Beg copy ori terbaru dalam koleksi k.fiezz. hehe. K.fiezz ni asyik beg je. hehe. Setiap orang ada hobi, kan. So kumpul beg copy  ori adalah hobi sis..hehe...Kalau artis & orang ada-ada kumpul beg branded yang ori. Sis mampu beg copy ori sajo..Copy ori pun copy ori, janji mengikut piawaian dalam akaun k.fiezz yang mampu dibayor, uollls..

OTV LV Bag beg copy ori ni yang terbaru dalam koleksi k.fiezz . Memang dah lama usya tiap kali seller buat live jual beg copy ori.  Berkenan sebab tengok design dia yang very da simple & saiz dia besar. Memenuhi piawaian k.fiezz otg lv bag ni untuk jadi handbag balik kampung atau pi jalan-jalan. Macam-macam barang boleh sumbat dalam beg. Sis suka...

DAH RASMI OTG LV BAG


Masa hari raya ritu, k.fiezz dah rasmi otg LV bag ni. Memang jadi handbag favourite k.fiezz untuk jalan-jalan atau tiap kali balik kampung sebab saiz dia besar, luas. Macam-macam barang boleh letak. OTG LV bag ni tak berzip kat bahagian atas dia cuma ada hook untuk sangkut bila nak tutup beg. Bahagian dalam dia luas, ada 1 compartment berzip & 2 slot terbuka. 

Kalau korang yang ada anak kecil, nak bawa pampers, botol susu, susu sesuai sangat sebab saiz dia luas. Puas hati sangat. Berbaloi-baloi..

beg copy ori,otg lv bag

OTG LV BAG copy ori sis.


beg copy ori,otg lv bag

Bila nak tutup, dia sangkut je (rujuk gambar atas). Tali ada 2. Panjang & pendek. Boleh handcarry atau sangkut kat bahu. Ikut keselesaan masing-masing...


beg copy ori,otg lv bag

K.fiezz bawa ikut keselesaan. Kejap pegang. Kejap sangkut kat bahu. 

HARGA OTG LV BAG


Kalau tengok yang original, kelip-kelip mata je. Belas ribu weiii. Tak mampu sis. Hat k.fiezz punya ni beg copy ori saja RM120 free shipping. Murah kan. Memang murah sangat tu weiii. Walaupun kualiti dia memang jauh beza dengan original tapi kita bergaya ikut dalam akaun bank yea. Jadi dapat beg copy  ori pun dah syukur...Mampu juga nak beli. hehe..

Tapi walaupun beg copy ori, orang tak perasan sangat pun. Melainkan kalau yang memang sejenis beli beg branded original yang boleh bezakan tu, tak boleh nak cakap apa lah. Orang yang beli original ni lagi expert & kita kena respect sebab diaorang mampu beli yang ori. Sebab itu diaorang lebih teliti antara yang fake dengan original. Untuk orang biasa-biasa rakyat marhaen macam kita ni, tak perasan sangat pun antara copy ori dengan original. Kita tengok cop LV kat luar beg tu pun, kita ingat ori. hehe. Adik ipar k.fiezz pun ingat OTG lv bag yang k.fiezz beli ni original. Dia tanya k.fiezz beli berapa RM..K.fiezz cakap harga, dia macam terkejut. Lepas tu k.fiezz beritahu lah yang ni copy ori sajo..haha..

Overall k.fiezz puas hati dengan OTG LV Bag ni sebab saiz dia yang besar tu. Macam-macam boleh letak. Tak ada hal. Sesuai untuk jadi beg tangan yang boleh kita bawa balik kampung atau bila travel (cuti-cuti)

Ni k.fiezz tengah aim nak beli OTG LV bag yang mini pula untuk pakai gi kerja. hehe. 


PEMINAT BAG COPY ORI...


Pssst...Pssttt...Jangan tak tahu ramai juga yang mesej k.fiezz kat FB/IG tanya link seller yang k.fiezz beli semua beg copy ori. Nanti k.fiezz buat 1 entry khas senarai seller yang k.fiezz beli beg-beg ni, tau...

4 Comments