Minggu lepas balik dari kerja k.fiezz masak menu simple untuk makan malam. Apa masakan yang simple sangat tu k.fiezz oiii? Idea nak masak menu simple ni mr hubby yang request nak makan menu sihat. Baik. Onzz. Search kat Mr Google menu sihat dan senang. Cari punya cari kat Mr Google, jumpa resipi ayam bakar diet ni. Tengok bahan-bahan & cara masak dia yang of course simple, resipi is on. 

Suka juga kadang masak menu diet ni sebab cara masak dia yang senang & bahan pun tak renyah nak sediakan. 

Let's check it out..

Bahan Ayam Bakar Diet 

  • Ayam (Seeloknya bahagian dada tapi k.fiezz guna je bahagian ayam yang lain. Konsepnya apa yang ada dalam peti ais). Cuma pastikan bahagian apa pun ayam tu, dibuang kulit.
  • 6 Ulas Bawang Putih
  • 1-2 Biji Limau Kasturi (resipi asal guna Lemon. K.fiezz guna apa yang ada kat dapur)
  • 1 Sudu Besar Lada Hitam
  • 1 Sudu Teh Serbukk Oregano (pilihan)
  • 1 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • 1 Inci Halia
  • Garam secukup rasa

ayam bakar diet, ayam bakar diet air fryer
Ayam Bakar Diet Air Fryer. Kat rumah tak ada oven, jadi air fryer pun boleh..

Cara Masak Ayam Bakar Diet

  1. Kisar halus lada  hitam,bawang putih & halia.
  2. Kemudian gaulkan bahan-bahan ni bersama ayam.
  3. Letak sekali serbuk oregano, minyak zaitun, perahan air limau. Kalau guna lemon, parut sikit kulit lemon dalam adunan ni..
  4. Letak garam sikit & gaul sebati. Kemudian perap dalam 30 minit.
  5. Selepas 30 minit, bakar ayam dengan oven (suhu 180 - 200 darjah celcius) & guna api atas bawah. Tapi k.fiezz guna air fryer saja untuk masak ayam bakar ni (suhu -180 darjah celcius & masak 12 minit depan & 12 minit belakang).
  6. Boleh check ayam dah masak ke belum dengan tengok bahagian dalam dia. Kalau dah masak sampai ke isi dalam dah boleh angkat & sedia untuk di ngap...hehe...

Sedap Ke Ayam Bakar Diet Ni?


Sedap tak?Sedap tu subjektif. Ikut pada selera masing-masing. Personally k.fiezz suka ayam bakar diet ni. Tetiba sis rasa sihat pula makan jenis bakar-bakar je macam ni. hehe..Mr hubby pun cakap sedap so boleh ulang masak selalu ni.. Untuk match dengan ayam bakar diet ni, k.fiezz ada masak Sayur Bayam Tumis Air tapi yang ni k.fiezz tak share resipi dia sebab mr hubby tak suka. Tak sedap katanya. Eh sabor je lah. Kata nak menu diet & sihat, kan. Menu diet-diet ni memang kebanyakan tak berapa nak sedap terutama sayur sebab kena masak jenis rebus-rebus je. hehe. Ikut tekak k.fiezz okey je sayur bayam tumis air ni tapi mr hubby tak suka pula. So next recipe untuk sayur. 

Untuk Ayam Bakar Diet ni untuk yang tak diet pun boleh makan. Sihat sikit menu. 


SELAMAT MENCUBA...

5 Comments