Apa barang tudung saji klasik, kalau dah ada tudung saji moden ni. hehe. Eksen eksen..Tak ada yang lama, tak yang baru tau, k.fiezz oiiii. Haha. Gurau je. Dulu kita biasa tengok tudung saji klasik bentuk segitiga yang biasa opah & mak kita guna masa kita kecil. Sekarang bila time kita pula dah jadi isteri, mak benda ni menurun pula kat kita. Satu keperluan tudung saji ni sebab senang nak letak makanan yang dah masak. Bila nak makan, buka je tudung saji. Tadaa terhidang makanan. 

Kat rumah k.fiezz pun memang ada tudung saji. Cuma kat rumah k.fiezz, tudung saji moden yang jenis berlubang-lubang. Ikutkan terpengaruh nak beli tudung saji moden yang viral jenis bertingkat tu tapi duk KIV sebab k.fiezz was-was samaada semut boleh menembusi masuk tak kat dalam tudung saji moden ni. Jadi KIV dulu. 

MUDAH KERJA SIMPAN LAUK BILA GUNA TUDUNG SAJI

Mudahkan kerja-kerja kita juga sebagai isteri, ibu. Habis saja masak terus masukkan lauk-lauk dalam piring/pinggan & tutup dengan tudung saji. Tak payah nak kaut-kaut lagi bila time nak makan. Betul tak? Cuma tudung saji klasik yang dulu-dulu tu makan ruang atas meja, kan?Kalau tudung saji hat moden sikit macam kat rumah k.fiezz jenis berlubang. Okey tudung saji yang ni tapi..ada tapi..Semut, lipas boleh menyelit masuk kat celah-celah lubang tu. Eh sabor je lah sis..Kemain beria tutup piring yang ada makanan, sekali cik lipas & cik semut suka-suka hati masuk kat situ. Arhhhhhh stresss..

TUDUNG SAJI VIRAL BERTINGKAT

K.fiezz masa tengok tudung saji viral ni, memang dah berkenan benor. Jatuh cinta gitu. haha. #over tau. Cuma k.fiezz was-was nak beli sebab tak pasti semut boleh masuk ke idak dalam tudung saji viral bertingkat ni. K.fiezz nak beli point nya nak elakkan dari semut. Tapi kalau udah semut pun boleh masuk, buat apa nak beli?

K.fiezz ada tanya pendapat kawan kat facebook yang mana dah beli tudung saji viral ni. Ada seorang kawan blogger k.fiezz beritahu, 'yeaaa semut tetap boleh menyelit masuk dalam tudung saji viral bertingkat ni '.. Aiyakkk failed di situ. Ko dah kenapa semut, adeh.Terus cancel nak beli. K.fiezz tukar beli bekas simpan makanan jenis Neoflam. Boleh guna sekali bekas ni untuk panaskan lauk dalam microwave. Senang gitu.2 dalam 1 sekali.

Entry berkaitan < BEKAS NEOFLAM >

TERPENGARUH JUGA TUDUNG SAJI VIRAL 

Haha. Apa cer k.fiezz, ooiii?Macamana boleh terpengaruh ni?Kata tak mau. haha. Ceritanya baru ni belikan tudung saji viral bertingkat ni untuk hadiah  housewarming makcik mr hubby. Bila barang dah sampai tu, harus lah di belek-belek,kan. Eh berkenan pula weii. haha. Dasar..Sejenis cepat terpengaruh. Untuk makcik mr hubby, k.fiezz beli tudung saji viral yang 5 tingkat. Paling tinggi. Sesuai untuk family makcik mr hubby yang ada 4 orang. 

Macam k.fiezz & mr hubby ni, kitaorang berdua. K.fiezz masak paling banyak 2 jenis lauk je. Ater beli 3 tingkat je lah. Mr hubby pun suruh beli 3 tingkat je. Sebab kalau 5 tu nampak macam semak. Ni untuk rumah kitaorang yang kecil & ruang terhad untuk letak barang macam tudung saji viral ni.Kena fikir juga nak letak kat mana bila dah beli tudung saji viral bertingkat ni. Bila ada lauk nak simpan dalam tudung saji viral ni boleh letak atas meja. Tapi bila tak masak, nak letak kat mana pula weiii. Hah, jadi beli yang 3 tingkat je. Boleh selitkan kat mana-mana yang sesuai.

tudung saji moden, tudung saji klasik, tudung saji viral, tudung saji viral bertingkat

Sebelum ni kat ruangan ni k.fiezz letak bakul & stok-stok makanan. Sebab nak letak tudung saji viral ni bila tak guna, k.fiezz 5s & buang bakul. Stok2 makanan, k.fiezz letak dalam almari. Warna hitam sebelah tu, microwave. Sebelum ni kalau letak makanan atas ni, sekejapan je semut menyerang. Ni k.fiezz spray ubat semut kat area sini. Setakat ni tak nampak semut berkeliaran. 

REVIEW TUDUNG SAJI VIRAL 

So dah guna tudung saji viral bertingkat ni, acane k.fiezz?Best?Semut masuk ke idak?

Secara jujurnya best sebab jimat ruang atas meja. Cuma semut tetap boleh menyelit kat celah-celah tudung saji viral ni. Adeh kacau tau semut-semut ni. Rumah k.fiezz memang banyak semut. Sangat banyak yea. Pantang lah letak makanan atas meja atau atas microwave, sekejap je semut berjaya meloloskan diri dalam piring/pinggan yang penuh makanan tu. 

Mak mertua k.fiezz ada beritahu satu cara untuk elak semut masuk dalam tudung saji viral ni. Caranya letakkan bekas berisi air dibahagian bawah tudung saji ni. Bekas tu tak terlalu besar sangat. Besar sikit je dari saiz tudung saji ni. Nanti k.fiezz cuba dulu tengok letak atas meja, semut masuk ke idak. Atas microwave memang dah terbukti, semut-semut berjaya meloloskan diri. Atas meja, tak nampak lagi semut-semut ni berjaya meloloskan diri. Tapi kalau berjaya juga, baru k.fiezz cari bekas untuk isi air & letak bahagian bawah tudung saji ni. 

Buat masa sekarang apa yang k.fiezz buat untuk elakkan semut masuk dalam tudung saji ni?K.fiezz spray dulu tempat-tempat semut ni lalu & selalu merayap. Spray ni untuk menghapuskan semut-semut. K.fiezz ada buat sebelum ni & berjaya menghapuskan semut-semut buat sementara. Ni dah agak lama k.fiezz tak spray, semut-semut tu dah mula bermaharajalela kat rumah.

Overall untuk k.fiezz, puas hati ada tudung saji viral bertingkat ni. Atas meja nampak kemas & jimatkan ruang. Paling penting senang nak letak piring-piring berisi lauk. Bila nak makan, cakkkk (sambil tolak cermin tudung saji viral ni..hehe)..

Beli Kat Mana >> Tudung Saji Viral

5 Comments

  1. saya pun tengah pertimbang nak beli ke tidak ni hehe

    ReplyDelete
  2. berminat jugak nak beli tapi tu la bajet xckup lagi..hhihi

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni. Jimat ruang jugak

    Dah lama aim tapi tak beli lagi

    ReplyDelete
  4. Sama la...dah lama beli yang 4 tingkat...tapi tu la..kejap jer pakainya...memang bebas dari lalat tapi x bebas jugak sebab semut pun boleh masuk...ada satu pagi tu masa nak kemas...tengok2 cicak pun bleh masuk and mati dalam tu...aduyaiii...sejak tu dah jarang guna...letak roti ngan planta je skrg dalam tu...

    ReplyDelete
  5. dah lama masuk wishlist tapi tak beli lagi

    ReplyDelete