Terkena lagi k.fiezz. Hantar repair zip baju rosak, kain getah longgar kat tukang jahit area pejabat k.fiezz. Sekali harga dia. Mak aihhh.. Terkejut sis nengok angka tu sebabnya k.fiezz repair zip baju rosak & tukar getah kain je. Apa ke mahai benor. Bila k.fiezz baca dalam blog ni, rupanya tahun 2019 k.fiezz pernah hantar repair zip & getah sama macam yang ni dan harga yang k.fiezz kena caj sama juga. Haha. Aiseyyy, macamana k.fiezz boleh lupa pula nak check dalam blog. 

Entry berkaitan <<MAHALNYA >> 

Kemain laju hantar 3 helai kain & baju ni ke tukang jahit area pejabat k.fiezz ni. K.fiezz memang duk ingat dia caj antara RM5-RM8 sehelai macam tu. Eh sekali amikkk ko.

Kisahnya k.fiezz 5s rak baju-baju kerja. Ada yang elok, ada yang dah lama tak berpakai sebab terselit kat celah yang susah nak ambil..Ada juga yang lama tak pakai ni  samaada zip baju rosak atau getah kain dah longgar. Itu yang k.fiezz hantar repair. Terus hantar kat tailor area pejabat k.fiezz tu je. Sebab tahu kat situ je. Tempat lain, k.fiezz tak tahu. Padahal boleh je tanya dalam group whatsapp flat k.fiezz ni kot ada yang pandai jahit & boleh repair zip/getah. Tapi itu lah tak teringat.


zip baju rosak

Bila kena bayor empatploh hengget, baru lah padan muka kat sis. Padahal pernah share repair zip baju rosak & tukar getah kain kat tailor yang sama ni, kena caj mahal. Tapi sejenis pelupa. Boleh tak ingat pula weii. Adeh. Husnozon je lah uolls. Dah memang rezeki tailor ni. 

Lepas ni nak repair zip baju rosak atau getah kain, sila tanya dalam group flat dulu yea sis. Jangan menonong terus hantar kat tailor mahai ni. haha. Husnuzon husnuzon juga, tak puas hati benornya. haha

Biasa standard repair zip baju rosak/tukar kain getah berapa yea?Idak lah mahai benor kalau ikutkan, yea tak?

TETIBERRR RASA NAK BELAJOR MENJAHIT..hehe

1 Comments

  1. Tak pasti la harga sebenar, semalam suami hantar potong seluar kerja dia RM10. Nak betulkan zip complicated agaknya, tu mahal

    ReplyDelete