Masa cuti-cuti di Penang tahun baru haritu, kitaorang buat aktiviti apa kat situ?Tak ada buat aktiviti sangat pun. Lebih kepada cuti santai-santai je. Pi makan-makan. Jalan-jalan dalam shopping mall, urut kaki (refleksologi). Itu je. Tak lah sarat sangat buat aktiviti jalan sana sini. Masih berjaga-jaga memandangkan macam yang kita tahu, kita masih lagi di kelilingi virus COVID sana-sini. So berjalan, jalan juga tapi hati-hati. Idak lah berjalan sakan sangat pun. Lebih kepada release tension sambil sambut tahun baru dengan family

Idea nak cuti-cuti di Penang ni pun dari adik ipar k.fiezz. Dia yang uruskan tempahan homestay. Kitaorang onzz je. Part bayaran mr hubby & adik ipar share separuh sorang. 

AKTIVITI MAKAN-MAKAN


Tempat pertama kitaorang terjah untuk makan haritu di Ombak Damai. Sorry, tak ada gambar kat sini. Sampa-sampai je terus pi order makan sebab kat sini banyak deretan stall (geraimakanan. Macam food court lah konsepnya. Setiap gerai lain menu dia. So nak makan apa kena pi tengok sendiri menu-menu yang ada kat gerai-gerai. 

Lepas order, tunggu no. giliran dipanggil bila makanan yang kita order dah siap. Kena pi ambil sendiri. Self service lah konsepnya kat sini macam kat food court

Apa yang best kat sini - tepi laut. Sambil makan tengok laut. Dapat duduk meja yang dekat dengan pantai, best. Pemandangan yang jarang ada kat kedai makan tempat lain. So kat sini enjoy the food & enjoy the view. hehe.

K.fiezz tak ambil gambar makanan kat sini sebab sis kelam kabut makan lepas dah duduk kat meja memandangkan orang lain semua dah nak habis makan. K.fiezz baru terkial-kial nak makan. Beratur nak beli coconut shake punya pasal. haha. 


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Ni masa lepas makan. Kitaorang exercise daki bukit sebab nak keluar dari tempat parking, mr hubby seriau sebab jalan dia adventure sikit. Minta tolong biras k.fiezz bawa kereta naik, kitaorang tunggu kat belah atas. Biras k.fiezz memang orang Penang, jadi dia dah biasa ke sini. 

Nak  ke tempat makan Ombak Damai ni kena turun bukit & agak mencabar jalan nak ke parking kat bawah dekat entrance Ombak Damai ni. 

Tapi untuk k.fiezz, makanan kat sini sedap & worth it dengan harga. Pasal harga, mahal sikit. Contoh haritu ambil Kuew Tiow Goreng Udang RM12..Air coconut shake RM5..Tapi berbaloi lah harga dia sebab sedap..


MASUK MALL PULA

Lepas dah makan kat Ombak Damai, mr hubby ajak masuk ke tempat sejuk. So ke QueensBay Mall ni pula. Sekali mencari tempat urut kaki. Mr hubby nak berurut kaki pula, uolls...Haih, sabor je lah sis. Baru mendaki bukit sikit kat Ombak Damai, udah nak urut kaki. haha. Eh..Gurau je. Mr hubby memang nak urut kaki. Dah berapa hari, kaki dia duk sakit je.

Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Wefie jap sesambil cari tempat urut kaki dalam mall ni..
Besar mall dia weiii. 


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Tadaaa..Jumpa pun tempat urut kaki (refleksologi). Ada 2-3 buah juga tempat urut dalam mall ni. Harga semua sama. So lepas buat pilihan, kitaorang ambil yang ni. Harga RM30-RM50 / 1 jam (anggaran harga dia. tak ingat. haha. #lupa..)

MINUM PETANG DI PADANG BROWN

Dah penat jalan-jalan dalam mall, sesi isi perut lagi. Laparrr..Haha. Kali ni ke Padang Brown makan Pasembor. K.fiezz kureng sikit benornya pasembor pasembor ni. Tak berapa kena dengan tekak. Tapi dah ada depan mata, layannn je. haha. Dasar suka makan..haha


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Tempat dia - Konsep food court..Berderet gerai makan. 


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Mr hubby order Pasembor, beritahu nak berapa ringgit terus. Macam haritu mr hubby minta Pasembor RM20 untuk 2 set. Suka hati lah dia nak buh apa, Kitaorang makan je. Nak ambil sendiri, sat gi ambil tu ambil ni lebih limaploh. Macam ni senang. Request terus berapa ringgit yang kitaorang nak..So tak ada lah kes masa nak bayar, terkejut dengor harga. haha..


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Abah order bihun goreng. Share dengan mak k.fiezz..


Ombak Damai, makan pasembur di penang,cuti-cuti di penang, Padang Brown

Pasembor..Serius. Sedap wei. Patutlah orang bila mai Penang, wajib pekena Pasembor ni. Dah balik rumah pun duk teringat-ingat kesedapan dia..

Ni aktiviti yang kitaorang buat hari kedua masa cuti-cuti di Penang. Nak ke sini kitaorang kena menyeberang naik jambatan sebab kitaorang menginap kat < Homestay < di Butterworth..

Hari ketiga, lepas check out. Next entry k.fiezz share. hehe. Stay tune. 

CUTI-CUTI MALAYSIA...

7 Comments

  1. best jalan-jalan santai cenggini kan...

    ReplyDelete
  2. lamanya tk pi penag...dlu2 slalu juga outstation sana

    ReplyDelete
  3. best tu, santai2 siap foot refleksologi lagi mmg refreshing

    ReplyDelete
  4. uish..best nya jalan2, mkn2 ni..bila la dapat buat macam ni..heehe

    ReplyDelete
  5. aaaaa lamanya tak pi penang .. okay okay dah kena masuk list wajib bercuti cuti malaysia lah cam gini ehkk ...

    ReplyDelete