Macamana nak dapat kulit licin macam Korea?Kalau tengok cerita Korea, pelakon-pelakon dia muka bersih, licin. Jeles tengok. Walaupun kakak fiezz bukan lah peminat cerita Korea tapi kadang-kadang ada juga ter layan, suka betul tengok kulit pelakon-pelakon dia. Bersih gilerr weiii. Macamana lah nak dapat kulit licin macam Korea ni, kan?Bila tengok cerita Korea, perhatikan muka pelakon-pelakon dia. Jangan kata pelakon yang orang biasa pun kulit bersih, tak ada kedutan (yang dah berumur 30 ke atas), parut jerawat, jerawat. Eh jeles pula sis nengoknya. K.fiezz ni salah guna produk, mencanak-canak jerawat turun naik. Jangan kata nak kulit licin, nak pudarkan parut jerawat yang bertepek kat muka ni pun bercinta..Surut hat ni, naik hat tu pula. Adeh..Sabor je lah sis nengoknya. 

Ni sekarang k.fiezz stick guna cleanser, toner, moisturizer & sunscreen je. Arhhh serik nak tepek macam-macam. Padan muka kan. Gatal sangat pi cuba macam-macam. Hah, sekali rasakan..

Eh abaikan sis membebel pasal jerawat ni. Jom tengok sikit tips untuk dapat kulit licin macam Korea.

kulit licin macam korea

Sumber Gambar - Mr Google

TIPS NAK KULIT LICIN MACAM KOREA

Macamana yea cara nak dapat kulit bersih, glowing, licin macam orang Korea.  Ni cara paling simple & tak banyak langkah skincare nak kena buat. Sis loike simple-simple ni..

5 CARA SIMPLE UNTUK DAPAT KULIT LICIN MACAM KOREA

  • Wajib Guna Sunscreen

Orang-orang Korea ni memang dah terdidik dari kecil lagi wajib guna sunscreen. Mak-mak orang Korea ni dah ajar anak-anak diaorang untuk guna sunscreen dari kecil lagi. Sebab pakai sunscreen ni bukan setakat untuk melindungi kulit dari sunburn tapi juga untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh sebabkan hyperpigmentation, kerosakan kulit & penuaan pra-matang. 

Perkara paling penting bila guna sunscreen ni, setiap beberapa jam wajib re-apply semula sunscreen untuk lebih berkesan melindungi kulit kita. Kalau malas nak re-apply, serupa macam kita tak guna langsung. So nak kulit licin macam Korea rajin re-apply sunscreen setiap  2 jam sekali terutama dari pukul 12t/hari hingga 4 petang sebab masa ni kita banyak terdedah kepada sinaran UV. 

Di Korea, semua produk mekap mengandungi SPF & PA+++. 

  • Cushion Foundation

Orang Korea sangat-sangat menjaga penjagaan muka. Jadi kebanyakan cushion foundation di sana pakej dengan penjagaan muka untuk melembapkan kulit, berfungsi sebagai sunscreen juga (ada SPF) & anti penuaan. Cushion Foundation bukan setakat mekap tetap semi skincare  untuk menjaga kulit. 

Di Korea selain untuk menjaga kulit, fungsi utama cushion foundation ni untuk bagi kemasan mekap supaya nampak lebih natural

  • Hydration

Moto utama wanita di Korea bukan setakat  untuk dapatkan kulit yang licin tetapi juga nampak sempurna, cukup moist dan nampak awet muda. Untuk dapatkan hasil seperti ini, kena pastikan kulit cukup terhidrat.

Untuk dapatkan kulit yang cukup terhidrat, macam yang kita tahu kena buat berderet langkah penjagaan muka. Bagi yang sentiasa rushing & tak ada masa nak tepek segala benda pada muka, langkah paling mudah gunakan mist untuk pastikan kulit kita cukup terhidrat. Selepas spray mist, dap dapkan sikit loose powoder di kawasan mulut & hidung untuk nampak kulit licin dan glowing.

  • Double Cleansing

Wajib buat Double cleansing setiap malam sebelum tidur untuk pastikan semua kotoran, mekap di muka bersih.

Untuk double cleansing ni ada 2 langkah yang perlu dibuat menggunakan jenis cucian yang berbeza.  Satu - gunakan pencuci dari jenis minyak (cleansing balm oil)  untuk bersihkan mekap & diikuti dengan pencuci  muka biasa (water based) untuk bersihkan segala kotoran dan sisa mekap hingga ke lapisan kulit yang dalam dan sekali gus melembapkan kulit. 

  • Makan Makanan Sihat

Apa yang kita makan, hasilnya akan terserlah di luaran. Jadi untuk dapatkan kulit yang cantik, bukan setakat kita menitik beratkan dari luaran saja tetapi juga dalaman. Nak kulit cantik macam Korea, amalkan makan makanan yang berkhasiat untuk pastikan badan sihat & juga dapat berikan kesan kulit licin macam Korea.

Orang Korea suka makan Kimchi sejak dari diaorang kecil lagi. Jangan tak tahu Kimchi banyak khasiat juga. Termasuk dalam kategori makanan sihat sebab bahan-bahan dalam kimchi berfungsi sebagai anti-bakteria, mengandungi vitamin A dan lain-lain. 

Banyakkan juga minum air putih untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat serta jadikan rutin makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitamin C untuk dapatkan hasil kulit lebih sihat & dengan itu dapat membantu kita dapakan kulit licin macam Korea.

SONANG JE NAK DAPAT KULIT LICIN


Wahh tak lah susah pun nak dapat kulit licin macam Korea. Tak payah nak pakai macam-macam produk. Paling asas guna sunscreen yang lain jaga pemakanan serta jaga extra kebersihan muka dah boleh dapat kulit licin macam Korea. 

Caiyok caiyok k.fiezz. Moga berjaya kontrol nafsu makan & rajin buat double cleansing tu. hehe.  Sejenis tak boleh tengok makanan dan segala pencuci mulut. Kena control lepas ni untuk jaga kulit & jaga badan (perut muncit). hehe.  < Perut Buncit. Punca Dan Cara Nak Atasi Perut Buncit >Part buat double cleansing, memang sekarang k.fiezz praktikkan cara ni bila cuci muka. hehe. Nak kulit licin gitu..Kena lah rajin.. 

Nak Kulit Licin Macam Orang Korea...hehe...

5 Comments

  1. wah bagus fieza kongsi tips ni..thank you ya..:)

    ReplyDelete
  2. Suka tengok kulit muka korea . Licin bak kulit telur . Lelaki & perempuan sama jer skin diorang

    ReplyDelete
  3. Kita dari dulu kini & selamanya susah nak dapat kulit licin. Hu3.

    ReplyDelete
  4. suka tgk kulit org korea bersih aje.. boleh lah try tukar pemakanan lebih sihat dan pakai sunscreen

    ReplyDelete