Cuba resipi baru iaitu Sup Ayam Ala Thai yang k.fiezz jumpa dari Tik Tok. K.fiezz ni bila jumpa resipi yang kena dengan selera, wajib lah save. Semalam mood rajin datang, rajin lah cuba masak resipi sup ayam ala thai ni. Nak masak dia pun tak lah susah sangat pun. Kebanyakan bahan-bahan dia pun ada kat rumah. 

RESIPI SUP AYAM ALA THAI


Bahan-Bahan : 

5 sekawan kat bawah ni tapi k.fiezz cuma guna 3 je sebab lagi 1 dah habis stok & yang lada hitam k.fiezz tak perasan kena masukkan juga rupanya. haha. Nasib baik ada sup bunjut, jadi campakkan 1 sup bunjut masa masak untuk cover mana bahan yang terkurang. 


  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 cengkih
  • 1 sudu besar lada hitam biji


sup ayam ala thai, resipi sup ayam

Bahan Kisar :-

  • 1 Biji Bawang Merah (Kisar)
  • 2-3 Ulas Bawang Putih (Kisar)
  • Sikit Halia (Kisar)

Bahan Lain :-

  • Ayam (kuantiti terpulang)
  • 1 Biji Bawang Holand (Potong bulat untuk hiasan)
  • 1 Batang Serai (ketuk sikit)
  • Akar Ketumbar (basuh bersih-bersih)
  • Batang & Daun ketumbar (potong halus)
  • 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
  • Beberapa Biji Ubi Kentang (potong 4 @6)
  • 1 Batang Lobak Merah (potong bulat atau ikut suka)
  • 1 Batang Saderi (k.fiezz tak guna ni sebab lupa nak beli) 
  • Air secukupnya
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 Sup Bunjut
  • 2 Sudu Besar Sos Ikan
  • 2 Helai Daun Limau Purut (Koyak-koyakkan)
  • 5 -10 Tangkai Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) [ketuk sikit]
  • 1 Biji Tomato (belah 4 @ 6)
  • Garam
  • 1/2 Biji Lemon / 1  Biji Limau  (perah untuk ambil jus sahaja)

Cara Masak :-

  1. Panas minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah 5 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan lada hitam). Dalam kes k.fiezz masa masak ni, k.fiezz guna 3 sekawan sahaja.
  3. Masukkan sekali serai dan akar ketumbar.
  4. Bila nampak bahan tumisan dah garing, masukkan ayam. Kacau-kacau sampai ayam bersalut dengan bahan tumisan dan tutup sekejap. Biarkan sampai ayam separuh masak.
  5. Kemudian baru masukkan serbuk ketumbar, lobak merah, ubi kentang, batang saderi, air secukupnya, kiub pati ayam, sos ikan, sup bunjut dan rebus sampai lobak & ubi kentang empuk.
  6. Selepas itu, taburkan garam secukupnya, hirisan batang ketumbar dan daun limau purut.
  7. Masukkan cili padi dan bawang. Masak lagi dalam 3-5 minit.
  8. Dah siap masak, masukkan hirisan tomato, tabur hirisan daun ketumbar, jus lemon/limau. Kacau sekejap. Kemudian boleh tutup api.
  9. SIAP.

SEDAP TAK SUP AYAM ALA THAI


Komen dari mr hubby, sedap. Cukup rasa masam dia. Bezanya sup ayam ala thai ni dengan sup biasa, tak guna rempah sup. Biasa k.fiezz ni bila masak sup mesti nak guna rempah sup tapi yang sup ayam ala thai ni tak perlu pun. Rasa sup dia cukup semua..Minyak dari ayam masa masak ni, lebih menyerap rasa & isi dia jadi lebih sedap. Yang suka pedas, boleh tambah sambal belacan di samping sup ayam ala thai ni. hehe. 

Ni kalau badan tak sedap sebab demam, sesuai sangat makan sup ayam ala thai ni sebab rasa masam dia tu boleh bagi kita selera nak makan.

Overall sup ayam ala thai ni sedap & boleh ulang masak selalu. hehe. Sis suka sup-sup ni...

SELAMAT MENCUBA...

5 Comments

  1. ammi pun nampak gak video resepi ni kat tiktok semalam
    nak cuba gaklah

    ReplyDelete
  2. sedap tu hirup sup ayam ala thai ...nk plak mkn time hujan

    ReplyDelete
  3. wow sedap dan nampak menyelerakan la sup fiez

    ReplyDelete
  4. SA pun suka buat sup macam ni...boleh la buat ni untuk bekal hari Selasa

    ReplyDelete