Rambut gugur. Siapa yang ada masalah ni? Majoriti kita kaum wanita mesti ada masalah ni terutama yang bertudung. Apa punca rambut gugur ni yea?Banyak faktor yang mempengaruhi punca rambut gugur. Secara umumnya genetik, perubahan hormon, menghidapi penyakit, pengambilan ubat/supplemen, stress & penggayaan rambut yang tak sesuai. Bagi yang bertudung faktor paling utama terjadinya rambut gugur sebab rambut tidak dapat udara luar untuk bernafas. 

Ada ke cara untuk mengatasi masalah rambut gugur untuk yang bertudung ni?Secara jujurnya memang kita kena try & error mencari syampu yang sesuai. Kat sini k.fiezz nak cadangkan pada korang rangkaian syampu dari Safi Shayla Hair Fall Control yang telah dinaiktaraf dengan New Hijab Scalp Biotics khusus untuk mengatasi masalah rambut gugur yang dialami oleh mereka yang bertudung. 

SYAMPU UNTUK RAMBUT GUGUR BAGI YANG BERTUDUNG


Terbaru SAFI melancarkan rangkaian set penjagaan untuk rambut gugur dengan teknologi New Hijab Scalp Biotics iaitu SAFI SHAYLA Hair Fall Control  khusus untuk yang berhijab. Apa istimewanya Safi Shayla Hair Fall Control ni?Nanti kat bawah k.fiezz share info berkaitan. 

Sebelum tu jom tengok dulu apa faktor kepada masalah rambut gugur untuk yang bertudung ni. Antara punca yang menjadi penyumbang kepada masalah rambut gugur kerap guna anak tudung yang sama, ikat rambut terlalu ketat, ikat rambut masa rambut masih basah, tak menjaga pemakanan & pilih syampu yang salah.



APA ISTIMEWAnya SAFI SHAYLA HAIR FALL CONTROL Dengan New Hijab Scalp Biotics


Dirumus khas bagi yang bertudung untuk seimbangkan semula mikrobiom kulit kepala dengan formula probiotik. Ditambah dengan khasiat dari Habbatusauda menjadikan kulit kepala lebih sihat & rambut lebih lebat

Bersama dalam rangkaian Safi Shayla Hair Fall Control ni didatangkan sekali dengan Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar) yang berkesan untuk menguatkan akar rambut, mengurangkan rambut gugur, melebatkan rambut dengan bahan utamanya Red Ginseng dari Korea & Niacinamide.


SET SAFI SHAYLA HAIR FALL CONTROL


Nak pastikan masalah rambut gugur bagi yang bertudung ni memberi kesan seperti yang kita nak, seeloknya guna set safi shayla hair fall control ni dengan konsisten & mengikut langkah yang betul. Jom kita tengok apa yang ada dalam set Safi Shayla Hair Fall Control ni.


rambut gugur,safi shayla hair fall control,safi shayla untuk rambut gugur

  • Syampu - Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics khusus untuk membersih dan menguatkan struktur rambut dan kekal wangi sehingga 72 jam
Bahan dalam Set Safi Shayla Hair Fall Control ni terdiri daripada 

7 Habbatus Saudda [Habbatus sauda, Zaitun, Kurma, Delima, Buah Tin, Saffron & Madu] - Membekalkan nutrien pada kulit kepala

Ginseng  -  Membekalkan nutrien untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung rambut

Pro Vitamin B5 - Menguatkan struktur rambut & mengurangkan keguguran rambut sehingga 83%  yang berpunca dari kerosakan rambut


rambut gugur,safi shayla hair fall control,safi shayla untuk rambut gugur

  • Refreshing Scalp Mask - Menyegarkan dan menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum,  menguatkan folikel rambut dan membuang bau kepam pada rambut


rambut gugur,safi shayla hair fall control,safi shayla untuk rambut gugur

  • Hair Tonic - Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics, red ginseng & niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut dan kurangkan rambut gugur & menjadikan rambut 4.6x lebih lebat
Tambahan Bahan dalam hair tonic

Ginseng Merah Korea - Melebatkan rambut sehingga 4.6x, menguatkan folikel rambut dari akar rambut 73% dan mengurangkan 57% keguguran rambut dari akar rambut

rambut gugur,safi shayla hair fall control,safi shayla untuk rambut gugur
  • Serum rambut - Memperbaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi hingga ke dalam struktur rambut
Tambahan Bahan dalam Serum Rambut

Minyak Argan - Mengukuhkan & memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau rosak

Vitamin E - Antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas untuk menjaga rambut supaya sihat dan kuat

rambut gugur,safi shayla hair fall control,safi shayla untuk rambut gugur

  • Hair mist - Memberi perlindungan tambahan untuk rambut, lock & kekalkan nutrien rambut  untuk lebih kuat dan dalam masa yang sama menghilangkan bau hapak untuk rambut kekal segar walaupun memakai tudung dalam tempoh yang lama.

Kelebihan Penggunaan Safi Shayla Hair Fall Control

  1. Menjadikan rambut 73% kuat dari akarnya
  2. Mengurangkan 57% rambut gugur dari akar
  3. Menjadikan rambut 4.6X lebih lebat
Selain itu juga Safi Shayla Hair Fall Control memberi kesan kepada pemakai dengan :-
  • Instant cooling
  • Menenangkan kulit kepala
  • Cepat kering
  • Tidak berminyak
  • Bauan yang menyegarkan
Jadi untuk yang bertudung dan mengalami masalah rambut gugur ni, korang wajib cuba set Safi Shayla Hair Fall Control ni. Dah guna ni, sila konsisten tau. Jangan expect harini guna esok dah nampak hasil dia. Bagi lah masa Safi Shayla Hair Control ni untuk bertindak kat rambut korang. 

Kat mana nak beli Safi Shayla Hair Fall Control ni?

Watson/Guardian/Pasaraya 

1 Comments