ni. Cara yang simple dan tak perlu keluar duit yang banyak pun. Paling penting bila dalam keadaan stress, kita bertenang dulu tarik nafas. Lepas tu baru cari cara untuk menyelesaikan punca kepada stress yang dialami. 


SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIANNYA...

6 Comments

  1. VM kalau stress tak lalu makan huuu

    ReplyDelete
  2. Memang selalu rasa tertekan atau serabut akan tidur. Lepas bangun lega sedikit.

    ReplyDelete
  3. saya release stress dengan workout...boleh sikit tetapi bukan secara total

    ReplyDelete
  4. percaya atau tidak stress mmg manjadi punca kita menghidap penyakit.. kena kena pandai handle

    ReplyDelete
  5. wah. ini wacana apik. stres bikin kepala pusing soalnya

    ReplyDelete
  6. mama dulu suka makan coklat atau eskrem kalau stress

    ReplyDelete