Happy Anniversary yang ke-14 tahun to us. Pejam celik pejam celik, eh dah 14 tahun melayari bahtera rumahtangga. Alhamdulillah. Kalau bunting pelamin dulu, anak dah tingkatan dua sekarang. hehe.. Tapi Allah juga sebaik-baik perancang. 

So sempena anniversary ni, nak wish pada diri sendiri & mr  hubby - Selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga hubungan ni terus berkekalan dan sentiasa bersama dalam suka duka pahit manis rumahtangga. Moga kita terus tabah dan sabar menghadapi segala masalah, cabaran dalam rumahtangga yang kita bina ni. Alolo sweet pula buat ucapan macam ni. haha. Sesekali..


fiezasani

KOMUNIKASI DALAM RUMAHTANGGA


Setiap perkahwinan ada pasang surut dia. Paling penting komunikasi antara dua pihak. Ewah dah rasa macam kaunselor perkahwinan pula ni. haha. Dulu k.fiezz ni jenis tak suka nak cerita dengan mr hubby.  Tapi sikit demi sikit k.fiezz belajar berkongsi cerita dengan mr hubby.

Tipu lah kalau kata sentiasa smooth je perjalanan rumahtangga k.fiezz & mr hubby ni. Ada masa suka, ada masa duka, ada masa elok, ada masa bergaduh. Part bergaduh tu biasanya sis lah yang suka cari pasal dulu. haha. Perempuan. Complicated. Kadang ada benda tak puas hati tapi pendam lepas tu buat perangai nak cari gaduh dengan laki. Nasib lah husben sis ni penyabar orangnya. Kalau orang lain, tak tau lah apa nasib sis. haha. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan husben sis yang sangat penyabar ni. 

Bila dah kahwin ni, paling penting komunikasi antara suami dan isteri. Tak ada isitilah rahsia antara kita konsepnya.  Semua benda kita kongsi suami isteri. Bukan macam dalam drama yang si isteri suka benor berahsia tak tentu hala. 

Sebenarnya dari berkomunikasi ni baru kita dapat belajar attitude masing-masing & mana yang kurang kita improve. Itu yang penting sangat komunikasi. Macam k.fiezz sendiri semua benda cerita dengan mr hubby. Tak ada rahsia-rahsia. Kadang tu ada juga rasa macam nak berahsia certain benda tapi tak boleh. Tetap nak cerita juga. haha. Itu salah satu fungsi suami kan. Jadi pendengar setia bebelan isteri. Betul tak?hehe..

REZEKI ANAK


Hari-hari fikir bila lah nak mengandung?bila lah nak mengandung?Usia makin meningkat. Macam-macam makan, macam-macam buat tapi masih belum ada rezeki yang satu ni. Hmmm..Sejujurnya agak down sekarang sebab dah buat macam-macam cara tapi Allah masih juga belum nak hadirkan rezeki yang satu ni pada k.fiezz & mr hubby. 

Buat masa ni k.fiezz & mr hubby tengah usahakan dengan rawatan moden di hospital pula. Cuba juga walaupun tengah rasa down sangat. Dah rasa malas nak makan apa-apa, buat apa-apa. Biar lah. Normal lah kan, kita manusia. Bukan sentiasa +ve..

Orang yang berada dalam situasi macam kitaorang ni je faham macamana rasa setiap bulan, berdebar tunggu period datang ke tidak. Kalau tak datang, dah berangan buat test upt dapat double line tapi setiap bulan juga hanya angan-angan bila period  keluar seperti biasa. Hampaaa...huhu

Dah sampai satu tahap malas nak berharap. Kalau ada, ada lah. Tak ada, nak buat macamana,kan. Tapi k.fiezz & mr hubby tetap usaha juga. Selebihnya berserah pada Allah. Doakan lah moga usaha k.fiezz & mr hubby yang ni berjaya.  

SAMBUT ANNIVERSARY KAT MANA?

Haha. Sambut beshe-beshe je, uolls. Mr hubby belanja makan. Order kat food panda & makan kat rumah. Hehe..

Hadiah?Mr hubby tanya nak hadiah apa sempena anniversary ni? K.fiezz tanya mr hubby balik 'nak bagi hadiah apa?'. haha. Tak tau lah nak request hadiah apa. Bukan birthday, anniversary pun mr hubby nak bagi hadiah, dia bagi je. K.fiezz pun tak tahu nak request nak hadiah apa. Cukup lah mr hubby sentiasa di sisi. Sebab mr hubby pun bagi jawapan yang sama bila k.fiezz tanya 'nak hadiah apa?'. haha. Suwit tak kitaorang. haha. 

Ni cerita semalam k.fiezz ada appointment kat hospital. Jadi sekali lah sambut anniversary yang very da simple.

fiezasani

2hb Jun - k.fiezz ada appointment kat HPUPM dari pukul 8pg sampai 12t/hari..


fiezasani

Setel appointment & jumpa Dr di HPUPM, kitaorang ke PPUM pula nak ambil stok ubat mr hubby & reschedule appointment mata mr hubby. Sebelum tu pi jumpa dengan orang sebab mr hubby beli barang cash on delivery


fiezasani

Selesai ambil ubat, jom ke Mid Valley. Makan jap kat McDonald sementara tunggu nak tengok wayang pukul 6.30ptg. 


fiezasani

Kek anniversary. Haha. Share sebab mr hubby masih dalam proses jaga makan. Habis tu Mc Donald, apa cer k.fiezz. haha. Alaaaa nak diet pun jangan lah strict benor. Cheat day sehari. 


fiezasani

6.30ptg layan TOP GUN MAVERICK. Mr hubby ambil seat d-box yang gerak-gerak tu. 
Best giler okey, rasa macam naik jet sekali dengan Marv. haha. Nanti lah share next entry pasal cerita ni. 

Overall sambut anniversary simple-simple je. Sambil ada appointment kat hospital, sekali lah sambut anniversary pi jalan-jalan, tengok wayang. hehe. Best juga keluar hari orang bekerja. Tak ramai sangat orang. Panggung wayang pun tak penuh. Layannn...

HAPPY ANNIVERSARY TO US...

2 Comments

  1. happy anniversary fieza dan hubby.. semoga kekal bahagia til jannah dan semoga usaha berjaya .. allah kurniakan zuriat dgn segera amin

    ReplyDelete