Tambah lagi koleksi terbaru k.fiezz, beg lady dior pula uolls yang terbaru ni. haha. Suka sangat duk layan seller live jual beg-beg branded kat shopee & Tik Tok, sangkut 2 biji sekali tapi dua-dua ni dari lain-lain seller. Satu k.fiezz beli kat Tik Tok & satu lagi beli dari shopee. hehe.Hobi lah kumpul beg. Dari zaman anak dara lagi cukup suka betul dengan beg. Asal nampak beg yang berkenan kat mata, jatuh ke hati confirm beli punya. Tanpa was-was. 


BEG LADY DIOR BELI KAT TIK TOK


Beg lady dior yang dalam gambar bawah ni k.fiezz beli kat Tik Tok. Tengok live juga lah ceritanya. Suka melayan live seller dalam Tik Tok, melekat sebiji. Masa seller review beg lady dior ni, keluar love love kat mata k.fiezz. haha. Memang lama berkenan lady dior bag ni. Banyak kali dah k.fiezz usya kat seller yang selalu k.fiezz beli bag branded dalam shopee tapi harga beg lady dior ni memang agak mahal sikit. Copy ori standard harga seller jual RM140. K.fiezz tunggu juga seller turunkan harga sikit tapi memang tak. Mungkin beg lady dior ni, seller beli kat supplier pun mahal jadi tak boleh nak jual murah. 

Kebetulan tengok seller kat Tik Tok jual lady dior bag ni, murah. Wahhh blink blink mata sis..

Terus grab tanpa ragu-ragu. Lady Dior bag ni yang k.fiezz beli ni saiz 17cm saja. Material jenis embroidery (sulam). Dapat keychain Dior , tali panjang (boleh adjust) & jenis berzip. 

beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior


beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior


beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior

Saiz 17cm ni muat purse pendek je..

Harga beg lady dior yang k.fiezz beli kat Tik Tok ni RM50 + postage RM5 = RM55

Rasanya yang ni gred biasa saja, itu yang dapat harga murah ni..

BEG LADY DIOR BELI KAT SHOPEE PULA


Lepas dah beli beg lady dior hat atas ni, k.fiezz  tertengok pula live seller jual branded yang k.fiezz selalu beli kat Shopee, ada beg lady dior jenis plain (rujuk gambar bawah). Halahhhh failed weii. Lagi sekali jatuh cinta gitu. Hat ni 1:1 so harga yang ni mahal sikit dari atas.

K.fiezz memang berkenan jenis plain macam ni benornya. Tapi sebabkan tak dapat haritu memandangkan harga dia mahal & statik RM140, k.fiezz beli beg lady dior yang kat Tik Tok (rujuk gambar atas). Pujuk hati lah konon. Haha. Tapi tetap tak puas hati. Nak juga yang macam dalam gambar bawah ni. haha. Tambah pula yang atas ni, saiz dia kecil sikit & tak muat purse panjang. K.fiezz punya purse jenis panjang lah uolls...Gigih lah k.fiezz beli purse saiz medium nak bagi muat dalam beg lady dior atas ni tapi fikir punya fikir, sis sejenis malas yea nak tukar-tukar purse

Itu yang tersangkut beli beg lady dior plain kat bawah ni pula. Haha. Dasar perempuan. Semua nak. haha..Beg lady dior bawah ni saiz 20cm. Muat purse panjang sis. Sukaaaa...


beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior

Dapat sekali skarf & tali panjang.  Skarf k.fiezz lilitkan pada pemegang beg. Nampak lah macam orang have-have konon. haha. Feeling...


beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior


beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior

Hat ni tutup dia macam dalam gambar. Bukan zip. 

Harga beg lady dior yang ni RM125. Free postage

PUAS HATI BEG LADY DIOR 

Overall puas hati beg lady dior yang ke-2 ni sebab muat saiz panjang. Dah try masukkan purse panjang & handphone, ngam. Yeayyy.. 

Material dia cantik. Sis love it.

Ater yang beg lady dior no.1 tu nak bagi siapa pula ni. haha. Sampai 2 biji sekali. Tamak betul sampai dua. haha.

PENCINTA BAG...Ni tengah aiming nak tambah koleksi baru. Kali ni nak beli tabby pillow. hehe..

Update - Beg Lady Dior Coklat ni selepas setahun lebih 👇(Ogos 2023)

beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior

Udah terkeluar kulit dia..Biasa lah fake,kan..Tak tahan lama.
Tambah pula sis jenis tukar-tukar beg…Beg ni bersimpan je, jarang pakai..

beg lady dior, lady dior bag, harga, harga beg lady dior


8 Comments

  1. cantiknya yang first tu. terus blink-blink juga mata ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik! Suka pulak saya menengoknya kak fiezz hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya murah pula harganya tu pandai fiez ambil peluang. tak tau tuktok boleh beli brg juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ada je adda kat TT org jual beg-beg branded mcm ni dalam live. Pakaian pun ada...Nampak benor saya tak ada kerja, rajin benor layan live kat TT..haha..

      Delete
  4. Cantik beg lady dior yg bersulam tu . Walaupun kecik tapi ccl suka design tu . Tapi itu lah kalau tak muat purse tu susah juga kan .

    ReplyDelete