Siapa dah terjebak shopping kat tik tok,kita geng. Haha. K.fiezz sekarang dah berjinak-jinak shopping kat Tik Tok pula uolls..Dah kureng layan shopping kat shopee. Kita main kat Tik Tok sekarang. Baru lah ikut trend gitu. haha. Siapa yang nak tahu cara beli di TikTok Shop, meh k.fiezz ajar kan. haha. Nak terjebak kena ajak orang lain sekali, baru fair. haha. 

Haritu k.fiezz ada kongsi kat fb story pasal shopping kat TikTok Shop ni. Mak mertua k.fiezz tanya cara shopping di Tik Tok Shop ni macamana?Udah ajar kat mak mertua cara shopping di TikTok ni macamana. Ni nak ajar kat korang pula untuk yang tak tahu. Baru lagi kan platform membeli belah kat Tik Tok Shop ni.  Mungkin belum ada yang familiar cara beli di TikTok Shop. Let's check it out

CARA SHOPPING DI TIKTOK

First of all, korang buka aplikasi Tik Tok kat handphone. Kalau kebetulan masa scroll kat Tik Tok tu, korang ternampak mana-mana video yang ada orang jual & berminat untuk beli barang tersebut, tengok kat bahagian bawah (rujuk gambar ni. Nampak tak yang k.fiezz tunjuk guna anak panah tu). Klik butang tu. Kalau ada butang kuning tu, boleh lah buat pembelian di Tik Tok. Kalau tak ada, cuba korang masuk ke Tik Tok Shop orang yang jual tu cari link untuk buat pembelian. Sebab ada setengah seller boleh terus buat pembelian kat Tik Tok Shop. Ada setengah, suruh whatsapp tepi. Kalau yang boleh buat pembelian terus kat Tik Tok Shop, boleh guna cara bawah ni. 

cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok
Tengok dalam petak & anak panah. Klik butang kuning = add to cart..


cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok

Dah klik butang kuning tu, korang akan di bawa ke page seterusnya. Klik add to cart
Untuk yang pertama kali membeli di Tik Tok Shop, kena isi detail kita dulu (nama, no. telefon & alamat penghantaran). Lepas tu nanti dah buat pembelian kali ke-2 dan berikutnya tak perlu sebab dah ada rekod. Melainkan nak tukar alamat, kena update semula.

cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok

Selepas add to cart, page berikutnya akan paparkan barang apa yang dibeli beserta dengan jumlah untuk dibayar.


cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok

Kemudian masukkan detail untuk pembayaran. Pilih lah nak bayar guna transfer online atau kad debit/kredit. Jumlah atas ni contoh saja tau sbb masa buat pembelian barang ni, k.fiezz lupa nak screenshot

cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok

Pilihan untuk cara bayaran. 



cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok

Selesai buat bayaran, SIAP. Tunggu order di pos oleh seller


Nak check barang dah pos ke belum, no tracking & nak pantau barang yang kita beli dah sampai kat mana boleh klik kat inbox. Cari kat activities. Kemudian cari pula shop order. Kalau banyak kita beli, tengok lah satu per satu. 

cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok


Tadaaaa sampai dah order pertama k.fiezz beli kat Tik Tok Shop. K.fiezz order 27hb Julai, 29hb Julai barang sampai kat rumah. Ni seller guna J&T yea walaupun plastik POSLAJU. hehe. 

APA YANG BEST SHOP DI TIK TOK SHOP NI?

Best sebab dapat baucer & free shipping. Tak  macam 1 platform yang glamer tu, free shipping tapi kena caj juga sikit untuk shipping sekarang ni.. Kat TikTok Shop ni memang freee shipping dan ada baucer. Tak ada hidden charges yang lain. Lagi untung masa nak beli tu ada voucher. Jadi masa buat pembelian klik 'buy with coupon'. 

Contoh macam k.fiezz beli barang ni ada baucer RM15. Harga asal barang RM49.90-baucer RM15.00, lepas tu Tik Tok bagi pula shipping coupons (free). Jadi total k.fiezz kena bayar RM34.90 saja. Jimatttt banyak weiii. Laju k.fiezz beli barang ni. Barang apa tu?K.fiezz beli barang atas ni, hah. hehe..Belum rasmi guna lagi. Nanti dah try, k.fiezz review kat sini, hokay..

cara beli di tiktok shop, cara shopping di tiktok, shop di tiktok
Bukti tau sis beli kat TT shop dpt diskaun n free shipping..Yeayyy..Jimat pokett…


CEPAT TAK DAPAT BARANG BELI KAT TIK TOK?

Cepat ni depends pada seller juga. Contoh macam pembelian pertama k.fiezz kat Tik Tok Shop atas ni, 2 hari dah dapat barang. Terbaru ni k.fiezz beli barang lain pula. K.fiezz dah buat pembayaran 30hb Julai tapi sampai sekarang masih pending kat seller. Tengok status seller update awaiting pick up. Tunggu je lah. Nak buat macamana. Barang dah beli pun cuma masih belum pos. K.fiezz syak barang yang k.fiezz beli terbaru ni pre order tapi seller tak mention kat video dia. K.fiezz nampak video dia tu, terus beli je..So lepas ni kena check dulu sebelum buat pembelian.

Walaupun pembelian kali ke-2 ni order masih pending, sis tetap tak serik hokay.. haha. Sekarang addict shopping kat tiktok pula. haha..

Jom korang kita beralih ke platform TikTok Shop pula. 

9 Comments

  1. cik nor klu shopping kat tiktok suka byr cod..xbrani nak byar guna kad..:)

    ReplyDelete
  2. Weh tahan nafsu tak masuk Tiktok ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah dah terjebak beli barang kat live tiktok

    ReplyDelete
  4. waa kat tiktok pun dah boleh beli barang ye

    ReplyDelete
  5. tq fiez for sharing mama mmg noob sgt dgn TT ni

    ReplyDelete
  6. dulu Tiktok tempat orang suka-suka jer..tapi bila ramai orang lepak di platform maka senang nak jual apa-apa barang

    ReplyDelete
  7. Terima kasih share kak . Disebabkan entry akak ni lah. Saya berjaya shopping di tiktok hehe ❤

    ReplyDelete