Sampai-sampai pejabat Jumaat lepas, tengok ada duit RM5 (2 keping) atas meja. K.fiezz terus tanya bos sebab dia dah sampai. Ingatkan bos yang bagi. Sekali dia jawab 'dia tak ada letak apa-apa duit atas meja k.fiezz'. Aikk siapa kah. K.fiezz duk ingat ada orang nak suruh beli apa-apa ke ni, kan?K.fiezz biorkan je, tak ambil. Kot lah ada orang letak suruh k.fiezz beli kan apa-apa. 

Kebetulan lepas tu k.fiezz ke partition belakang tempat member-member lain yang sama gred dengan k.fiezz, sekali ternampak ada duit RM5 (2 keping) ni terselit kat bawah mouse atas meja masing-masing. Ehhh ada orang bagi duit raya ke ni? 

Serius tak tahu siapakah gerangan yang bagi duit raya ni tapi apapun alhamdulillah...Rezeki raya..hehe..Semoga dilimpahkan lagi rezeki buat si pemberi.

acar ikan masin, duit raya

ACAR IKAN MASIN


Dalam bekas tu acar ikan masin, kawan pejabat k.fiezz yang bagi. Hat ni memang tahu siapa yang bagi sebab dia beritahu. Tantiu u bagi acar ikan masin ni. Rajin betul kawan k.fiezz ni buat sendiri acar ikan masin. 

Dah try makan haritu, sedap acar dia. Pandai officemate k.fiezz ni buat. Nak suruh k.fiezz yang buat, memang idak lah weiii. Tak reti nak buat acar-acar ni. Lagipun k.fiezz kureng sikit yang ada jeruk-jeruk ni tapi dah ada orang bagi, kita ambil. hehe.

Semoga dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda buat si pemberi duit raya & officemate k.fiezz yang bagi acar ikan masin ni. Aamiin..

THANK YOU...hehe..

4 Comments

  1. Alhamdulillah . Rezeki dapat duit raya . Semua offimate dapat ke tu ; semoga murah rezeki si pemberi

    ReplyDelete
  2. mama tak penah makan acar ikan masin. rasa dia manis ke masin tu

    ReplyDelete