Haih musim Ninja van bermasalah. Duk buat hal pending barang lama-lama kat hub diaorang.. Angin je bila check status dalam shopee tengok tak bergerak-gerak sampai beberapa hari. Sehari dua tu boleh ampun lagi. Ini sampai berhari-hari dah kenapa?Suka benor peram lama-lama barang customer. Boleh beranak pinak ke camne barang-barang tu.  Ingatkan k.fiezz je yang mengalami masalah ni. Rupanya ada 2-3 orang kawan k.fiezz pun sama juga. Ada yang up status kat Facebook. Geram sangat sebab barang tak bergerak kat Ninja Van. 
 
Salah seorang kawan k.fiezz yang up status kat Facebook ada tanya macamana nak buat  bila kes Ninja Van duk peram barang lama kat hub diaorang? K.fiezz komen kat status kawan tu beritahu apa yang k.fiezz buat sebab kebetulan alami masalah yang sama.

Ada ke cara nak dapatkan barang kita yang sangkut ni?Jom k.fiezz share..Biasa kita call kan. Tapi susah sangat nak dapat cakap dengan customer service Ninja Van tu, k.fiezz buat alternatif lain. 

APA NAK BUAT BILA NINJA VAN BERMASALAH MACAMNI?

Bila dah call customer service tapi susah nak dapat atau masa menunggu terlalu lama & tak berjaya cakap dengan customer service Ninja Van, terus direct e-mail kat support_my@ninjavan.co. Rasanya report  guna e-mail ni berhasil sebab lepas k.fiezz buat report baru nampak barang k.fiezz yang sangkut tu dah bergerak ke stesen yang sepatutnya. Legaaa.. Kalau idak, sakit mata sis tengok statik status dia sama sampai berhari-hari. 

Masa k.fiezz buat report kat NinjaVan ni, k.fiezz buat dua-dua cara. Call dan e-mail. Sambil-sambil call, taip e-mail juga untuk buat report. Sis tak kezah..Korang semak ke apa, as long barang yang sis beli sampai kat tangan. Siapa suh peram barang orang kat hub lama-lama,kan. Rasain. 


ninja van bermasalah

Walaupun barang yang dibeli tu tak kisah lah urgent atau tidak tapi kalau dah kena peram kat hub tak bergerak, idak ke sakit je hati tengok status tak bergerak. 

BUAT REPORT GUNA E-MAIL BARU NAMPAK BERGERAK


ninja van bermasalah

Bila dah buat report guna e-mail baru lah nampak barang k.fiezz tu bergerak. Macam kes atas ni. Sangkut kat hub dari 17hb sampai 21hb. K.fiezz buat report guna e-mail 20hb. Esoknya nampak barang dah bergerak ke hub stesen yang sepatutnya. Legaaa..23hb barang sampai kat rumah. Alhamdulillah. Barang yang ni kira urgent juga sebab mr hubby nak guna 25hb. Itu yang beli awal 17hb, sekali sangkut kat hub berhari-hari. Aiyakkkk..

Lepas tu k.fiezz ada beli barang lain pula. Terlupa nak tanya seller, guna kurier apa. Sekali kena Ninja Van juga. Aiyoooo...Sama juga lah. 2 hari sangkut kat hub tak bergerak. Apa lagi k.fiezz buat cara yang sama guna e-mail. Esoknnya baru nampak barang k.fiezz dah bergerak. Sabtu lepas, barang dah selamat sampai. Aihhh Ninja Van Ninja Van. 

ninja van bermasalah

E-mail jangan tak e-mail buat report. Abaikan bahasa omputih sis yang tak berapa nak expert tu. Yang penting, Ninja Van faham maksud e-mail sis..


ninja van bermasalah

Lepas buat report, baru lah barang bergerak dari hub. Dalam masa sehari dah dapat barang k.fiezz order ni..


Haritu masa kurier Ninja Van hantar barang, k.fiezz interview dia, kenapa barang yang hantar guna Ninja Van lambat sekarang. Tak cukup orang ke?Kurier tu cakap ramai staf Ninja Van yang senior dah berhenti. Lepas tu contoh macam kurier yang hantar barang kat kawasan rumah k.fiezz, kena cover 8 blok dalam satu hari. Kata lah 1 blok, dia bawa 20 parcel tapi yang dapat hantar 3 je sebab penerima-penerima tak ada kat rumah bila call tak jawab. Udah kena ulang hantar lagi. Itu yang jadi lambat. Tapi setakat ni k.fiezz perhatikan barang bila dah sampai kat hub stesen penerima (k.fiezz bagi contoh tempat k.fiezz lah yea. Tempat lain tak pasti), cepat je dah bawa keluar. Hat lambat sekarang ni, part sorting tu. Why why? Tak cukup kakitangan kah?

Aihhh lepas ni nak beli kat shopee, k.fiezz kena tanya dulu dengan seller guna kurier apa?Faham sekarang shopee yang akan pilihkan tapi seller mesti dah buat pilihan kurier-kurier yang diaorang guna. Shopee pun mesti bagi based pada pilihan seller. Betul tak? Lepas ni kena interview seller dulu sebelum beli barang kat shopee

Bukan lah kata nak banned Ninja Van pula cuma buat masa sekarang servis diaorang agak slow terutama nak sorting barang dari station hub seller ke hub penerima. Part delivery laju bila dah sampai kat stesen hub penerima barang (ni contoh k.fiezz sendiri kat area rumah). Tempat lain, tak pasti. 

One thing yang k.fiezz puji Ninja Van, bila kita hantar e-mail untuk report barang tak dapat lagi, diaorang cepat response. Walaupun diaorang automated reply guna computer tapi bila dah dapat je e-mail, pihak diaorang terus ambil tindakan. Ni berdasarkan pengalaman k.fiezz yang dah 2x buat report guna e-mail, esoknya tengok status barang dah keluar dari station hub. Part ni good job Ninja Van..Lagi best kalau improve part sorting tu elakkan peram barang customer berhari-hari. 

CUBA E-MAIL NINJA VAN 

So kalau korang alami masalah yang sama macam k.fiezz ni, nak report kat customer service Ninja Van tak dapat, cuba lah e-mail juga. Nampak macam tak di layan tapi Ninja Van ambil kisah report yang kita buat tu. Memang leceh nak e-mail tapi cara ni berkesan. Leceh pun leceh as long dapat barang kita. Betul tak?

YANG SUKA SHOPPING ONLINE..hehe

3 Comments

  1. Oooo begitu caranya. Walaupun belum pernah ada masalah dengan ninja van, saya ambil maklum perkara ini. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. dorang takutlah tu..bila ada black & white commuication...bila verbal masing-masing boleh ngelat kata tak terima panggilan, takde report bagaikan

    ReplyDelete
  3. Sy baru lepas mengamok gan ninjavan..kemain lama dia peram barang sy. Dh la nak guna urgent. Seller postout 31hb..ni da 5hb barang stuck lg kat warehouse x gerak2 dri kelmarin. Risau hilang je brg hmm

    ReplyDelete