Rawatan kesuburan k.fiezz & mr hubby dimulakan lagi sekali tahun ni selepas berhenti separuh jalan tahun 2012. Yea, k.fiezz tak salah taip tahun. Dah 10 tahun lepas buat rawatan kesuburan kali pertama. K.fiezz & mr hubby pernah buat rawatan kesuburan sebelum ni di PPUM tapi terhenti separuh jalan sebab faktor kewangan kurang menyebelahi kitaorang masa tu sebab Doktor cadangkan kitaorang untuk buat proses IUI. Lepas dari berhenti rawatan kesuburan kat PPUM, kitaorang tak buat apa-apa. Cuma mengharapkan keajaiban dari Allah. Mana tahu Allah hadirkan zuriat secara semulajadi pada k.fiezz & mr hubby tapi rezeki masih belum berpihak pada kitaorang sehingga sekarang. 

Atas faktor usia yang makin meningkat, mr hubby cadangkan buat semula rawatan kesuburan tapi kali ni di HPUPM (Hosp.Pengajar UPM), hospital baru bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Dapat tahu pasal hospital ni pun melalui biras k.fiezz yang dah mulakan rawatan kesuburan kat sini.

TEMUJANJI PERTAMA


K.fiezz call HPUPM untuk mulakan rawatan kesuburan kat sini tapi kena dapatkan surat rujukan dari mana-mana klinik samaada swasta atau kerajaan dulu. Lepas tu baru call semula kat sini untuk buat temujanji. 

K.fiezz & mr hubby dapatkan surat rujukan dari klinik swasta yang dekat area rumah. Doktor tanya serba sikit latar belakang untuk tulis dalam surat rujukan. Disebabkan faktor usia, Doktor tak banyak cerita bagi surat rujukan untuk buat rawatan di HPUPM ni.

Dah dapat surat rujukan, k.fiezz e-mail ke klinik O&G bawah HPUPM ni. Tak tunggu lama, pihak hospital call & bagi tarikh untuk temujanji pertama. 

14hb Februari 2022 - k.fiezz & mr hubby ke sini untuk berjumpa dengan doktor. Sikit sesi pengenalan & latar belakang. Lepas tu terus Doktor terangkan serba sikit proses rawatan kat sini. Doktor tanya samaada k.fiezz & mr hubby nak buat proses IUI atau IVF tapi atas faktor usia, Doktor cadangkan IVF terus sebab percentage lebih sikit berbanding IUI. Jadi k.fiezz & mr hubby setuju untuk IVF. Doktor terangkan serba sikit proses IVF ni. 

Selepas sesi penerangan, k.fiezz & mr hubby kena bagi sample darah (boleh rujuk bil kat bawah senarai yang Doktor nak check). K.fiezz kena ambil darah dalam 4 bekas & mr hubby 1 bekas. Tambahan k.fiezz kena bagi sample air kencing juga sebab Dr nak check. Mr hubby pi cerita kat Doktor yang k.fiezz ni kerap kencing. haha. Jadi Dr nak tahu kot ada masalah lain pula. Benornya k.fiezz ni memang dari dulu ada masanya kerap kencing. Baru masuk toilet, eh nak kencing lagi. Tapi tak selalu lah situasi ni. Tengok keadaan. Tapi udah mr hubby pi cerita pula kat Dr, kena bagi juga lah sample air kencing sis..Jadi tadah lah air kencing yea, sis..haha..

Sebelum pengambilan darah yang k.fiezz cerita atas ni, k.fiezz kena masuk dulu kat bilik rawatan untuk pemeriksaan seterusnya iaitu check bahagian dalaman (rahim) sekiranya ada masalah atau tidak. Sekali juga buat pap smear. Uwaaa seriau tau...

rawatan kesuburan

Sesi untuk berjumpa dengan Doktor di sini setiap hari Isnin saja. 


rawatan kesuburan

Lama tak baring kat sini utk check apa yang patut. haha. Kat sini Doktor scan untuk tengok ada apa-apa masalah pada rahim atau tidak  & juga kena ambil sample untuk pap smear. Seriauuu masa part ni weiii..Risau result tak best je sebab dah lama tak buat. 

Selesai temujanji pertama sesi pengenalan, sekali dengan proses pap smear, ambil darah, air kencing & pemeriksaan dalaman. K.fiezz kena datang lagi nanti untuk buat pemeriksaan saluran tiub (HSG) pula. Untuk buat sesi pemeriksaan tiub ni kena buat appointment dulu. So lepas dah setel jumpa Doktor & ambil darah, mr hubby lari kejap ke jabatan X-Ray untuk set appointment check saluran tiub k.fiezz pula. 

SESI PEMERIKSAAN BERIKUTNYA


24 Februari 2022- K.fiezz ke sini lagi untuk sesi pemeriksaan saluran tiub (hsg). 

4 Mac 2022 - Mr hubby kena datang untuk bagi sample sperma pula. Hehe. Dr nak tahu samaada jumlah kiraan sperma normal atau tidak, laju atau tidak, bentuk cun ke idak..hehe... 

rawatan kesuburan

Ni bilik untuk suami mengeluarkan sample sperma. Besar weii. Haha. Isteri digalakkan masuk sekali untuk beri bantuan apa yang patut. haha. Aihhh. Sorry 18sx part ni. 


rawatan kesuburan

Dah berjaya keluarkan apa yang patut, masukkan bekas berisi tuttt dalam ni. Lepas tu selesai, boleh balik rumah. Keputusan masa jumpa Doktor untuk temujanji berikutnya.

KEPUTUSAN DARAH & LAIN-LAIN


Patutnya 14 Mac 2022, k.fiezz & mr hubby kena jumpa semuia Dr untuk tahu keputusan-keputusan darah, pap smear & lain-lain. Tapi time ni kitaorang dua-dua +ve covid. Jadi k.fiezz re-schedule semula pada 11 April 2022.  Dup dap dup dap tunggu keputusan tau. 

Jeng jeng jeng..hasil keputusan semua sample yang ambil masa temujanji pertama bulan 2 yang lepas, alhamdulillah tak ada masalah KECUALI...halahhhh ada kecuali pula kan. Salah satu test darah untuk check hormon Laktin (penghasilan susu), bacaan k.fiezz tinggi. Patutnya bacaan normal 300++ je. K.fiezz punya sampai 700++..Adeh. So Dr cadangkan untuk ambil lagi darah masa ni untuk double confirm. Esoknya dapat keputusan, bacaan hormon laktin k.fiezz tetap sama macam yang sebelum ni. Jadinya kena makan ubat & Dr rujuk k.fiezz ke pakar untuk lebih detail. Ni k.fiezz kena jumpa pakar 2hb Jun 2022..Buat masa ni k.fiezz just makan ubat yang Doktor bagi untuk normalkan semula hormon laktin. Bacaan hormon laktin ni kena normal, baru Doktor boleh start proses kesuburan (IVF) k.fiezz & mr hubby. 

Keputusan darah mr hubby yang ambil 1 bekas tu pula, kena reject. Kena ambil lagi sekali masa datang kali ke-2 ni. Tapiiii esoknya Dr beritahu kena reject lagi sekali. Pihak hospital suruh datang ke situ untuk ambil darah lagi (tak kena bayar) atau buat kat luar nanti claim dengan diaorang. Mr hubby cakap nak buat kat luar lah. Fobia nak buat kat situ lagi..haha. Cek darah suami ni untuk hepatitis, HIV dan yang berkaitan (boleh rujuk bil kat bawah).

Berbalik pada masalah hormon laktin tinggi ni, macamana pula k.fiezz?

Untuk info hormon laktin ni untuk penghasilan susu badan. Bagi perempuan yang mengandung dan menyusukan badan, bacaan hormon ni tinggi normal. Dalam kes k.fiezz yang tak mengandung & menyusukan badan, bacaan tinggi ni menganggu sebab antara kesan dia ialah tak subur. Jadi Dr bagi ubat untuk normalkan semula bacaan hormon ni ke bacaan yang sepatutnya. K.fiezz baru ambil ubat ni kat hospital & baru start makan. Nanti k.fiezz share next entry

Dah normal bacaan hormon ni baru Dr istart untuk proses IVF. 

Selain dari ni, result yang lain termasuk bacaan sperma mr hubby, alhamdulillah okey cuma pergerakan kurang laju & bentuk tak berapa cantik. Dr bagi supplement tambahan untuk mr hubby makan. Kebiasaannya lepas makan supplement ni sperma jadi lagi banyak, bergerak laju & bentuk cantik. Next entry k.fiezz share supplement tambahan yang kitaorang kena amalkan dalam proses rawatan kesuburan ni.

KOS RAWATAN DI SINI


Untuk kakitangan goverment macam k.fiezz, kos rawatan kesuburan boleh claim tapi kena keluarkan duit sendiri dulu.  Ada setengah prosedur & ubat yang boleh guna GL. Selain dari tu kena bayar guna duit sendiri dulu,claim kemudian.  Kena isi borang tuntutan perubatan. Nanti k.fiezz share bila dah buat tuntutan, hokay..

Proses & ubat yang mana boleh guna GL?

Proses HSG (cek saluran tiub) & ubat turunkan paras hormon laktin yang k.fiezz makan sekarang.

Berapa kos setakat ni?

Pendaftaran - RM50 / setiap seorang (suami & isteri) = RM100
Test utk sperm - RM60
HSG test (cek saluran tiub fallopian) - guna GL

Yang lain, rujuk gambar bawah ni :-

rawatan kesuburan

Jumlah bil k.fiezz -  pengambilan sample darah untuk check seperti dalam senarai. 

rawatan kesuburan

Jumlah bil mr hubby - pengambilan sample darah untuk check seperti yang disenaraikan.

Untuk permulaan ni, Doktor ada bagi cadangan untuk k.fiezz & mr hubby mula amalkan beberapa supplement bagi bantu pengeluaran telur k.fiezz yang malu-malu ni (haha) & cantikkan & bagi laju sperma mr hubby. haha. Kitaorang dah start amalkan. Mr hubby 1 je supplement. K.fiezz, 3 jenis supplement. Oh maiii..Udah lah sis sejenis susah nak telan ubat. Haha. Demi mu #fiezasanijunior, mummy makan juga tau. haha... 

Next entry k.fiezz share pasal supplement & ubat yang k.fiezz dan mr hubby tengah amalkan. 


Doakan Usaha K.fiezz & Mr hubby Ni Berjaya..Aamiin...

8 Comments

  1. Semoga allah permudahkan buat Fiez dan suami...insyaallah ada rezeki tak kemana

    ReplyDelete
  2. Allahumma perkenankanlah doa pasangan ini

    ReplyDelete
  3. saya doakan segala urusan Kak Fiez dan suami dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  4. banyak stage dia..moga dipermudahkan urusan fieza..aamiin

    ReplyDelete
  5. mama sentiasa doakan agar usaha fiez dan hubby berjaya. insya allah soon baby akan menjenguk korang. amin

    ReplyDelete