Gucci Marmont pula uolls. Memang pengumpul beg sungguh lah kakak fiezz ni. haha. Tiap minggu beli bag baru. Ni koleksi terbaru k.fiezz Gucci Marmont copy ori pula. K.fiezz beli beg-beg berjenama bukan original tau. haha. Sis nak bergaya, ukur bajur di badan sendiri konsepnya. haha. Sis nak beli ori, pikior banyak kali kalau banyak duit pun. haha. Dasar kedekut memang macamni. Nak bergaya tapi kedekut. haha. Beg copy ori pun boleh janji sama macam ori juga. haha. Orang tengok pun, idaknya dia nak kelebet beria benor pun. Tengok sekali lalu je. Kecuali berselisih dengan mak-mak datin, confirm diaorang tengok original ke idak pompuan ni punya Gucci Marmont. haha. Tapi abaikan je lah. Kita bergaya ikut kemampuan diri sendiri. Buat apa nak ikut orang. Betul tak? 
 
Bag Gucci Marmont copy ori ni k.fiezz beli bulan Disember yang lepas. Mula-mula tak minat sangat pun beg ni. Dah tu tak minat kenapa beli?

Seller Buat Jualan Amal Nak Bantu Mangsa Banjir


Kisahnya seller buat jualan amal untuk bantu mangsa banjir di Shah Alam bulan Disember yang lepas. Seller lelong 50% dari harga asal & semua sumbangan di salurkan pada mangsa banjir. Itu yang k.fiezz tersangkut beg copy ori  Gucci Marmont ni. Sebab harga dia sebelum lelongan RM1xx.xx. Selepas lelongan, harga RM75 postage RM5. Waaaahhhh, bila seller sebut harga ni, blink blink mata k.fiezz. Dari tak minat, terus jadi minat. Haha. Dasar jenis suka barang murah. Nak bergaya tapi nak murah. Haha. 

Ada 2 warna Gucci Marmont ni masa lelong, satu warna hitam/nude & satu lagi warna yang k.fiezz dapat ni. K.fiezz nak warna hitam/nude tapi dah ada orang laju lock (beli), so k.fiezz ambil lah yang ni. K.fiezz belum ada koleksi beg warna macam ni. Dalam koleksi bag k.fiezz, banyak warna beg yang selamat (hitam, coklat). Warna selamat, warna-warna yang boleh matching dengan semua jenis warna baju. hehe. So yang ni ambil warna lain sikit macam biru merah ni.  


beg copy ori, gucci marmont copy

Gucci Marmont


Bag Gucci Marmont copy ori ni bahagian dia ada satu ruang je & jenis sling. Tali dia separuh besi, separuh tali biasa. Bahagian dalam dia, just nice untuk masukkan purse saiz panjang & handphone. Kalau ada benda kecil-kecil nak selit boleh, ada ruang sikit. 


beg copy ori, gucci marmont copy


beg copy ori, gucci marmont copy

Material dia yang ni tak silap k.fiezz mix kulit sebab dia gred 1:1. Kalau premium, fully leather

Overall k.fiezz suka bag Gucci Marmont copy ori ni walaupun mula-mula tak suka kan. Tapi bila dah pegang & tengok depan mata, eh cantik beg ni. Patut dalam live, ramai berebut beli. K.fiezz duk musykil, awat lah semua berebut Gucci Marmont ni. Tak lah lawa sangat. Tapi bila dah beli, baru tahu kenapa. Tengok depan mata design dia dalam gambar & real, lain. Depan mata lagi cantik weiii..Terus jatuh cinta dengan Gucci Marmont Copy Ori ni.

Sambil Membeli Sambil Membantu

Alhamdulillah seller yang k.fiezz selalu beli beg-beg branded ni buat jualan amal untuk bantu mangsa banjir. So k.fiezz mampu menyumbang dari segi duit hasil dari beli beg ni. Tak lah banyak sangat jumlah dia tapi yang penting niat untuk membantu. Beg branded dapat. Tolong orang pun dapat juga. 2 dalam 1.

Terbaru k.fiezz sangkut beg branded copy ori lagi. haha. Yang kali ni beli kat Tik Tok. haha. Stay tuned. Beg dah sampai, k.fiezz share

Sis Pengumpul Bag Branded Copy Ori...hehe...

1 Comments