Haritu k.fiezz ada kongsi nak beli tudung saji viral yang jenis bertingkat-tingkat tu, kan. Korang boleh baca di sini << Nak Beli Ke Tak Tudung Saji Viral Yang Moden Ni >>. Tapi k.fiezz berfikir-fikir nak beli ke tidak sebabnya risau semut boleh masuk dalam tu dan bila tak guna, tak ada tempat nak simpan. Rumah k.fiezz kecil, uoll. Jadi tempat agak terhad. 

Kebetulan masa k.fiezz up status di facebook, ada kawan k.fiezz bagi cadangan untuk beli bekas kedap udara dari jenama Korea iaitu Neoflam. Masa tu pula ada promotion. Harga sebelum promotion seratus lebih. Lepas promo, dapat harga RM58 sahaja. Ada pula kod diskaun lagi kawan k.fiezz bagi, jadi lagi murah. 

Tapi elok k.fiezz nak beli lepas sehari berfikir, bekas kedap udara jenama Neoflam ni habis. Adeh. Sabar je lah. K.fiezz beritahu dengan member k.fiezz yang bagi cadangan untuk beli brand ni sebab rasanya dia agen. Dia cakap ada lagi promo, dia beritahu. 

So masa pertengahan bulan Februari, dia pm k.fiezz. Dia cakap bekas kedap udara Neoflam ni dah restock. Oh maiiii suka suka. Tapi k.fiezz tak terus beli. K.fiezz KIV dulu. Sebab bulan Februari haritu, gaji government dapat awal. K.fiezz takut terlajak guna. Jadi KIV sampai betul-betul hujung bulan Februari baru k.fiezz guna. Jadi 26hb baru k.fiezz beli bekas kedap udara Neoflam ni.

Semalam bekas kedap udara Neoflam ni dah sampai kat tangan. Yeay.. Excited weiii. 

Bekas Kedap Udaran Jenama Neoflam

Untuk korang yang tak pernah dengar, jenama Neoflam ni dari Korea & mempunyai cawangan di serata luar negara seperti Europe, Taiwan, Shanghai, Brazil, USA. Jenama Neoflam ni memang terkenal mengeluarkan segala peralatan yang moden dan tahan lasak macam bekas kedap udara ni. Selain tu ada juga pisau, periuk, kuali dan lain-lain 

Bekas kedap udara dari jenama Neoflam ni dibuat menggunakan kaca yang tahan lasak, di bahagian penutup ada ruang yang boleh mengekalkan kesegaran makanan dalam jangka masa lama. Bekas kedap udara ni lagi selamat dari bekas plastik bila dipanaskan dalam microwave

Penghantaran Yang Cepat & Pembungkusan Teliti


K.fiezz order 27hb Februari, hari Selasa 2hb Mac bekas kedap udara dah sampai kat tangan k.fiezz. Cepat & pantas proses penghantaran dia. Proses pembungkusan pun elok & teliti dari My Cooking Story, website yang mengedar & menjual jenama Neoflam di Malaysia. 

Pembungkusan barang order dari My Cooking Story ni memang elok & teliti sangat. Di luar kotak, ada sticker Fragile. Setiap bekas kedap udara di bungkus elok guna plastik yang jenis kembung tu untuk elakkan bekas ter pecah (tak tahu nama plastik kembung tu). Korang boleh tengok video bawah ni. K.fiezz ada buat unbox.

Bekas Kedap Udara, neoflam, my cooking story



Bekas Kedap Udara, neoflam, my cooking story

Ni arahan dari My Cooking Story sekiranya barang yang di terima ada masalah seperti pecah 

Kenapa K.fiezz Pilih Bekas Kedap Udara Neoflam ni?

Fikir punya fikir k.fiezz pilih bekas kedap udara dari tudung saji sebab nak jimatkan ruang dalam rumah. Kalau beli tudung saji tu bila tak pakai, tak ada tempat nak letak. Dah lah saiz dia besar. Bekas kedap udara ni senang nak simpan. Boleh letak je kat rak pinggan. Saiz tak besar empat-empat bekas kedap udara ni jadi sedang elok atas meja. Yang penting semut tak boleh tembus masuk dalam bekas kedap udara ni. hehe. Alhamdulillah atas meja makan pun dah berkurang semut sejak k.fiezz guna satu produk yang member cadangkan. Nanti k.fiezz share pasal ni. 

Berbalik pada topik bekas kedap udara Neoflam ni, k.fiezz pilih bekas kedap udara ni sebab mudahkan k.fiezz lepas masak boleh terus letak makanan dalam bekas ni. Nak panaskan pun terus je masuk dalam microwave sebab tahan panas. Kalau makanan tak habis pun, letak bekas kedap udara ni dalam petiais. Esoknya panaskan saja dalam microwave. Senang & jimat masa. 

Bekas Kedap Udara, neoflam, my cooking story

Lepas basuh semalam terus rasmi guna..hehe

Beli kat My Cooking Story

Kalau korang nak beli jenama Neoflam ni, korang boleh cari di My Cooking Story. Sekarang ada offer sepanjang bulan Mac. Bekas kedap udara macam k.fiezz beli ni ada offer 5 item RM68 saja untuk bulan Mac.  Hat k.fiezz beli ni masa offer 4 item RM58. Kalau korang grab untuk offer bulan Mac, korang dapat tambahan 1 bekas lagi. Jadi total 5 bekas. Untung sangat ni. Nak puasa ni, berguna bekas kedap udara ni untuk berbuka & bersahur. Time sahur, terus panaskan je dalam bekas kedap udara. Jimat masa. 

So Happy Shopping!!

4 Comments

  1. cantiknya bekas.. Macam tergoda pulak.. Misi membuang barang lama beli yang baru..hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ini lagi senang dari tudung saji kan, baru semut pun tak masuk, thank you sharing kak fiez :)

    ReplyDelete