Dapur FiezaSani beraksi dari dapur mak k.fiezz. hehe. Duk kat rumah mak pun ingat boleh goyang kaki. Memang idak lah. Mak k.fiezz dah beli stok bahan mentah & suruh k.fiezz yang masak sebab mak tak tahu nak masak apa.. Check it out dalam peti ais ada ayam, daging, ikan bawal. Ayam dan daging asyik duk ulang makan time raya. Pilih ikan bawal lah kalau camtu. Tukar selera. Cuma masalahnya kat rumah k.fiezz sendiri, jarang beli ikan bawal ni. Ater camne ceritanya ni nak masak apa dengan ikan bawal? Seperti biasa, mr google saja cari resipi ikan bawal. Scroll punya scroll cari resipi ikan bawal yang rasa senang nak masak, k.fiezz pilih ikan bawal masam manis sebab resipi dia simple & bahan tak renyah nak cari. Ada antara bahan yang nak guna tak ada stok kat rumah so keluar jap cari kat speedmart

Cari Bahan Yang Tak Ada Kat Rumah

Antara bahan yang tak ada kat rumah mak - sos tomato, sos tiram, mixed vegetable, tomato. Jadi misi keluar ke SpeedMart mencari bahan-bahan yang tak ada kat rumah mak ni. Sos tomato jumpa, sos tiram pun jumpa, mixed vegetable pun jumpa, tomato tetttt tak ada stok. Cari kat kedai runcit sebelah dengan Speedmart pun tak ada juga, jadi abaikan lah. Udah tak ada kan nak buat macamana.Kita guna apa yang ada je, yang penting rasa tak lari. Rasanya tomato lebih kepada hiasan sekali dengan mixed vegetable. Udah tak jumpa tomato nya, sis tabur lah banyak-banyak mixed vegetable dalam ikan bawal masam manis ni.

Jom tengok bahan & cara masak Ikan Bawal Masam Manis ni..

resipi ikan bawal, ikan bawal masam manis

Bahan-bahan :-

  • Ikan Bawal (kuantiti terpulang) *K.fiezz guna 2 ekor*
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Minyak
  • 3 Sudu Besar Sos Cili
  • 5 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • Sikit Air
  • Garam & gula
  • 1 Biji Tomato (belah 8)
  • 1 Cili Merah/Hijau (potong pendek)
  • 1/4 Cawan Mixed Vegetable 
  • 1 Bawang Merah Besar / Holland (hiris bulat)
Untuk tumbuk/kisar :-

  • 1-2 Biji Bawang Besar
  • Beberapa Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci halia
Cara Masak :-

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak & goreng ikan sehingga masak. Angkat & ketepikan sekejap.
  2. Guna minyak goreng yang sama, tumis bahan tumbuk/kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sekata.
  4. Kemudian masukkan air & letak sekali mixed vegetable. Kacau-kacau bagi sekata & biarkan sekejap untuk bagi mixed vegetable empuk sikit.  Lepas tu baru letak garam dan gula. Kacau & rasa sekali. Kalau rasa dah okey, tak payah adjust apa-apa tapi kalau rasa ada terkurang manis atau masin,sila lah adjust
  5. Kemudian  masukkan bawang yang dah potong bulat & biar kejap sampai bawang layu, lepas tu baru tutup api.  *Style k.fiezz kalau dalam masakan apa-apa ada guna tomato, masakan tu dah nak siap, baru k.fiezz masukkan tomato sebab nak elak dia jadi lembik sangat dalam masakan.* Tapi sebab tomato tak ada masa k.fiezz nak masak ni, jadi abaikan je lah..
  6. Dah siap sos, tuang kat atas ikan. Boleh hiaskan dengan cili yang dah potong tadi & tabur daun sup sebagai hiasan (kalau ada). 
  7. SIAP..

SEDAP TAK IKAN BAWAL MASAM MANIS NI?


Licin uolls..Macam tak cukup 2 ekor untuk 4 orang makan. haha.. Kalau udah licin tu k.fiezz assume sedap lah kalau gitu. So menu ikan baawal masam manis ni termasuk dalam kategori masakan yang boleh ulang masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

5 Comments

  1. bulan puasa hari tu cik nor buat guna ikan siakap..licin..:)

    ReplyDelete
  2. Suka ikan bawal sebab tak de tulang. Kena dah tu masam manis dengan bawal.

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya, makan dgn nasi panas pun dah cukup dah

    ReplyDelete