Nak cari kek murah dan sedap?Mana yeak?Kat Ipoh ni senang je nak cari. Boleh terjah kedai Kek Yohan Hot Breads & Cake House, uolls...Kisahnya masa k.fiezz & mr hubby balik kampung bulan lepas, minggu  yang kitaorang cuti tu birthday mama (mak mertua). Dah kebetulan tu, celebrate birthday mama sekali. Sebelum celebrate wajib lah cari kek yea tak?Mana complete birthday tak ada kek. Mr hubby tanya nak beli kek kat mana?Nak beli kat SR macam biasa ke?atau kat Yohan ni. SR dah biasa. Lagipun kek kat SR pun sekarang dah naik harga. Rasa kek pun beshe-beshe je.

Alaaa tukar selera lah kan. Jom beli kek kat Yohan Hot Breads & Cake House ni. Sebelum tu mr hubby pun ada mention nak beli kek kat Yohan ni. K.fiezz onzz je. Moh lah kita mencari kek kat Yohan Hot Breads & Cake House ni.

ADA 3 CAWANGAN 


Untuk info, dari hasil carian di Google Yohan Hot Breads & Cake House ni ada 3 cawangan kat Ipoh ni. HQ dia kat Jalan Dato Onn Jaafar, Ipoh. Cawangan ke 2 di Gunung Rapat  & cawangan ke 3 di Ipoh Garden. Yang kitaorang terjah ni Ipoh Garden Branch

Yang kat Cawangan Ipoh Garden ni strategik sangat tau sebab kebetulan lepas beli kek, nak beli KFC sekali. Elok pula sebelah kedai kek ni, KFC.. Sebelum tu kitaorang nak keluar duit kat atm dulu. Jalan depan sikit dari KFC, deretan kedai yang sama ada Maybank. Haha. Strategik sangat... Senang kerja. 

Mula-mula ke Maybank dulu keluarkan duit, Lepas tu baru masuk Kedai Yohan Hot Breads & Cake House ni cari kek yang sesuai untuk mama. KFC, mr hubby order online tapi pick up terus kat kaunter. Tak payah lah nak beratur. 

PELBAGAI PILIHAN KEK 

Masuk kat Yohan Hot Breads & Cake House ni, suka lah tengok harga kek-kek kat sini. K.fiezz boleh cakap harga kek murah dan berbaloi. Jauh beza sangat harga kek kat sini dengan SR. Lagi best kat sini kek dia majoriti berasaskan buah-buahan. Ada kek mangga, kek cempedak, kek durian. Ada juga kek yang bukan dari buah contoh macam kek coklat. Banyak lagi pilihan aneka jenis kek kat sini. Sila lah rambang mata. Lupa  sis nak snap gambor masa beli kek ni. Aisehhh. Selain kek, roti pun ada. Untuk harga roti-roti lupa nak tengok harga tapi kalau kek, k.fiezz rasa reasonable. Untuk  k.fiezz murah harga kek-kek kat sini. Tak ada yang lebih seratus. Semua harga bawah dari tu. memang affordable sangat. Mesra poket gitu...Kita ni biasa lah bila nak cari kek sambut birthday ke, anniversary ke mesti nak yang ada kriteria kek murah dan sedap. Betul tak?hehe..So kat Yohan Hot Breads & Cake House ni memenuhi kriteria..Sedap ke kek kat sini?K.fiezz ada share review kek yang jadi pilihan kitaorang kat sini..


Yohan Hot Breads & Cake House,kedai kek murah ipoh,kek murah dan sedap,  kek murah

Gambar dari Mr Google

Yohan Hot Breads & Cake House,kedai kek murah ipoh,kek murah dan sedap,  kek murah

 Ni depan kedai. Abah k.fiezz masa nak snap ni lah boleh pula berdiri posing camni hah. haha. Amik je lah..hehe..

Yohan Hot Breads & Cake House,kedai kek murah ipoh,kek murah dan sedap,  kek murah

Tadaaa pilihan kek untuk birthday mama - Kek Mangga...


SEDAP TAK?


Serius sedap weii. K.fiezz lagi suka yang ni dari SR. Hat ni tak muak, penuh rasa buah fresh, tak manis meleting. Kena dengan tekak. Memang sedap kek Yohan ni. Love it. Boleh ulang beli kek kat sini selalu. hehe.

Kalau korang nak cari kek murah dan sedap kat area Ipoh ni, boleh cuba ke Yohan Hot Breads & Cake House ni. Ada 3 cawangan, boleh lah cari yang berdekatan dengan lokasi masing-masing bila ada kat Ipoh. 

Susah yea nak cari kek murah dan sedap sekarang ni. So ada jumpa satu yang memenuhi kriteria, harus lah sharing is caring..hehe..

SIS PEMINAT KEK...

Update  - ada orang tinggalkan komen, kedai ni halal ke tak? Ni info yang k.fiezz dapat dari facebook kedai kek ni sendiri..Lagipun biasanya kedai kecil ni jarang ada sijil HALAL sebab mahal kosnya.

Yohan Hot Breads & Cake House


7 Comments

  1. Bila sedap & harga murah pasti akan menjadi perhatian pelanggan

    ReplyDelete
  2. kalau ke ipoh nanti boleh cari ni

    ReplyDelete
  3. Alaaa...dh la tgh craving cake...sabar je la...

    ReplyDelete
  4. Maaf tanya, halal tak? Sbb kwan bru blik ipoh and bg kek ni. Sy try search tp tak jumpa statement halal. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi farah..akak dh update kat atas..boleh refer situ..harap menjawab persoalan..

      Delete