Lama tak layan tengok wayang. So minggu lepas sempena anniversary, melayan top gun maverick kat Mid Valley. Lagi best mr hubby ambil seat atmos dbox yang goyang-goyang tu. haha. Serius seronok yea terasa gegaran & pergerakan dalam cerita top gun maverick ni. Feeling macam naik jet sekali dengan Marv (Tom Cruise). haha.

TOP GUN MAVERICK 2022


Siapa belum tengok lagi top gun no. 1 yang keluar tahun 80-an, kena tengok dulu hat lama ni dulu baru boleh tengok top gun Maverick 2022 ni. Kalau idak, confirm tak faham jalan cerita yang ni sebab ada relate dengan no.1. Kang korang ternganga pula tak tahu siapa goose. Apa kaitan dengan salah seorang anak didik si Marv dalam cerita top gun 2022 ni. Kenapa anak didik si Marv ni marah dengan Marv?Kenapa kah si Marv ni sanggup tak naik pangkat. Eh tercerita pula. haha. 

Serius best cerita top gun Maverick 2022 ni. Berbaloi tengok dengan seat atmos dbox. Terasa macam duk sebelah Marv masa naik jet. haha..

top gun maverick, atmos dbox,review top gun maverick

SINOPSIS TOP GUN MAVERICK 2022

Pete 'Maverick' Mitchell (Tom Cruise) di arahkan untuk mengajar sekumpulan pilot-pilot muda untuk satu misi khas dan memilih beberapa orang yang layak untuk menyelesaikan tugasan khas tersebut. Untuk tugasan ni, Maverick ditugaskan di tempat lama dia dulu. Kat sini Maverick perlu berdepan dengan kisah lama yang menyebabkan dia dalam situasi serba salah tapi dalam masa yang sama dia perlu menyelesaikan tugasan untuk mengajar pilot-pilot muda di situ & memastikan mereka berjaya selesaikan misi tugasan khas tersebut dalam tempoh yang singkat. Untuk Maverick, bukan saja dia nak pastikan pilot yang terpilih untuk misi tersebut berjaya tapi juga balik dengan selamat.

Review Top Gun Maverick 2022


Harus lah 5/5 bintang k.fiezz bagi.  Best sangat sebab k.fiezz memang suka Top Gun yang no.1 dulu. Memang tunggu Top Gun Maverick 2022 ni keluar. Nak tengok kesinambungan dia macamana. Dah tengok, memang puas hati. Tambah pula si hero, Tom Cruise tu immortal, mr hubby cakap. haha. Maintain nampak muda. 

Layan cerita top gun Maverick 2022 ni duduk seat Atmos DBox yang bergerak ikut gerakan dalam cerita. Memang terasa macam duk kat belakang Maverick dalam jet tu. haha. Feeling sangat tau. Ni untuk k.fiezz lah yea. Orang lain x sure. Dalam cerita ni ada scene touching sampai ke hati sangat bila ada scene flashback. Sis ni dah lah cepat emosi. Tahan air mata dari jatuh tau. Nasib dalam wayang, golap. Tak nampak mata sis dah bertakung air mata. haha. Over sangat...

Nak tahu apa yang sebabkan Maverick rasa bersalah sangat bila kembali semula ke tempat lama dia dulu, berjaya ke tidak dia mendidik budak-budak baru tu?berjaya ke misi khas tu?Sila ke panggung wayang berdekatan, hokay. Berbaloi tengok. Tapi untuk faham jalan cerita top gun Maverick 2022 ni, kena tengok yang no.1 dulu.  Baru faham bila ada scene flashback tu. Top Gun no.1 keluar tahun 80-an. Lepas 30 tahun lebih baru buat yang no.2 ni, weiii..Bila tengok top gun yang no.2 ni baru lah macam 'okey, patut lah ambil masa lama nak buat.' Sebab bajet kena besar. Tengok scene yang jet-jet tu bergerak, k.fiezz duk fikir macamana diaorang buat. Ingatkan guna skrin hijau. Mr hubby cakap tak, memang real sebab diaorang nak nampk real bila penonton tengok. 

Overall memang berbaloi tengok top gun maverick 2022 ni. 


2 Comments