Saja nak tanya pendapat korang?Bila beli kasut, apa kriteria yang paling penting sebelum decide nak beli kasut yang jadi pilihan hati?Tak kisah lah beli kasut untuk jalan-jalan atau kerja?Apa yang jadi kriteria utama pemilihan kasut tu. Macam k.fiezz bila beli kasut untuk pakai kerja, kriteria utama mesti kasut yang selesa.  Kenapa pilih kasut yang selesa? Rasanya bukan k.fiezz je pilih kasut yang selesa. Semua pun sama, betul tak? Untuk k.fiezz sendiri pemilihan kasut yang selesa ni sebab k.fiezz ke pejabat kena berjalan kaki dari stesen LRT yang terdekat dengan pejabat. Jarak perjalanan dari situ ke pejabat lebih kurang 15 minit, jadi memang kena pakai kasut yang selesa dan tak menyakitkan kaki. 

Banyak je jenama kasut sekarang ni tapi nak jumpa kasut yang selesa tu kena try & error. Baru-baru ni k.fiezz terjumpa satu jenama kasut yang seriusly sangat selesa. Jenama apa tu k.fiezz? Jenama Lucca Vudor dari Singapura dan ada sebuah cawangan di Atria Shopping Gallery, Damansara, Malaysia.

JENAMA LUCCA VUDOR

Jenama Lucca Vudor dari Singapura ini mengeluarkan kasut buatan tangan yang menggunakan kulit. Setiap kasut diperincikan dengan teliti untuk memberi keselesaan pada kaki bila di pakai. Setiap kasut dihasilkan dengan 100% kulit dan mempunyai insole dalaman (tapak dalam) yang tebal serta empuk.

Sejak dulu lagi kita kaum perempuan selalu dalam dilema untuk mencari kasut yang sesuai?Pengasas Lucca Vudor menjawab persoalan dengan mewujudkan jenama Lucca Vudor yang bukan saja mementingkan design tetapi paling penting memberi pengalaman pada kaum wanita untuk memakai kasut yang selesa. Setiap kasut keluaran Lucca Vudor ada gaya, unik, cantik & selesa paling utama.

Lucca Vudor khusus untuk peminat kasut yang mementingkan keselesaan macam k.fiezz. Lebih fokus pada kesesuaian dan keselesaan kasut untuk si pemakai. Kasut Lucca Vudor dihasilkan daripada kulit anak lembu terbaik yang menepati bentuk kaki untuk keselesaan. Bahagian tapak dalam dilapiskan dengan kulit kambing yang lembut & tak menyakitkan ibu jari kaki Insoles kusyen (tapak dalam) ini di reka khas untuk sokongan.

Bentuk kasut Lucca Vudor yang elegan, unik & mengikut peredaran zaman mempunyai pelbagai warna dan  gaya. Sesuai dipakai setiap hari pada bila-bila masa kerana di Lucca Vudor ada pelbagai jenis kasut dari jenis flat, tumit, sandal, slippers yang bersesuaian samaada untuk kasual ataupun ke pejabat. 

PERTAMA KALI CUBA KASUT FLAT DARI LUCCA VUDOR

Bila baca kat website Lucca Vudor kasut keluaran diaorang dari kulit yang terbaik & mementingkan keselesaan, harus lah k.fiezz nak cuba juga. Sis memang mencari kasut yang selesa sebab seperti dah beritahu kat atas ni. 

Orang cakap pemilihan jenis kasut juga menggambarkan personaliti kita. Tak pasti betul ke tidak tapi k.fiezz rasa macam betul sebab k.fiezz suka kasut jenis flat seperti di bawah (rujuk gambar). Kasut jenis flat ni untuk k.fiezz simple & k.fiezz memang simple orangnya. hehe. 

Masa mencari kasut yang menepati citarasa di website Lucca Vudor ni, rambang mata weiii..Tak tahu  nak pilih yang mana sebab kasut dia semua cantik-cantik. Lagi best kat sini ada saiz k.fiezz. Kaki k.fiezz jenis kecil comel tau memang susah giler nak cari kasut yang sesuai kalau beli online. So masa tengok saiz kasut kat sini ada saiz k.fiezz. Serius suka sangat. Laju cari kasut Lucca Vudor yang menepati citarasa.

PILIHAN KASUT DI LUCCA VUDOR

Pilihan hati k.fiezz kasut di Lucca Vudor ni  Felina 2022-1 warna coklat. Kenapa pilih  yang ni?Rujuk pada gambar bahagian dalam kasut lembut & selesa di pakai. Pilihan warna coklat pula sebab senang nak matchy-matchy dengan baju tak kisah warna apa. Jadi ni kasut raya sis. hehe. Kemain tau dah tua-tua pun nak kasut raya. haha. 

 
lucca vudor,kasut yang selesa,

Dari bahagian depan kasut


lucca vudor,kasut yang selesa,

Jahitan kemas di tepi kasut


lucca vudor,kasut yang selesa,

Tapak kasut yang tak licin


lucca vudor,kasut yang selesa,

Ada diskaun 15% untuk pembelian kali pertama di http://www.luccavudor.com/


BEST TAK KASUT LUCCA VUDOR NI?


Serius best sebab kasut yang selesa bila di pakai. Tapak dalam dia lembut & memang tak menyakitkan kaki langsung untuk pertama kali pakai. Biasanya bila pakai kasut baru, belakang kaki kita samaada melecet sebab tergesel dengan bahagian dalam kasut ataupun ibu jari yang sakit. Betul tak? Tapi dengan kasut Lucca Vudor ni, tidak ada yea. 

Memang selesa sangat. K.fiezz pilih kasut Lucca Vudor ni saiz paling kecil iaitu 4, bahagian dalam terutama kat ibu jari masih ada ruang kat situ dan tak menyebabkan ibu jari melecet. 

Baru ni k.fiezz saja pakai ke pejabat sebab nak test bila pakai time kena berjalan kaki jarak jauh. Suka sangat sebab tak ada masalah melecet langsung kat kaki. 

Kebetulan masa k.fiezz pakai kasut Lucca Vudor ni ke pejabat baru-baru ni, time balik kerja hujan selebat-lebatnya kat KL. Adeh, meredah juga lah nak berjalan kaki ke LRT. Air kat jalan memang dah naik sampai ke buku lali. Nak tak nak redah juga air banjir dengan kasut Lucca Vudor ni. Terbukti kasut ni tahan air, uolls. Tak terjejas pun cuma basah lencun saja. Love it...



lucca vudor,kasut yang selesa,

Posing sikit dengan kasut baru sis dari Lucca Vudor ni


lucca vudor,kasut yang selesa,

Cantik sangat kasut kat Lucca Vudor ni dari segi design & selesa di pakai. 


Kasut yang berkualiti bukan saja cantik dari segi design dia tapi bila dipakai, kita selesa nak berjalan dan tak menyebabkan melecet sana sini kat kaki. Bagi k.fiezz mencari kasut yang selesa sangat-sangat penting untuk kesihatan kaki kita dalam jangka masa panjang. 

Jujurnya sis memang jatuh cinta dengan kasut jenama Lucca Vudor yang sangat lah best ni. Lain kali nak repeat beli design lain pula. 

Korang nak cuci mata dengan kasut-kasut keluaran Lucca Vudor, boleh klik link di bawah :-

Facebook : https://www.facebook.com/luccavudorsg

3 Comments

  1. wah..cantiknya kasut dia..nak jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tantiu cik nor..mmg best kasut ni..selesa sangat pakai...

      Delete
  2. alahai tgk sole dia pun nampak selesa sgt tu fiez. matching dgn beg

    ReplyDelete