First time buat return barang shopee ni sebab item yang diterima tak cukup. K.fiezz order 2 barang tapi dapat 1 barang dengan jumlah kuantiti yang sama macam dalam order. K.fiezz beli 2 unit eyebrow stamp kit (gambar pertama) & 3 unit eyeliner (gambar ke-2) tapi yang k.fiezz terima 5 eyeliner (gambar ke-3). Sabar je lah sis dengan seller ni tau. Tak double check dulu ke sebelum hantar barang customer. Udah satu kerja pula nak kena return barang ni. 

Leceh tau nak kena return barang shopee ni sebab kena gi ke kurier. Sebelum ni ada juga k.fiezz dapat barang order yang tak cukup tapi dapat semula duit tanpa perlu nak return barang yang diterima & betul jumlahnya cuma tak cukup item

Jadi pertama kali ni nak kena buat return dan refund shopee. Mula-mula ingatkan malas nak return barang ni. Nak suruh seller pos je barang yang tertinggal tak masukkan dalam parcel. Hat yang dah terima ni kalau seller kata suruh tambah lagi duit sebab tak cukup amount dari jumlah yang k.fiezz bayar, boleh je k.fiezz bayar. Tapi tak boleh sebab bila report kat shopee kena return juga barang yang tak cukup ni.

Macamana cara nak return dan refund shopee untuk kes ni & tak perlu keluarkan kos penghantaran. Jom k.fiezz share cara dia. 

BELI 2 ITEM BERBEZA TAPI DAPAT ITEM YANG SAMA 


Sebelum tu,  ini barang yang k.fiezz beli kat salah satu kedai dalam shopee. Sebelum ni k.fiezz pernah beli kat kedai yang sama, okey je. Dapat semua  barang seperti yang order.  Itu yang confident beli kali ke-2 . Eh sekali salah pula yang kali ni. Aihhh..Nak kena banned kedai ni buat sementara. 

return dan refund shopee, return barang shopee

K.fiezz beli 2 unit eyebrow stamp kit warna dark brown


return dan refund shopee, return barang shopee

eyeliner 3 unit warna hitam

Jadi total barang yang k.fiezz order 5. 

return dan refund shopee, return barang shopee

Tapi yang k.fiezz dapat 5 eyeliner - 2 warna coklat & 3 warna hitam. Warna coklat tu patutnya eyebrow kti stamping tapi seller pi bagi eyeliner juga.


CARA RETURN DAN REFUND SHOPEE ZERO POSTAGE


Lecehnya lahai bila kena return barang shopee ni. Ramai tak suka nak buat return barang shopee ni sebab takut kos penghantaran, kita buyer kena cover pula. Tapi worry not, ni cara return barang ke shopee dengan zero postage. K.fiezz pun cuak juga ingatkan kena keluar duit sendiri. Nasib baik, idak...Jimat duit sis..

PROSEDUR LEPAS PEMBELIAN & TERIMA BARANG BELI DARI SHOPEE

Selepas beli barang di Shopee & terima barang jangan terus klik button 'Order Received'. Check dulu barang okey ke idak?Cukup ke idak?Kalau semua okey, baru klik button Order Received ni. 

Kalau kata barang ada masalah, rosak, pecah, koyak?terkurang item ke (macam kes k.fiezz ni)? kita ke next step pula. 

> Buka aplikasi Shopee & masuk ke My Purchase, cari & klik item / order kita yang berkaitan untuk buat return dan refund. Lepas tu scroll ke bawah &

> Click Return/Refund

> Kemudian isi ruangan berkenaan. Masukkan gambar barang yang diterima sekali dengan apa kerosakan pada barang tu.

> Klik reason dan tulis apa masalah dengan barang yang diterima. 

> Lepas je dah pilih alasan received wrong product, terus automatik k.fiezz kena pilih nak return barang shopee ni guna kurier apa. Ada 2 pilihan samaada J&T atau POSLAJU. K.fiezz pilih J&T sebab dekat dengan rumah.  Klik je J&T, terus dapat no airwaybill dan kena drop off barang ke J&T berdekatan sebelum sekian haribulan (ada tempoh tarikh dia).. Nanti awb J&T yang akan print. Cuma bagi je no awb masa kita hantar barang kat kaunter. 

>  Dah drop off barang kat J&T berdekatan, baru complete proses return dan refund barang shopee ni.

Dalam kes k.fiezz ni, item yang diterima tak cukup. Mula-mula k.fiezz pilih alasan < Did not receive part of the order (e.g. missing part[s] of item, missing part[s] of the order. > tapi ditolak oleh shopee.  Eh kenapa Shopee tolak pula, kan? Patutnya betul lah alasan yang k.fiezz pilih sebab barang betul k.fiezz dapat cuma tak cukup 1 item.  Entah lah k.fiezz pun tak faham prosedur shopee. Ikut je lah seperti yang diarahkan. 

Alasan return/refund kali pertama k.fiezz kena tolak sebab....

K.fiezz kena pilih Received wrong product.

return dan refund shopee, return barang shopee

Request/Refund kali pertama kena cancel dengan Shopee.


return dan refund shopee, return barang shopee

Dapat notification chat dari Shopee, k.fiezz kena buat return/refund yang baru guna alasan Received Wrong Products. Kena buat aduan yang baru ni dalam masa sejam. Kelam-kabut k.fiezz isi semula.


return dan refund shopee, return barang shopee

Aduan kali ke-2 baru di terima oleh Shopee. 

Masa buat return dan refund ni nak klik kat eyebrow stamping kit yang tak terima tu tapi tak boleh. Dia terus automatik tick pada eyeliner (1) & eyebrow stamping kit (2). Tak tahu lah kenapa padahal betul lah k.fiezz order eyeliner tu 3 batang. Dah tak boleh nak klik tu, ikut je lah rentak shopee. Jadi total barang yang k.fiezz kena return 3 batang eyeliner

BERAPA LAMA DAPAT DUIT REFUND?


Tak lama pun. Yang k.fiezz perasan masa k.fiezz buat haritu. Lepas je dah drop off barang return kat J&T, hari yang sama duit refund dah masuk dalam akaun shopee pay. K.fiezz ingatkan, shopee akan refund lepas barang return dah sampai kat seller. Rupanya tak. Once kita dah hantar barang ke kurier untuk return pada seller, kira dah complete proses return dan refund shopee. 

So kalau korang ada masalah yang sama atau berkaitan untuk return dan refund shopee, boleh ikut cara ni. 

2 Comments

  1. Baru tahu.. sbb kita kalau jd gini minta seller refund duit semula.. mls dah nk return2..

    ReplyDelete