Happy Birthday mama..Dalam entry sebelum ni k.fiezz ada mention masa kitaorang balik kampung bulan lepas, kebetulan time birthday mama. Jadi sambut sekali dah kebetulan ada kat kampung. Mr hubby serahkan tugas kat k.fiezz mencari coklat bouquet untuk mama. Macam biasa lah, k.fiezz buka instagram cari melalui # surprise delivery ipoh. Cari punya cari dan jumpa beberapa seller yang ada buat surprise delivery ipoh. Antaranya justforyou_bouquetipoh yang jadi pilihan k.fiezz ni..K.fiezz pilih yang ni sebab harga coklat bouquet kat dia affordable & dia cepat respon. Sis ni bila whatsapp orang yang lambat benor reply ni, malas nak berurusan sebab nanti kalau ada apa-apa masalah confirm lambat juga dia respons. Itu yang memang cari seller efisien dan pantas response. Pilihan k.fiezz justforyou_boutiqueipoh. 

CONTACT JUSTFORYOU_BOUQUETIPOH

Masa whatsapp dengan seller coklat bouquet ni, tanya dulu masih terima ke order last minute. Maklumlah esok birthday mama, baru harini mr hubby suruh cari coklat bouquet nya. Idak ke kelam kabut sis mencari. Nasib baik seller ni cakap okey, dia terima order last minute. Sebelum tu K.fiezz memang dah scroll IG dia & tengok coklat bouquet yang cantik dan menarik pada mata k.fiezz. K.fiezz screenshot & pilih hat mana berkenan lepas tu baru whatsapp tanya harga. Dia dah bagi harga, k.fiezz special request nak tukar coklat sebab mama minat KitKat. Dalam gambar yang k.fiezz screenshot, seller guna coklat jenama lain. So k.fiezz tanya kalau tukar harga KitKat berapa, dia beritahu harganya. Deal. Murah je..RM70 + delivery RM5 - RM75..Mughah kan... 

BOOKED COKLAT BOUQUET

Lepas dah buat bayaran, bagi detail kat seller. Nama, alamat, no telefon, wish note & pukul berapa nak delivery. Setel bagi detail kat seller, nanti dia akan bagi gambar coklat bouquet yang dia dah buat sebelum hantar pada penerima. 

Esoknya sebelum dia hantar coklat bouquet pada mama, dia bagi gambar. Yeayyy..cantik...Puashati. Affordable. 

coklat bouquet,surprise delivery ipoh

Tadaaa..coklat bouquet untuk mama. Elok pula masa diaorang hantar ni, sama timing k.fiezz & family sampai kat rumah mama. haha. K.fiezz siap berdiri kat tepi mama masa ni. haha. Runner beritahu kat mama, nama yang bagi coklat bouquet ni Fieza & Sani. K.fiezz mencelah 'yeaa..saya fieza'. haha...



coklat bouquet,surprise delivery ipoh


SERVIS CEPAT & TERBAIK

Kalau korang nak cari surprise delivery Ipoh, boleh cuba servis justforyou_boutiqueipoh ni. Memang servis diaorang terbaik & harga berpatutan. Harga pun murah. Terkejut k.fiezz masa dia cakap harga coklat bouquet yang k.fiezz order ni RM70 saja..Murahhh..Kalau KL ni, mau seratus lebih rasanya walaupun simple je design dia..Dengki kat orang Ipoh, ada suprise delivery murah je kat sana. hehe Untung sangat tau..So yang ada kat Ipoh, nak cari surprise delivery Ipoh boleh terjah IG justforyou_boutiqueipoh ni..

Happy Birthday Mama...

0 Comments