Ternampak posting di Facebook pasal Azza Elite yang berkongsi kisah anak dia autisme..Sis bukan nak tulis isu pasal apa yang Azza kongsikan tu tapi geram baca komen, menyampah betul tengok salah satu komen kat bawah posting tu (tengok gambar bawah. sis memang tak hide nama)..Kalau rasa tak ada benda nak komen, duk senyap-senyap..Tak payah nak menyemak..Betul lah sekarang ni jari lagi tajam dari lidah..Sedap je menaip tanpa fikir perasaan orang lain..

Sis sebagai salah seorang yang masih trying to conceive, sis terasa dengan komen orang ni..Sis antara yang dah berusia & ada anak masih kecil..Kenapa yea nak menidakkan rezeki Allah pada kami yang ada anak kecik di usia 40-50 an..Kenapa persoalkan?

Kami yang dah lama trying to conceive ni selepas sekian lama berdoa, berusaha, ikhtiar macam-macam & akhirnya Allah bagi juga rezeki ni, terasa berbesar hati terima dan bersyukur sangat tapi orang lain pulak yang sakit hati sebab beranak masa umur dah tua…Ramai yang cakap kesian dah tua anak kecik lagi..Ehhhhh sibuk pulak ko..Ko ke yang bela..Ko ke yang keluarkan duit nak membesarkan..Tak kan..Rezeki orang lain, di usia 40-50 an ni anak-anak dah besar..Tu rezeki korang..Rezeki kami yang trying to conceive sekian lama ni, Allah bagi di usia sekarang..Kenapa nak sibuk?Kenapa nak melaser kami?Kalau tak ada benda nak cakap atau komen, senyap je..Eh gerammm tau bila baca komen macam tu..


FiezaSani

Betul yg komen kat no.2 tu ramai yg masih menanti, sis antaranya..Kami bersyukur dengan rezeki Allah tak kisah cepat atau lambat..Sis kalau orang yang komen negatif macam no.1 atas ni, sis doakan moga ada keturunan dia atau dia sendiri merasa berada dalam situasi macam kami ni..tapi tak baik kan doa yang bukan-bukan..Semoga dia atau keturunan dia tak berada dalam situasi kami ni supaya tak kena laser dengan orang macam yang dia buat pada kami..Mungkin niat dia bukan melaser tapi ayat yang digunakan tu bila baca orang terasa, yea...

Sejujurnya walaupun sis dah berusia pertengahan 40-an tapi sis masih mengharapkan keajaiban dari Allah moga dapat rasa juga mengandung, melahirkan, membesarkan zuriat sendiri dan Farah plus dapat bagi adik pada Farah Sakinah..Tetapi hanya mampu berharap saja la..Possibility nak pregnant di usia ni sangat lah tipis..Tapi berangan tu kan percuma...Ni jangan pulak ada yang kecam..Blog sis kan, suka hati lah nak tulis apa..

Sis kalau tengok tik tok, ternampak ada orang share risiko kehamilan di usia lewat memang sis scroll laju-laju..Koser nak tengok..Yea dari sudut kesihatan, Dr/Nurse memang akan bising sebab berisiko tapi di luar bidang kami nak kontrol..Kadang ada yang tak plan pun nak anak, tup tup mengandung..So takkan nak gugur..Berdosa..Rezeki Allah dah bagi..Siapa lah kami nak menidakkan..Tambah-tambah kalau macam kami yang dah lama berusaha, akhirnya Allah bagi juga walaupun usia dah lewat..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatNya..Jadi jangan lah bila tengok kami yang dah berumur ada anak masih kecil, mulut tu laju je bertutur tak bertapis..Cuba letakkan diri di tempat kami..Sebelum bercakap, jaga perkataan yang keluar..Kalau rasa tak ada benda yang nak cakap, zip mulut..Tengok je..Tak perlu nak melaser orang seperti kami tak tentu pasal..

Rezeki masing-masing Allah dah tentukan..Rezeki orang lain, umur dah berusia anak dah besar..Dah boleh rilex, ada yang umur dah berusia macam kami anak masih kecil..Tapi tak perlu lah nak judge orang macam-macam..

Mungkin untuk orang yang tulis komen macam atas ni, dah beranak pinak..Subur..Dia rasa hebat..Tapi jangan lupa walaupun time awak dah lepas, boleh jadi Allah uji pada keturunan awak pulak sebab sikap awak yang suka komen negatif macam ni pada orang lain..Jadi hati-hati sebelum menaip/bercakap..Jangan rasa hebat sangat bila Allah bagi rezeki melimpah ruah pada awak..Allah nak uji umatNya bila-bila saja..Tak kena pada awak, kena pada keturunan awak..Tidak lah mendoakan yang tidak baik tapi pesanan supaya hati-hati sebelum menaip atau bercakap..

Psssttt - Hati-hati bila bercakap/menaip..Perkataan yg ditulis atau kita cakap tu mungkin pada kita biasa je tapi pada orang lain berbisa dan mengguriskan perasaan..

0 Comments