Ternampak tips kesuburan suami isteri ni lalu kat fyp TT k.fiezz. So macam biasa k.fiezz share kat sini untuk rujukan diri sendiri & juga untuk sesiapa sekapal dengan k.fiezz dan mr hubby yang masih mencuba untuk dapatkan zuriat sendiri. Mana tahu berhasil dengan tips ni ke,kan? Tak cuba tak tahu. Biasalah untuk golongan istimewa macam kitaorang ni, sebut je produk apa, tips apa yang boleh dicuba untuk pregnant, semua nak cuba. Bila tengok video tips kesuburan suami isteri ni kat Tik Tok, 'eh macam senang je nak cuba'. Bahan-bahan dia pun guna sumber semulajadi. So why  not?

Cuma uniknya tips ni khusus untuk kesuburan suami. Biasanya kita asyik baca tips kesuburan suami isteri yang banyak dikongsikan, si isteri je yang kena amalkan macam-macam tapi ni tips kesuburan suami yang kena amalkan. hehe. Nak anak bukan isteri je kena berusaha & telan macam-macam. Suami pun kena juga tau. Sumber dari mana?Bukan dari suami ke?Jadi wajiblah suami pun kena subur juga. Baru lah adil & saksama. hehe..


APA BAHAN UNTUK TIPS KESUBURAN SUAMI ISTERI NI?

Jom tengok bahan-bahan yang ada dalam tips kesuburan suami ni bersama fungsi dia.

tips kesuburan suami, khasiat buah goji,khasiat bunga chrysanthemum,khasiat kurma merah,kesuburan suami

Bunga Chrysanthemum

Dari pencarian k.fiezz di Mr Google, tak ada spesifik khasiat bunga chrysanthemum ni yang berkaitan dengan kesuburan suami tapi berkhasiat dari segi kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Bawah ni antara khasiat bunga chrysanthemum. 
  1. Meringankan sakit kepala
  2. Mengatasi masalah pernafasan
  3. Meredakan batuk
  4. Meredakan stress
  5. Mengubati perut kembung
  6. Menjaga sistem kekebalan tubuh
  7. Menjaga kesihatan kulit
  8. Menurunkan suhu tubuh
  9. Melancarkan aliran darah
  10. Meringankan sakit gigi
  11. Meningkatkan fungsi otak
  12. Menurunkan kadar kolesterol
  13. Menyihatkan jantung
  14. Melawan infeksi bakteria
  15. Menjaga fungsi mata dan telinga

tips kesuburan suami, khasiat buah goji,khasiat bunga chrysanthemum,khasiat kurma merah,kesuburan suami

Buah Goji

Bila cari kat Mr Google, banyak khasiat buah goji ni untuk kesihatan. Untuk satu badan berkhasiat. Superfood sangat. Ni di antara khasiat buah goji -
  1. Meningkatkan kesuburan.
  2. Meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
  3. Kekalkan tekanan darah yang sihat
  4. Kurangkan kolesterol
  5. Normalkan gula dalam darah (peringkat awal diabetes)
  6. Legakan sakit kepala dan pening
  7. Kuatkan jantung
  8. Kurangkan kesan loya di peringkat awal mengandung
  9. Bantu batuk kering yang kronik
  10. Hilangkan tekanan dan gelisah
  11. Bantu sistem penghadaman
  12. Merawat simptom-simptom menopause
  13. Kurangkan risiko kanser



tips kesuburan suami, khasiat buah goji,khasiat bunga chrysanthemum,khasiat kurma merah,kesuburan suami

Kurma Merah


Kurma merah ni memang dikenali sebagai booster untuk banyakkan susu ibu. Selain dari itu,  khasiat kurma merah ni seperti -

  1. Merangsang susu ibu
  2. Memberi tenaga
  3. Menghilangkan batuk
  4. Menaikkan hb ibu mengandung
  5. Menurunkan kolesterol
  6. Meningkatkan kesuburan
  7. Membantu proses penghadaman
Walaupun ada antara 3 bahan ni tak ada spesifik untuk kesuburan suami tapi dia bagi khasiat secara keseluruhan pada tubuh badan. Jadi memang elok diamalkan untuk dapatkan kesihatan yang baik. Nak anak, badan wajib sihat tau.

Jom tengok apa khasiat gabungan 3 bahan atas ni untuk kesuburan suami.

GABUNGAN 3 BAHAN UNTUK KESUBURAN SUAMI 

Dah tahu khasiat setiap bahan atas ni, meh tengok pula gabungan 3 bahan ni untuk kesuburan suami. Apa khasiat dia & macamana boleh membantu dari segi kesuburan terutama untuk suami pula. 

  • Tinggikan stamina
  • Cegah mati pucuk
Selain dari khasiat di atas untuk kesuburan suami, gabungan 3 bahan ni juga beri khasiat lain iaitu merawat rabun juga. Jadi untuk para wanita/isteri pun boleh minum sekiranya ada masalah ni. Mana tahu boleh membantu kurangkan power cermin mata. hehe

Macamana nak bancuh tiga-tiga bahan ni? Nak kena rebus je ke, letak air panas je ke?

Dua-dua pun boleh tapi lagi digalakkan untuk rebus dulu. 

Cara Bancuh Air Kesuburan Suami Ni


Letak ketiga-tiga bahan dalam satu cawan, kemudian tuang air panas. Tambah sesudu madu untuk bagi rasa manis-manis & sedap untuk diminum. SIAP.  Digalakkan untuk rebus dulu lagi bagus.

Amalkan setiap malam..

SELAMAT MENCUBA para suami... hehe...

2 Comments

  1. good sharing..moga bermanfaat kepada mereka yang tengah berusaha mendapat zuriat..

    ReplyDelete