Cuti-cuti hujung tahun kitaorang satu family ke Penang. Pakej sambut tahun baru kat Penang. Kat sini kitaorang menginap kat homestay di Butterworth. Nama homestay di Butterworth ni k.fiezz rahsiakan sebab?hehe. Nanti k.fiezz story kat bawah ni.  Kenapa pilih homestay?Sebab kitaorang ramai weii. Homestay ada bilik-bilik & senang untuk kitaorang berkumpul bincang apa-apa. Tak payah nak ke bilik orang tu orang ni atau nak kena whatsapp. Senang duduk semua sekali dalam satu rumah. Sebab itu yang kitaorang pilih menginap di homestay.

HOMESTAY 3 BILIK 

Homestay di Butterworth yang kitaorang menginap ni ada 3 bilik & 2 bilik air. Harga untuk satu malam RM4xx.xx..Kitaorang menginap 3 hari 2 malam, jadi total RM8xx.xx. Booked kat Agoda. Adik ipar k.fiezz yang cari. Kitaorang follow je. 

Nak tengok mana ke rupa bahagian dalam homestay yang jadi penginapan kitaorang haritu di Penang. Jomsss check it out..

homestay di butterworth

Ni kat pintu masuk ke kondo yang jadi penginapan kitaorang haritu. Mak & abah k.fiezz posing sat sementara tunggu kena panggil dengan security untuk pendaftaran masuk. 

Okey, nak tahu kenapa k.fiezz tak beritahu nama kondo ni? Security guard kat sini strict giler weii. Tak boleh lebih dari jumlah yang dihadkan untuk satu rumah. Kalau kata satu rumah, 7 orang..Itu sahaja. Kalau lebih tak boleh masuk yea. Ni betul tau sebab masa kitaorang tengah tunggu turn security panggil, ada orang tengah nak register kat security. Kitaorang dengar orang tu marah kat security. Dengar dia cakap 'saya pun dah biasa menginap kat hotel/homestay, tak pernah kena macam kat sini'. Mungkin orang tu pun kes terlebih kuota juga. Sebelum tu adik ipar k.fiezz sampai dulu dari kitaorang. Masa dia nak daftar, ada satu family terlebih kuota masa pendaftaran tak dibenarkan masuk. Seriusss lah weiii. Strict tak tentu hala security sini. Yang datang semua family kot. Bukan budak-budak remaja yang datang nak buat party tak tentu hala. Haih...Apooo lah security strict bukan-bukan macam ni.

Even masa kitaorang nak daftar tu, kena tunggu. Lama sangat. Tengah duk tunggu security yang tak panggil-panggil kitaorang, adik ipar k.fiezz turun ambil kat bawah. Sebelum tu adik ipar dah hantar dulu isteri, anak dia, mak mertua & anak buah k.fiezz naik ke rumah dulu.  Lepas tu turun semula ambil kitaorang pula. Terpaksa buat dua kali trip macam ni untuk nak cover up kuantiti kitaorang yang terlebih. Kitaorang tak lebih banyak sangat. Terlebih sorang budak je. Tak ada masalah pun terlebih sebab bilik ada 3 & kitaorang dah kira cukup untuk semua. 

Memandangkan security guard strict benor, terpaksa lah buat macamni. Naik asing-asing buat dua kumpulan. Masa adik ipar ambil, sekali kitaorang bawa barang-barang. Jadi pindahkan semua barang-barang naik kereta adik ipar pula untuk naik parking kat dalam kondo. Satu lagi kereta terpaksa parking kat luar je sebab tak daftar. Yea lah udah security buat tak layan dengan kitaorang. 

Tapi elok masa kereta adik ipar lalu depan security, kena tahan sebab k.fiezz, mr hubby, mak & abah tak daftar lagi. Perasan pula si security guard tu. Haih..Sebelum tu buat tak layan je dengan kitaorang. 

Lepas dah setel pendaftaran, terus naik ke rumah. Rumah tingkat tinggi (lupa pula tingkat berapa. haha)..Faktor usia, pelupa. haha..

Ni dalam rumah yang kitaorang menginap haritu. 

homestay di butterworth

Dapur.


homestay di butterworth

Peti sejuk & Mesin basuh pun ada.
Boleh lah nak basuh baju. Tak payah nak hantar ke kedai dobi. 


homestay di butterworth

Bilik air tingkat bawah.


homestay di butterworth

Ruang tamu.


homestay di butterworth

Tv. Bawah tangga tu meja makan. Tangga ni pula naik ke tingkat atas yang ada 2 bilik & 1 bilik air. 
Rumah ni kondo tapi dalam dia 2 tingkat, tau. Kelass...First time jumpa design homestay macamni..


homestay di butterworth

Ni bilik tingkat bawah. K.fiezz snap gambar bilik yang ni je sebab kitaorang tidur kat bilik ni dengan mama. 


homestay di butterworth

Tingkat atas - 2 bilik & 1 bilik air. 
Bilik hujung nampak cermin tu - 1 tilam king size & 1 katil double decker. Sesuai lah yang mana bawa anak-anak. 
1 bilik sebelah yang cermin tu - 1 katil king size sahaja. 


homestay di butterworth

Pemandangan dari homestay yang kitaorang menginap ni.


homestay di butterworth

Pemandangan yang sama di bahagian tepi. 


Review Penginapan Homestay di Butterworth Ni


Overall penginapan kat sini, best. Strategik sebab depan kondo ada 1 kedai makan nasi kandar & sebelah kondo ada ECONSAVE.  Cuma part security guard yang strict entah apa-apa tu, spoilt mood weiii. K.fiezz tak nak mention nama kondo ni sebab sis hati-hati takut dikata fitnah pula. Walaupun share benda yang betul berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi malas nak panjangkan cerita, tak payah lah sebut nama kondo. Biarlah rahsia gitu. haha. Tapi siapa yang nak tahu, boleh pm k.fiezz kat facebook - FIEZA SANI.. Mana tahu kot korang nak ke Penang, cari homestay di Butterworth & nak elak ter booked homestay yang strict sangat ni. Idak lah k.fiezz tak bagi korang menginap kat sini. Kalau korang tak ada isu akan terlebih kuota, tak ada masalah. Cuma kalau korang dah tempah homestay kat sini, pastikan jangan bawa orang lebih dari kuota yang dibenarkan. 

To be honest, kat sini best. Rumah dia selesa, besar. Memang sesuai lah yang cuti beramai-ramai macam kitaorang ni. Cuma slack part security guard dia je. K.fiezz tak pasti lah samaada security guard yang mengada-ada strict entah apa-apa macam tu atau management yang arahkan. 

Tapi pengalaman k.fiezz & family yang dah bercuti banyak hotel/homestay kat Malaysia ni, tak pernah lah jumpa homestay yang strict betul macam ni. Terlebih kuota, tak boleh masuk. Aiyakkk..Kitaorang tahu lah nak arrange tempat tidur macamana. Lagipun yang datang semua satu family, datang nak bercuti bukannya kitaorang nak buat party rosakkan rumah.

Hope pihak pengurusan kondo & security strict  kalau yang datang daftar, nampak budak-budak remaja tapi kalau dah nampak yang datang dengan orang tua, budak-budak sah-sah lah family. Ater yang nak strict tak tentu hala macamtu dah kenapa?Haih, tak paham sis...

 Sebenornya tak tahu point kenapa dorang strict sangat macam tu. 

Rating penginapan kat sini - 4/5 (dalam rumah je). Security outtt...
Lokasi - Berdepan dengan 1 Restoran Nasi Kandar & sebelah kondo ada pasaraya untuk beli barang keperluan (makanan/minuman & lain-lain)..

Nak STRICT Tak Salah Tapi Biar Bertempat...

3 Comments

  1. strict jgk ya security dia. tp rumah dia nmpk best, besar, bersih dan selasa.

    ReplyDelete
  2. the place looks nice. but i agree kdg2 tu disebabkan satu benda je habis spoil mood

    ReplyDelete
  3. alaa potong betul la security tu kan. mama penah gak security strict tapi takdelah over mcm ni

    ReplyDelete