Selamat Hari Raya Aidilfitri, korang..Dah raya ke-10 baru nak wish k.fiezz. Ala chill chill. Raya kan sebulan. Masa raya pertama minggu lepas,busy uolls. Tak mengadap sangat handphone. Eh ada je mengadap handphone tapi nak update blog memang ke laut lah. Tak ada mood. Mood tengah cuti-cuti. hehe. So acane sambutan raya terkejut korang. Terkejut sangat. 2 tahun beraya kena kurung. Eh tetiba tahun ni raya terkejut. Ikut kalendar raya jatuh 3hb Mei 2022 (Selasa). Sekali pengumuman raya, Hari Raya jatuh pada hari Isnin (2hb Mei 2022). Idak ke terkejut masing-masing. K.fiezz & mr hubby masa hari ahad time pengumuman raya tu kitaorang ke Ipoh kejap rumah mama. Tak bawa lah beg baju sebab mr hubby cakap malam raya (esoknya Isnin) baru nak tidur kat Ipoh. Sekali hari ahad tu dah jadi malam raya sebab pengumuman raya baru buat pukul 8mlm. haha. Jadi pagi raya pertama baru ke Ipoh. 

Ikut turn memang Ipoh dulu tahun ni sebab 2019 sebelum COVID, turn Sg Siput (belah k.fiezz). Lepas tu 2 tahun terpaksa jadi geng raya KL. Tahun ni memang turn mr hubby dulu. 

Tapi sebab dah raya terkejut, pagi raya pertama tu kat Sg Siput dulu kejap. Makan, sesi bersalam-salaman & bergambar. Lepas tu terus rushing ke Ipoh pula. 

RAYA TERKEJUT 2022

So meh lah layan gambar-gambar raya k.fiezz & family masa raya terkejut 2022 baru ni..

fiezasani
Tema kitaorang raya tahun ni, warna-warni di Aidilfitri. haha. Mr hubby & K.fiezz tema maroon. Mak, abah, tema purplicious. Adik k.fiezz sorang tema hijau. Sorang lagi adik k.fiezz & wife dia tema biru. Yang adik ipar k.fiezz ni tak ada mood sebab tengah hormon preggy mom. Warna biru ni pun adik k.fiezz yang pilihkan.. Dia ikut je. hehe. Maklumlah hormon orang tengah mengandung. 

fiezasani

fiezasani

3 gambar atas ni dengan family k.fiezz kat Sg. Siput. 


fiezasani



fiezasani

fiezasani

3 gambar yang ni kat Ipoh pula. 

Alhamdulillah selepas 2 tahun raya berkurung, tahun ni kita raya bebas seperti sebelum COVID cuma kita kena ikut juga SOP yang disarankan oleh Kerajaan. Mask tak wajib tapi sebab dah terbiasa dengan SOP masa pandemik COVID selama 2 tahun, jadi tetap pakai juga mask. Cuma dapat sikit kelonggaran tak perlu sentiasa pakai mask.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sedar tak sedar dah masuk minggu ke-dua kita di bulan Syawal yang mulia ni. 

K.fiezz ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog k.fiezz yang rajin berkunjung ke sini. Bulan baik ni, k.fiezz menyusun jari 10 mohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan k.fiezz di blog atau sosial media yang mengguris hati korang secara tak sengaja. 

Kadang tangan ni laju je menaip tanpa fikir batasan untuk stop sekiranya penulisan tu boleh mengguris hati orang lain. Sis manusia biasa yang sentiasa buat kesilapan. 

Salam kosong-kosong dari k.fiezz yang serba kekurangan ni. 

SALAM AIDILFITRI...Enjoy raya lepas 2 tahun kita raya berkurung...hehe...

8 Comments

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. Salam rayaMaaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri fieza,,..maaf zahir batin..:)

    ReplyDelete
  4. Sallam Shawal lagi,
    He he he, lemang dan rendang sempat tak buat....

    ReplyDelete
  5. ramai lagi yang pregnant selain yg baju biru tu... yang lelaki baju maroon, baju purple, baju ijau hahahhaha...

    sori gurau2

    ReplyDelete
  6. wah meriah raya fiez.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga ye

    ReplyDelete