Jumpa Kaunselor Laktasi Untuk Susukan Kinah
Sebelum Farah Sakinah mencecah ke angka 2 tahun, k.fiezz cuba susukan anak angkat sis & mr hubby iaitu Kinah (panggilan manja)..Sis cuba yang terbaik & hat mana termampu sebab mungkin faktor usia sis yang dah meningkat ni, susu tak berapa nak ada atau pun faktor sis tak pernah mengandung jadi penghasilan susu tak meriah..Tapi sis cuba juga yang termampu..Sekurang-kurangnya sis cuba juga dari tak buat langsung, betul tak?
PERLU KE SUSUKAN ANAK ANGKAT?
Bila Kinah sah jadi anak susuan kitaorang, terus jadi mahram dengan mr hubby macam anak sendiri, jadi isu aurat dah tak timbul. Bukan tu je, kalau kitaorang ada anak lain lepas ni, Kinah automatik jadi adik-beradik susuan dengan diorang.
Mahram bermaksud batas aurat & terpakai sama seperti anak kandung.
Syarat untuk susukan anak angkat bayi berumur bawah dua tahun & disusukan sekurang-kurangnya 5x kenyang serta susu yang diminum/hisap oleh bayi mesti sampai ke dalam perut bayi..
RUJUK KAUNSELOR LAKTASI
Masa mula-mula nak start keluarkan susu badan, sis ingat boleh terus je beli ubat keluarkan susu badan kat farmasi atau pi mana-mana klinik..Rupanya tidak yea..Sis kena jumpa kaunselor laktasi dulu di mana-mana hospital yang ada menyediakan perkhidmatan laktasi..Untuk area KL, hospital yang menyediakan perkhidmatan ni di Hospital Tunku Azizah (HKL)..Jadi sis kena jumpa dulu dengan kaunselor..Masa sesi ni, akan diterangkan lah proses untuk mengeluarkan susu terutama untuk kes sis yang nak susukan anak angkat..Masa sesi pertama ni, sis dibekalkan ubat keluarkan susu badan seperti di bawah..Ubat ni sebenarnya ada function dia yang lain tapi lupaaaa..Haha..Tapi ubat ni membantu meningkatkan tahap hormon prolaktin dalam badan bagi merangsang penghasilan susu..
Kaunselor laktasi bekalkan ubat ni untuk tempoh 3 bulan saja..Tak boleh ambil jangka masa panjang sebab risiko..Aiii tak ingat lah apa risiko dia..Sorry..Tapi memang ubat ni lah yang sis makan untuk keluarkan susu badan dalam tempoh 3 bulan..Masa mula-mula kaunselor laktasi tak terus bagi stok untuk 3 bulan ubat ni, dia suruh try dalam 2 minggu rasanya dulu sebab nak tahu ada apa-apa effect tak?Lepas jumpa kali ke-2, baru dapat stok sampai 3 bulan sebab masa tempoh percubaan makan ubat ni, sis okey je..tak ada effect yang tak best...
Berapa kali sesi jumpa dengan kaunselor laktasi ni..Sis, 2x..masa mula-mula nak ambil ubat keluarkan susu badan ni & kali ke-2 lepas dah start makan ubat..Kaunselor laktasi nak tahu progress lepas makan ubat, samaada susu keluar tak?Lepas tu dia nak tengok juga cara pegang nipple untuk keluarkan susu betul ke idak..Masa sesi yang ke-2 ni, sis kena tunjuk dekat kaunselor cara sis pegang nipple untuk keluarkan susu & guess what, susu sis dah mula keluar..Sebelum tu masa kat rumah lepas seminggu dua makan ubat rasanya sis dah nampak susu dah start ada..Jadi masa sesi yang ke-2 jumpa kaunselor laktasi ni, memang susu badan sis keluar cuma tak banyak...
Jadi untuk kes sis ni, 2x je sis jumpa kaunselor laktasi..Mungkin orang lain ada yang lebih sesi..Bergantung kepada keadaan masing-masing kot..
Eh lupa pulak, tak silap sis yang masa mula-mula jumpa kaunselor laktasi tu, kena amik darah juga..tapi sis lupa untuk apa..Rasanya macam nak tengok hormon penghasilan susu wanita..Tak silap lah yea..Aih cerita tahun lepas..sis lupaaa..
MEMBANTU KE UBAT NI?
Ni supplement untuk banyakkan susu yang sis cuba juga..Supplement ni dari Indonesia..Sis terjumpa kat sosial media (tak ingat yang mana satu..rasa macam tik tok), ada orang kongsi pasal supplement ni yang membantu untuk banyakkan susu..Tapi tak membantu pun..Sis makan langsung kering tak keluar susu..Kalau idak, ada lah juga walaupun tak banyak..Mungkin supplement ni tak sesuai dengan sis..huhu..
So tempoh menyusukan Kinah dah selesai bulan 11, tahun lepas..Mr hubby rujuk kat mana entah, kena susukan sebelum Kinah masuk umur 2 tahun ikut kalendar islam..Jadi dah selesai..
Kalau nak kira, tak silap 5-6x jugak lah si Kinah dapat minum susu sis..Cuma cukup syarat ke idak tu, tak pasti lah mencapai ke tak..Cuma secara logik, ada lah susu sis yang si Kinah minum masuk dalam badan dia..si Kinah ni pun dia tak mau minum susu sis..Sampai sis sendiri rasa susu sis..Tak sedap ke..Eh bila sis rasa, sedap je..manis-manis gitu..haha..
BELAJAR BERKAITAN PENYUSUAN
Bila berada dalam proses nak susukan anak ni, banyak juga sis belajar berkaitan penyusuan..Cara keluarkan susu..Kekerapan untuk keluarkan susu..Pemakanan untuk hasilkan susu..Eh banyak jugak yea..Sebelum ni sis ingat, perah-perah gitu je..Eh ada teknik, ada cara dia..Lepas tu ingatkan susu ni sentiasa ada je..Rupanya ada masa juga, susu boleh kering..Tapi dalam kes sis ni sebabkan tak pernah alami proses mengandung, jadi bila nak keluarkan susu agak payah sikit sebab bergantung dengan ubat plus faktor usia yang semakin muda ini (bak kata officemate sis..hehe), susu dah tak meriah..
Lepas mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar laktasi, sis kena beli pam susu pulak jadi sis pilih jenis automatik untuk memulakan rutin penyusuan..
Dah habis sesi nak susukan Kinah ni, pam yang ada tu nak buat apa..haha..Simpan lah, mana tau eh tiberrr Kinah dapat adik pulak..hehe..Aamiin..
Dari apa sis baca & tengok ibu-ibu berkongsi pasal penyusuan ni, yang penting untuk susukan anak, tak boleh stress & kena rajin mengepam untuk galakkan susu lebih banyak keluar..Bila kerap pam atau direct feed pada anak, susu akan meriah keluar sebab badan bagi signal, ada permintaan..



0 Comments