Siapa yang selalu masuk ke blog k.fiezz, mesti tahu sis ni suka shopping beli beg copy ori. Banyak dah koleksi beg branded copy ori yang k.fiezz beli untuk diri sendiri & mr hubby. Majoriti beg copy ori yang k.fiezz beli gred one to one (1:1) sajo..Ikut akaun bank masing-masing lah yea. Macam k.fiezz ni memang beli beg copy ori gred 1:1 je sebab harga masih dalam bajet & mampu untuk beli. 

Tapi betul best ke beg copy ori ni?Tak ada masalah ke beg copy ori ni?Meh nak cerita dari sisi tak best pula bila beli beg copy ori yang gred 1:1 ni, Baru lah adil kan. hehe. Asyik cerita part best je..

BERAPA LAMA TAHAN?

Sebelum tu, ada ke yang nak tahu berapa lama tahan beg copy ori branded ni boleh tahan? Pada pendapat k.fiezz ikut pada cara penjagaan masing-masing & kekerapan guna beg tu. Contoh k.fiezz nak kongsi kat entry ni, sling bag COACH yang k.fiezz beli untuk mr hubby bulan 12 tahun lepas. Baru lagi lah kiranya. 7-8 bulan lebih kurang. Masa mula-mula beli dulu memang mr hubby guna hari-hari tapi sebab mr hubby tak berapa suka, jadi mr hubby guna kejap je..Lepas tu tukar beg lain pula

Jadi okey lagi tak sling bag COACH mr hubby ni?

Baru ni mr hubby guna semula sling bag COACH ni sebab beg yang sebelum dah koyak-koyak juga bahagian dalam dia. Lepas guna sebulan dua sling bag COACH ni, mula-mula zip dia dah loose. Mr hubby repair, elok balik tapi bahagian dalam pula dah hancur. haha. Udah koyak rabak dalam dia. Kalau tengok kat luar memang cun melecun lagi. K.fiezz pun tak tahu lah samaada mr hubby pakai ganas sangat ke atau pun bawa barang-barang berat dan banyak sangat sampai kain bahagian dalam beg terkoyak. Aihhh sabo je lah sis..


sling bag lelaki, Sling Bag COACH, beg copy ori
Tu dia dalam beg..Koyakkk..

BAWA APA DALAM BEG TU?

Mr hubby dalam beg dia memang wajib ada purse, handphone, vape, kad kerja. Selain dari tu, kadang ada juga bawa powerbank gemuk. Sebab panggil gemuk, memang bentuk powerbank kitaorang tu tebal & besar. Lepas tu vape mr hubby pun jenis besor juga bukan yang hat nipis macam biasa orang lain pakai . Jadi mungkin faktor berat dan banyak sangat barang kadang-kadang, bahagian dalam beg senang terkoyak sebab kain dia nipis je. 

K.fiezz pun tak pasti faktor keganasan atau material dia yang kurang berkualiti macam ori jadikan dia cepat koyak kat bahagian dalam. 

Nasib baik ada sling bag lain untuk mr hubby pakai walaupun mr hubby tak berkenan sangat sling beg tu sebab tak banyak sangat compartment. Tapi udah yang sling bag coach ni koyak, guna je lah hat yang mana ada. Banyak pula dia punya komen. Siapa suh ganas sangat pakai. haha..

Nak tengok mana ke rupa sling bag COACH mr hubby yang koyak ni lebih detail, check it out > SLING BAG COACH >

1 Comments