Lama tak membebel kat sini. Busy benor lah pun sis. haha. Dak lah busy pun. Besa-besa je tapi dari Isnin demam, batuk. Arhhhh tak selesa betul tau. Dalam tak sihat pun tetap komited gi office juga. Bila dah tak sihat tu, memang tak ada mood lah nak ngadap blog ke apa. Masuk juga jenguk blog tapi takat publish komen & reply. Nak update blog memang outtt...Ni baru okey sikit..So boleh sambung membebel kat blog..

BEG MEKAP BARU JENIS GUNA

So meh nak story beg mekap baru k.fiezz yang dari jenis guni ni?Hah, jenis guni. Biar betul k.fiezz ni? Iyaaa material dia macam kain guni tu. Sebab k.fiezz pilih beg mekap jenis ni saiz dia besar lepas tu k.fiezz rasa boleh tahan lama. Sebelum ni k.fiezz guna beg mekap plastik (rujuk gambar bawah)  yang jenis jerut ni. Hat ni okey je setakat ni tak ada koyak ke apa tapi limited space & cepat kotor. Barang mekap k.fiezz agak banyak juga, bila dah sumbat dalam beg ni ehhh penuh barang-barang mekap dalam tu. Dah macam ikan sardin dalam tin. Haha. Nak ambil barang mekap, kena keluar satu per satu. Jenuhhhh.

Haritu masa balik kampung, k.fiezz singgah MR DIY. Macam kat KL tak ada MR DIY. haha. Udah kebetulan nak ke DIY, sekali lah cari barang yang nak. Gitu konsepnya..

Cari punya cari, k.fiezz nampak beg mekap jenis macam kain guni ni. Menarik je. Saiz besar, tahan lasak & lama. Lulus piawaian. Tapi eksen tak terus ambil yang ni. K.fiezz nak juga jenis beg mekap yang nampak cantik dan curlass gitu. Sekali scan harga 20 hengget lebih harga dia. Mak aihhh, letak balik. Haha. Dasar kedekut. Lepas dah letak yang hat mahai tu, terus ambil beg mekap jenis guni ni. Puas hati. Scan harga dalam 6 hengget lebih je. Okey cun. Lulus poket...haha


RASMI GUNA BEG MEKAP GUNI NI

Beg mekap baru dah beli, apa lagi. Rasmi guna. Beg mekap ni untuk letak kat pejabat. Malas nak bawa beg mekap ulang alik rumah office hari-hari. Jadi barang mekap kat rumah, guna kat rumah. Yang untuk guna kat pejabat, letak dalam beg mekap ni simpan kat pejabat. Senang. 

beg mekap
Beg Sebelum & Beg Selepas


beg mekap
Bahagian dalam dia. Luas. Puas hati. Nak ambil barang meka pun senang. Tak payah nak keluarkan semua macam sebelum ni. Keluarkan yang mana nak guna dulu,lepas tu simpan baru ambil yang lain pula. 

Overall puas hati beg mekap baru ni. Korang nak guna letak barang lain pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing & kita beli ni nak guna untuk apa. Yang penting beli ada kegunaan dia. Bukan simpan tau. haha. Besa lah kita ni kadang beli sebab harga murah lah promo lah. Tapi lepas tu bersimpan dalam almari tak guna. Betul tak?haha. Jadi beli kalau perlu saja. Elakkan pembaziran. Gituuu..

Nak Beli Kat Mana? > MR DIY
Harga >  RM6.xx (lupa harga dia berapa). haha..Sowwy. Boleh lah check it out kat Mr DIY terdekat.

BELI UNTUK GUNA BUKAN UNTUK SIMPAN...hehe

4 Comments

  1. Sama la ngan SA...kat opis pun kena ada bag make up..lepas solat xde la togel je muka..kan...

    ReplyDelete
  2. wah beg baru tu nampak lg smart kak

    ReplyDelete
  3. Cantik beg mekap tu . Nampak simple boleh isi banyak barang kan . CCL pun ada satu beg mekap simpan kt dalam opis mudah nk touch-up mekap

    ReplyDelete