Nak share koleksi beg terbaru k.fiezz. hehe. Kali ni k.fiezz beli beg apa? Terbaru k.fiezz beli beg LV speedy pula. Berkenan beg ni sebab design simple & saiz sederhana besar. Dari segi design yang very da simple tu sis love it. Memang menepati sangat ciri-ciri beg yang sis suka. Dari haritu masa seller review beg LV speedy ni k.fiezz udah jatuh hati tapi kiv dulu. Dah ada bajet, baru grab beli beg LV speedy ni. Mahal benor ke k.fiezz oiii?Duk tunggu bajet bagai. Idak lah mahal pun tapi biasa lah hobi sis ni suka shopping, ater ada je beli barang-barang lain. Tu yang bajet asyik lari. Padahal seller jual bag LV copy ori ni idak lah mahal pun. Tapi semedang lah kakak fiezz ni lari bajet..haha. Dah ada bajet cepat-cepat lock masa seller jual dalam live. Lagi best masa tu seller jual lelong pula weiii. Waahhh rambang mata sis nak pilih yang  mana..Kalau aku kaya, mau semua sis lock (beli)..haha..

BEG LV SPEEDY

Harga berapa ni k.fiezz? Sat yea. K.fiezz review sikit, kat bawah nanti k.fiezz letak harga dia berapa. Murah je. Bag LV Copy Ori je ni tau. Bukan original. Sat gi ada pula yang komen murahnya sis..Ori ke ni. Hah mula lah rasa nak marah. Udah cakap sebelum ni, beg-beg berjenama macam ni semua yang sis beli beg copy ori saja yea. Idak lah nak membazir beli beg original harga ribu-ribu. Melainkan korang mampu, beli lah yea. Jangan bandingkan sis dengan orang lain. 

So jom tengok sikit best sangat ke beg LV speedy  ni?

bag LV copy ori, bag LV, beg lv speedy, beg copy ori

Ni ootd 2 dalam 1. Beg LV Speedy & kasut. 
Entry kasut boleh baca < Lucca Vudor >

bag LV copy ori, bag LV, beg lv speedy, beg copy ori

1 compartment utama & dalam 2-3 slot.
Muat masuk purse saiz panjang.


bag LV copy ori, bag LV, beg lv speedy, beg copy ori

Kat zip semua ada label LV


bag LV copy ori, bag LV, beg lv speedy, beg copy ori

Boleh handcarry atau sling. Ikut lah kita nak gaya yang macamana. K.fiezz suka sling

K.fiezz dah rasmi pakai beg LV Speedy ni & dah jadi antara beg favourite. Muat nak letak purse panjang, handphone, powerbank, hand sanitizer & apa-apa barang, kalau ada lagi ruang untuk menyelit. Macam k.fiezz biasa letak purse panjang, handphone, hand sanitizer & kadang-kadang bawa juga powerbank bila keluar. Powerbank k.fiezz jenis gemuk sebab power 30,000mAh, jadi saiz dia tebal. Bila letak dalam beg LV speedy ni, memang elok & ada lagi ruang sikit.  Kadang-kadang k.fiezz selit juga benda lain yang saiz kecil-kecil kalau masih muat lepas letak segala barang yang besar-besar atas ni.

PUAS HATI BEG LV SPEEDY COPY ORI


Overall puas hati sangat dengan beg LV speedy ni. Walaupun beg copy ori saja. hehe. Beg LV Speedy ni gred one to one saja tau. Beg copy ori ni ada gred-gred dia juga. Paling top & hampir menyerupai original, gred PREMIUM. Ke-2 gred ONE to ONE & ke-3 gred BIASA. Biasanya k.fiezz beli beg copy ori tak kisah lah jenama apa pun, k.fiezz pilih yang one to one saja. hehe. Sebab harga untuk gred one to one ni bawah RM190. Gred Premium paling mahal, antara RM200-RM400. Ni harga dekat seller yang biasa k.fiezz beli dalam shopee live. Kat seller lain tak pasti. 

Dah review beg LV speedy ni, harga berapa k.fiezz?

RM150 free shipping

K.fiezz suka beli beg copy ori kat kedai seller yang sama k.fiezz selalu beli beg-beg berjenama ni sebab seller cover cost postage untuk SM. Sabah Sarawak saja kena bayar sikit untuk postage. Dah jimat kos pos di situ.. Nasib baik sis duk KL. hehe.

So next entry beg lain pula. haha. Ada pertambahan lagi 2 biji beg copy ori k.fiezz yang baru beli..Stay tune...

PENCINTA BEG tapi beg copy ori sajooo..hehe.. 

4 Comments

  1. halah..halah..dia tayang plk.dah..berknan la plk kita..hihi

    ReplyDelete
  2. tak kisahlah copy ori ke...copycat ke... poket kita, kita je yg tau kan. janji kita seronok

    ReplyDelete
  3. Cantik beg tu kak fieza. Saya dah lama tak beli beg tangan ni. Power bank besar muat ni best. Sebab power bank nadia pun memang besar tak muat dalam beg yang ada sekarang ni

    ReplyDelete