Mahal tak kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk kat area Sg Siput, Perak?Menjawab soalan ni, k.fiezz rasa kos ni bergantung pada kawasan & kontraktor yang kita upah. Haritu k.fiezz ada tanya mr hubby agak-agak berapa yea kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk? Sebab kat rumah mak abah k.fiezz di Sg Siput, tandas untuk membuang air besar jenis cangkung. Agak lenguh juga yea bila kena ambil masa untuk membuang air besar. Sakit kaki. Kalau mr hubby & abah k.fiezz yang badan besar, lagi lah jenuh. Mr hubby pula jenis masuk bilik air termenung ni, lama. Aihhh, tak faham kadang tu buat apa lama benor dalam tu. haha.

Masa k.fiezz tanya pasal kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk ni, mr hubby pun tak pasti berapa. Dah k.fiezz tanya tu, mr hubby suruh k.fiezz cakap kat mak & abah k.fiezz try cari kontraktor yang boleh tukarkan tandas cangkung ke tandas duduk kat rumah mak di Sg Siput tu. Nak tahu anggaran kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk berapa? Kalau reasonable & mampu di bayor, boleh tolong sponsor kan.  

Mak & abah k.fiezz pun okey dengan idea untuk tukar tandas cangkung ke tandas duduk, Jadi misi mencari kontraktor atau tukang buat rumah yang boleh buat kerja tukar tandas ni. Kebetulan dapat jumpa seorang tukang buat rumah (Wak) yang tengah buat ubahsuai kat salah sebuah rumah kat area rumah mak di Sg Siput tu juga. Dah jumpa dengan Wak ni, mak tanya kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk berapa & sekali mak nak tambah shower kat bilik air. Dapat harga berapa, mak beritahu k.fiezz & mr hubby. 

Ikutkan lama dah mak & abah k.fiezz nak tukar tandas cangkung ke tandas duduk kat rumah Sg Siput ni tapi bajet kurang memberangsangkan. Tapi ni kebetulan mr hubby nak sponsor pula. Alhamdulillah. 

TUKAR TANDAS CANGKUNG KEPADA TANDAS DUDUK KAT RUMAH SG SIPUT, PERAK


Lepas buat survey harga yang Wak tu bagi, rasanya memang standard lah dengan harga barang sekarang yang dah naik. Jadi on projek tukar tandas cangkung ke tandas duduk kat rumah mak abah di Sg Siput tu.

Harga ni sekali dengan shower yang mak k.fiezz nak letak dan juga mozek bilik air sebab kena pecah & tukar baru. 

Projek menukar tandas cangkung ke tandas duduk kat rumah mak abah di Sg Siput di buat dalam masa sehari. 

Masa mak bagi gambar lepas dah siap tu, terkejut k.fiezz sebab dalam masa sehari Wak & pekerja dia setelkan. wahhh good job. Kat bawah k.fiezz letak no.telefon Wak. Kot sesiapa yang kat area Sg Siput nak buat ubahsuai rumah atau tukar tandas.


kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk, mozek bilik air

sorry gambar sebelum tak ada (tandas cangkung). lupa nak suruh mak snap sebelum. cuma ambil selepas (tandas duduk). Mangkuk tandas & mozek bilik air tukar. Shower pun dah letak sekali tapi dalam gambar tak masuk frame sebab mak ambil gambar ni posisi rendah.

TAK SUSAH HATI NAK MEMBUANG AIR BESAR


Haha. Mr hubby tak susah hati lepas ni bila balik rumah mak abah kat Sg Siput nak membuang air besar. Abah k.fiezz pun lega. Kalau tak sebelum ni, gigih lah abah k.fiezz keluar ke pekan cari tempat yang ada tandas duduk kat mana-mana. haha. Untuk k.fiezz & mak okey je mana-mana tandas pun boleh. Tapi k.fiezz kadang-kadang lenguh juga kaki bila mencangkung lama-lama. haha. Kat pejabat & rumah kat KL biasa guna tandas duduk. Bila sesekali balik kampung rumah mak abah kat Sg Siput ni, time membuang air besar yang kena mencangkung lama mak aihhh lenguh juga kaki sis ni. haha. So lepas ni, nak membuang air besar tak risau sakit kaki kena mencangkung sebab dah ada tandas duduk ni. Lepas membuang air besar, terus on shower mandi sekali kat dalam bilik air ni. 

Rumah mak abah k.fiezz kat Sg Siput ni ada 2 tandas. Satu lagi tu memang dah ada shower. Mak saja tambah letak shower dalam bilik air yang ni sebab bila balik ke sini ramai-ramai, idak lah berebut bilik air nak mandi. Dua-dua boleh guna.

BERAPA KOS TUKAR TANDAS CANGKUNG KEPADA DUDUK NI?


Eh lupa pula nak beritahu berapa kos tukar tandas cangkung ke tandas duduk ni. Hehe. Duk cerita cerita, lupa nak cakap harga dia. 

Total kos : Mangkuk tandas + Mozek + Shower + Upah = RM1,700.00

Harga ni yang kitaorang dapat untuk kawasan Sg Siput, Perak. Harga di tempat lain atau di sini juga mungkin ada lagi murah, mungkin ada lagi mahal. K.fiezz pun tak pasti. Harga atas ni yang kitaorang dapat, yea.

Sebelum buat projek tukar tandas cangkung kepada duduk ni, ada lah risik dengan pakcik k.fiezz yang sebelum ni pernah kerja buat rumah. Okey ke harga yang Wak ni bagi?Kata pakcik k.fiezz, standard sebab sekali dengan tukar mozek bilik air yang baru. Selepas dengar pendapat dia, kitaorang proceed projek tukar tandas cangkung kepada tandas duduk ni.

Tandas duduk untuk keselesaan seisi keluarga terutama untuk mak abah k.fiezz yang dah berusia, idak lah sakit kaki bila membuang air besar dan untuk kitaorang juga. hehe

NAK BUANG AIR BESAR PUN KENA SELESA, TAU..haha...

No. Telefon Wak (Sg Siput) : 01140739320

1 Comments

  1. not bad harganya tu. puas hati bila toilet cantik mcm ni. mmg kena ada tandas duduk di rumah sebab nanti kalau ada kecederaan spt terseliuh atau org tua dah tak larat nak cangkung dah

    ReplyDelete