Lama tak membebel kat sini. Biasalah kakak fiezz ni busy entah apa-apa. haha. Jom sambung story masa k.fiezz & mr hubby cuti lama time hari raya  haji bulan lepas. Kitaorang tak ada gi mana-mana pun. Balik kampung je. Ater dah balik kampung tu ada lah juga buat aktiviti dengan family. Salah satu aktiviti yang kitaorang buat ke Petting Zoo Gunung Lang sebab bawa seorang anak buah k.fiezz. Jalan-jalan area Perak gitu. haha. Lokasi Gunung Lang ni dekat je dengan rumah mak mertua k.fiezz tapi biasalah kita ni bila ada tempat best atau jadi lokasi tumpuan pelancong dekat dengan rumah, memang idak lah nak gi sebab alasan dekat sangat dengan rumah. Betul tak?haha. 

So kita pecahkan tradisi tu, jom ke Petting Zoo Gunung Lang. 

Sebelum masuk ke Zoo, kitaorang picnic kejap kat taman area Gunung Lang. Breakfast dulu. Mak k.fiezz memang dah siap-siap masak, jadi kitaorang makan dulu kat taman Gunung Lang ni. Cari meja kosong, bawa keluar barang makanan yang dah siap bawa dari rumah. Cuma beli roti canai je. Lepas tu terus ke sini. Unpack & breakfast sambil cuci mata tengok hijau sekeliling. Sesekali gitu. Nasib tak hujan. haha..

Gunung Lang ni benornya antara tarikan pelancong juga tau di Ipoh ni. Selalu nampak orang duk share gambar-gambar kat sekitar Gunung Lang ni. Cantik..Kalau korang jalan-jalan area Perak, boleh lah masuk kan Gunung Lang ni dalam list untuk terjah.


TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Ada apa kat sini?Pemandangan hijau sekeliling. Nak ootd, shoot video & wedding photoshoot pun boleh kat sini. Perkhidmatan bot ada disediakan untuk yang nak explore dan tengok pemandangan sekitar Gunung Lang dengan lebih lagi.

K.fiezz & family masa ke sini tak naik bot pun untuk menyeberang. Kitaorang memang aiming ke Petting Zoo Gunung Lang ni je. Jadi lepas kitaorang breakfast, terus ke Petting Zoo Gunung Lang. 


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Entrance ke Gunung Lang


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Kitaorang lepak makan breakfast kat meja area sini. 

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

K.fiezz & Mak. Yang lain tak masuk frame. So wefie dengan mak..


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Habis makan, jom ke Petting Zoo Gunung Lang..
Tiket Masuk - RM6 / Dewasa & Kanak-Kanak
PERCUMA / Warga Emas & OKU

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Anak buah k.fiezz

Bawah ni gambar kat bahagian dalam Petting Zoo Gunung Lang

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Ni kat bahagian luar Petting Zoo Gunung Lang. Masa ni panas lit lit weiii..Becak ketiak. haha. Dengan pakai mask lagi, nak marah tapi kena sabar. Nak marah tapi kena sabar. haha..

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak
Dah penat jalan-jalan, wefie time...Biasa lah handphone baru. hehe..

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Auchhh romantiknya lah kekononnya..haha

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Sambil bergambar sambil berteduh jap, lit lit sangat masa ni..


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Kambing Biri-Biri..


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Angsa kat sini behave sebab ada pagar pengadang untuk elak dari adegan kena kejor.haha.. 


petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Kambing hitam yang kat belakang mr hubby tu memang di biarkan bebas. Mungkin nak bagi budak-budak boleh pegang, sentuh lebih dekat. 

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Ni kat bahagian luar. Banyak juga tau haiwan kat sini walaupun tempat dia kecil je. 

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Anak buah k.fiezz ni memang jenis tak takut. Mak long dia macam biasalah, ai fotographer je. haha.

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Dah berpanas kat luar. Masuk dalam semula. Sambung tengok haiwan yang kat bahagian dalam pula. 

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Kat sini ada seekor ular dilepaskan atas meja tapi jangan risau ada pekerja yang jaga. Ular pun jenis kecil je bukan yang besor tu. Hat kecil tu pun k.fiezz tengok dari jauh je. Tu pasal tak ada gambar kat sini. haha. Nak dekat, eiiii memang idok lah. Sis geli...

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Bahagian dalam Petting Zoo Gunung Lang

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Guinea Pig antara haiwan yang ada kat bahagian dalam. 

petting zoo gunung lang, jalan-jalan area Perak

Masa kat sini nanti ada staff tangkap gambar untuk jadi cenderahati macam ni. Terpulang lah kita nak beli ke idak. Satu ni RM40 tapi kalau ambil dua-dua, RM60. 


JALAN-JALAN AREA PERAK


So kalau korang terlajak jalan-jalan area Perak ni tak tahu nak gi mana, boleh lah terjah Petting Zoo Gunung Lang di Ipoh ni. Terutama yang ada anak-anak kecil tu. confirm seronok lah jalan-jalan tengok sendiri haiwan-haiwan yang biasa tengok dalam buku, tablet, phone.

K.fiezz yang dah tua ni pun teruja tau walaupun sis penakut benornya. haha. 

Kitaorang tak lama kat sini. Ngam-ngam dah pusing dalam & luar, mr hubby nak memerut pula. Terpaksa keluar singgah rumah mama kejap nak membuang air besor. Eh tak ada toilet ke kat sini?Ada je uolls. Tapi besa lah muntot mr hubby ni nak tempat yang selesa je. haha. 

Overall jalan-jalan ke Petting Zoo Gunung Lang ni best dan menarik. Banyak juga haiwan-haiwan yang ada kat sini. Nak tengok haiwan apa yang ada kat sini, klik video kat bawah ni..



EXPLORE NEGERI SENDIRI...

2 Comments