Sabtu lepas, cuak k.fiezz bila tetiba dapat mesej MySejahtera bertukar status dan warna. Biasanya warna biru (low risk). Ni status MySejahtera bertukar kuning uolls...Halah halah cuakk sis. First time jadi macam ni. Biasa warna biru je. Ni dah kenapa bertukar warna pula. Aiyakkk... Bila tengok punca status MySejahtera bertukar kuning ni sebab masa & tempat check in sama dengan orang yang dikesan positif COVID. Jadi secara tak langsung kita jadi casual contact

Masa bertukar warna kat status ni,  k.fiezz keluar dengan mr hubby & adik ipar. Jadi lepas MySejahtera bertukar kuning, k.fiezz tanya mr hubby & adik dia. Dorang punya sama ke sebab hari Sabtu tu, kitaorang keluar masuk tempat yang sama tapi status MySejahtera diaorang macam biasa.

K.fiezz up status kat facebook pasal MySejahtera bertukar kuning ni. Ada seorang kawan  pejabat k.fiezz komen, status MySejahtera dia bertukar kuning juga sehari sebelum (hari Jumaat) & seorang lagi kawan pejabat k.fiezz pun sama status MySejahtera dia tukar kuning hari Sabtu sama macam k.fiezz. So dah boleh detect kenapa MySejahtera k.fiezz je bertukar kuning, mr hubby & adik ipar tak. Bos besor bahagian k.fiezz positif COVID Jumaat lepas. So sebabkan kitaorang check in setiap hari kat bahagian, bila bos ni +ve automatik kitaorang jadi casual contact  juga. 

CASUAL CONTACT PUN CUAK JUGA


Walaupun casual contact cuak juga tau. Untuk yang berstatus kuning ni boleh menjalani aktiviti macam biasa (bekerja, keluar masuk kedai/mall, naik flight & lain-lain) tapi tetap cuak bila nak scan kat pintu masuk. Macam buat salah besor weiii...Takut lah pak guard yang duduk kat pintu depan, tak bagi masuk atau orang belakang ternampak status kita yang warna kuning tu, diaorang pandang sinis pula. Macam-macam fikir. 

K.fiezz lagi cuak sebab 1st time & status kuning ni akan kekal 10 hari. Dalam masa 10 hari ni kita kena buat tugasan iaitu update health assessment kat MySejahtera. Hat update health assessment ni kena jujur. Kalau sihat, cakap sihat. Kalau ada simptom-simptom, beritahu lah yang betul. Kita jaga kita. Bukan untuk diri sendiri je tapi dengan orang sekeliling juga.



MySejahtera Casual Contact, MySejahtera bertukar kuning

1st time MySejahtera bertukar kuning ni..adehhh


MySejahtera Casual Contact, MySejahtera bertukar kuning

Setiap hari kena buat things to do tu. Kemaskini health assessment kita..



MySejahtera Casual Contact, MySejahtera bertukar kuning

Soalan 1


MySejahtera Casual Contact, MySejahtera bertukar kuning

Soalan 2 & 3

Total ada 3 soalan ni je. Jawab ya atau tidak.


MySejahtera Casual Contact, MySejahtera bertukar kuning

Alhamdulillah semalam status MySejahtera bertukar normal (biru). Legaaa..

Boleh keluar masuk mall tanpa was-was. haha. Kalau idak, masuk mall pun coverline MySejahtera takut orang nampak. haha. 

Masa status MySejahtera bertukar kuning ni, k.fiezz tak ada apa-apa simptom. Itu yang berani gi masuk SOGO dan confident jawab semua soalan 'tidak' setiap hari.

Bos besor yang +ve kat pejabat k.fiezz ni tingkat lain sebab bahagian kitaorang ni kat lain-lain tingkat. Pecah dua sebab tak cukup ruang. Jadi bahagian k.fiezz di tingkat 11 & 13. Bos yang +ve ni kat tingkat 11.. Secara logiknya tak liase directly dengan dia kecuali PA dia yang hantar surat-surat kat k.fiezz. 

STATUS MYSEJAHTERA TUKAR BIRU SEMULA


Selepas 6 hari & kejujuran (ewah..hehe) menjawab soalan-soalan setiap hari, status MySejahtera bertukar semula kepada biru. Legaaa sangat. Tak risau nak masuk mall, kedai, gi makan kat luar dan lain-lain. Legaaa..

Kalau idak, haritu k.fiezz masuk SOGO pun risau. Coverline masa nak scan kat pintu masuk. haha. 

Actually masa status MySejahtera bertukar kuning ni, kawan pejabat k.fiezz ada bagi cara untuk tukar semula status kepada biru. K.fiezz ada cuba buat tapi tak menjadi. So k.fiezz biarkan je lah. Tunggu je 10 hari. 

K.fiezz rasa kalau kita memang tak ada apa-apa simptom & update health assessment dengan jujur, tempoh status Mysejahtera bertukar warna dari kuning kepada biru, tak ada lah lama sangat pun. Macam k.fiezz punya ni 6 hari je dah tukar semula biru...

JUJUR OKEY JAWAB HEALTH ASSESSMENT KALAU STATUS BERTUKAR KUNING..

6 Comments

  1. Eh akak 6 hari je eh? saya aritu dia tulis kena 10 hari update, tapi hari kelapan dapat SMS lagi sekali casual contact maka sambung lah lagi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Dah biru semula.. Ghisau jgk weh wlpun contact vasual

    ReplyDelete
  3. lega la bila dah biru semula. harap saya mySJ saya terus biru tak tukar kaler la. ghisau

    ReplyDelete
  4. Kalau saya pun mesti cuak tahap gaban dah

    ReplyDelete
  5. insya allah kalau xde gejala takde masalah. tapi kalau ada gejala susah sikit

    ReplyDelete