Apa perasaan bila kerja dah buat tapi bayaran tak dapat?Sakit hati?Haruslah kan. Penat betul mengadap perangai orang yang ambil kesempatan je kerjanya. Ni cerita berkenaan k.fiezz buat satu tugasan berbayar untuk satu produk tutttt (tak nak sebut nama barang sbb tak berkaitan dengan syarikat). Ni perangai si polan yang jadi perantaraan antara blogger & syarikat produk berkenaan. 

Bulan Februari yang lepas, k.fiezz dapat tawaran buat review berbayar untuk satu produk tuttt. Tawaran ni melalui si polan yang uruskan kempen marketing dengan blogger.  Apa nama produk ni? Dirahsiakan sebab tak nak jadi isu lain pula di masa akan datang.Bukan nak memburukkan produk ni pun sebab dalam kes ni si polan yang macam nak lari dengan duit hasil kerja kitaorang (blogger). Kenapa k.fiezz cakap macam nak lari?Nanti k.fiezz cerita kat bawah ni.


RAMAI YG DAPAT TAWARAN

Selain k.fiezz, ramai lagi blogger lain dapat tawaran sama. Bayaran setiap blogger berbeza ikut task yang perlu dibuat. Untuk yang ada buat video juga, harga lebih sikit. Macam k.fiezz yang cuma buat blog post + social media sharing, harga yang k.fiezz caj RMXXX.xx saja. So si polan ni bersetuju dengan harga k.fiezz bagi ni. Setel.

Dah capai kata setuju, tunggu barang untuk review sampai. Dah dapat je barang k.fiezz jalankan tugasan tangkap gambar produk, draf artikel. Dah siap sesi photoshoot, mengarang pula entry untuk publish di blog. Sebelum tu kena hantar dulu pada si polan ni untuk approval

Tak lama lepas hantar deraf, kena buat semula re-shoot gambar. Okey tak apa, buat je lah ikut kehendak client. Lepas tu baru dapat approval untuk publish di blog & juga kongsi di sosial media k.fiezz. Alhamdulillah..Tak banyak cerita sangat. 


SENYAP LEPAS DAH SELESAI KERJA


Setel post artikel di blog & kongsi kat FB, IG pada pertengahan bulan Februari 2022.  Lepas habis kerja macam biasa submit invoice pada si polan untuk bayaran hasil kerja. Tapi krik krik tak ada balasan. Bulan Mac, k.fiezz try lagi sekali whatsapp tanya status bayaran. Pun sama. Tak ada balasan. Aihhh. Cuak dah ni weii. Penat mengarang ayat, tangkap gambor tapi hasil kerja tak dapat. 

K.fiezz tanya dalam group Whatsapp blogger siapa lagi yang ada buat job sama ni ada yang dah dapat bayaran ke?Ramai yang menjawab belum. Ada seorang dua je yang dah dapat. Lain termasuk k.fiezz, belum terima apa-apa bayaran. Aihhh tak boleh jadi ni weiii..Kerja dah siap dari bulan Februari lagi tapi bayaran sampai April tak dengar khabar berita. Udah lah tu, bila whatsapp si polan ni dia senyap pula tak jawab apa-apa. Bukan k.fiezz je, blogger lain pun sama juga. Ada sorang dua blogger yang dapat respons dari si polan ni, diberitahu dia tak sihat. Warded. Okey tak apa lah malas nak push sangat si polan tengah tak sihat. Tapi lepas sebulan tetap sama tak ada apa balasan dari si polan ni, menimbulkan syak wasangka pada kitaorang blogger. Semua duk tunggu bayaran. Kena tipu ke kitaorang ni. Aihhh musykil musykil. 


HUBUNGI HQ PRODUK

Dah tak dapat contact orang tengah tu, ada seorang blogger cadangkan pada k.fiezz untuk cuba direct contact HQ produk ni pula. K.fiezz contact okey. Hah, dengan sis jangan buat main-main pasal duit ni. Strict hokay. 

Whatsapp dengan person in charge yang handle bahagian marketing untuk blogger di HQ syarikat produk berkenaan. Dup dap dup dap tunggu balasan dari person in charge ni tau. Risau PIC ni pun tak response ke apa. Tapi alhamdulillah, dapat jawapan. Mengejutkan k.fiezz, bayaran dah di buat pada si polan & kenalan dia yang handle campaign ni bulan Februari juga. HQ siap bagi invois & juga slip bank bayaran telah di buat 2x pada Januari & Februari 2022. Allahu. Kena tipu ke apa kitaorang ni. HQ pun terkejut masa k.fiezz beritahu ramai blogger lain tak dapat bayaran lagi. HQ tanya k.fiezz berapa bayaran yang di caj. K.fiezz jawab jujur je lah beritahu, ikut pada task. Mana yang kena buat video, mahal sikit bayaran. Sebab HQ tanya tu, dalam invois dicaj RM5xx.00 untuk seorang blogger. HQ macam tak puas hati juga sebab kena caj mahal. 

Masa HQ beritahu di caj RM5xx.oo untuk seorang blogger, k.fiezz cakap dalam hati banyak gak untung orang tengah ni dapat yea. Itu pun tak cukup komisen yang dapat. Nak ambil pula lagi bayaran yang kitaorang buat keja ni..

K.fiezz minta tolong pada HQ untuk cuba contact dengan si polan ni memandangkan kitaorang blogger contact krik krik tak ada jawapan. Bila HQ contact baru lah si polan ni reply. HQ suruh dia setelkan bayaran pada semua blogger yang masih belum dapat bayaran kalau idak nak buat report polis. 

Lepas dari tu baru lah si polan ni reti nak reply whatsapp kitaorang semua. Dengan si polan ni, k.fiezz cakap direct HQ beritahu bayaran dah di buat jadi bila boleh terima payment sis? Eh dia buat-buat terkejut uolls masa k.fiezz beritahu HQ dah buat bayaran. Dia tak percaya. Hah, sis bagi slip bank yang HQ whatsapp. Konon tak tahu menahu. K.fiezz beritahu pada blogger lain si polan ni dah reply whatsapp lepas HQ direct contact dia, semua serbu kat si polan ni tanya bayaran. Tu pun dia duk konar sana konar sini buat cerita. Kitaorang malas nak layan. Baca boleh percaya jangan. 

Esoknya semua blogger yang terlibat dalam task ni terima bayaran dari si polan. Legaaa alhamdulillah. 

Nasib lah k.fiezz berani contact dengan HQ. Kalau duk tunggu je, memang burn bayaran kitaorang. Seronok dia & kenalan tu enjoy dengan duit kitaorang . Bukan sikit-sikit jumlah bayaran yang dapat. BerK-k weiii.. Kitaorang penat perah otak nak mengarang entry, ayat caption kat sosial media, tangkap gambar, orang lain yang enjoy dengan bayaran yang kitaorang patut dapat. Banyak cantikkk..

Dianiaya Katanya

Masa dalam proses nak dapat bayaran, si polan duk mengadu kena aniaya dengan HQ produk yang kitaorang review ni & tak tahu menahu bayaran dah dibuat. Ehhh hello slip bank tu apa ke bendanya. Tak tahu menahu konon. K.fiezz baca je lah luahan hati dia tu. Sebab k.fiezz lagi percaya kan bukti kukuh yang HQ bagi pada k.fiezz iaitu slip bayaran yang dah di buat. Si polan ni yang tak jujur, tak buat bayaran pada kitaorang. Dah orang whatsapp senyap pula. Bukan sehari dua dia senyap, dekat 2 bulan weiii.. Aihhh..Tolonglah jujur berkaitan duit ni..Tak berkat tau makan duit orang lain. 

Si polan ni ada cakap kat k.fiezz, banned syarikat produk ni sebab aniaya orang. K.fiezz jawab kat dia ' k.fiezz okey je dengan mana2 company janji payment dapat seperti yang dijanjikan.. bila tak dpt payment, yang jadi nak marah sbb penat buat keja tak dpt hasil'...

Moral of the story - Syukuri apa juga rezeki yang Allah dah tetapkan, jangan tamak kaut sekali hasil kerja orang lain. Tak berkat yea..

9 Comments

  1. pelik kan bila PR dah dapat payment boleh pula kata kena aniaya, ada yang dapat payment tapi tangguh2 nak bayar, diaorg ni tak risau ke kot2 tiba2 jatuh sakit dan masih terhutang dengan orang. Kadang kala alasan yang diberikan tu tak masuk akal dan bila kita tengok dia cuba lari-lari tu dah kita rasa dia tak jujur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..payment dah lama dapat tapi duk tangguh2 x nak bayar. masalahnya bila kita wasap, senyap pulak..tengokkan gaya tu macam nak lari dengan duit hasil keja kita.

      Delete
  2. cik nor dah tahu cerita..hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dpt jgk.
    bagus k.fiezz contact HQ trus, senang..

    ReplyDelete
  4. Itulah.. kalau payment memang lambat memang tak kisah mana la janji dapat. Tapi kalau lambat sangat risau juga takut putih mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..klu lambat tapi dapat juga, tak apa. ni langsung senyap..mmg nampak lah ura2 macam nak songlap bayaran yang patut kita dapat tu...

      Delete
  5. Mujur Kak Fieza berani cri jalan penyelesaian . Yer laa penat2 karang entri , penat2 shoot gambar alih2 bila dah siap semua , PR buat diam je . Geram jugak laa macam tu .

    Tapi dalam kes ni PR untung berganda jugak tu .

    ReplyDelete
  6. macam mana tu.. tak aci lah kan keje dah siap tp payment xdpt lagi

    ReplyDelete