Pencapaian blog k.fiezz untuk blog bulan November 2021. Suka bila dapat report dari Google Search Console ni. Hehe. Sebabnya boleh tengok apa keyword yang orang cari?Apa entry yang selalu orang baca. Jadi dari situ k.fiezz boleh improve atau tambahkan entry dengan niche entry yang lebih kurang sama.

So jom tengok perfomance blog k.fiezz untuk bulan November 2021.

PERFOMANCE BLOG BULAN NOVEMBER 2021

perfomance blog, google search console

Pencapaian keseluruhan untuk bulan November 2021


perfomance blog, google search console

Entry yang orang terjah di blog k.fiezz untuk bulan November 2021
Entry kecantikan, lifestyle & review filem 
 


perfomance blog, google search console

Keyword yang orang cari di Mr Google & jumpa blog k.fiezz. Tiga-tiga entry ni kat muka surat pertama mr google. 

perfomance blog, google search console

Sekarang semua duk mencari info pasal Retinol. K.fiezz pun salah seorang yang berminat nak cuba tapi tengah KIV dulu. 


perfomance blog, google search console

Makanan kesuburan untuk kaum lelaki. Berhasil atau tidak, terpulang pada rezeki. Yang penting, cuba..


KESUBURAN UNTUK LELAKI


Entry topik kesuburan untuk lelaki ni pun antara yang melekat di Mr Google. Ramai rupanya satu geng dengan k.fiezz & mr hubby yang masih mencuba untuk dapatkan baby sendiri. 

Bila google asyik tips makanan kesuburan untuk perempuan je.  Ehh mana aci, kan. Lelaki pun sama juga kena usaha sebab benih dari lelaki. Baik lelaki atau perempuan kena berusaha untuk dapatkan zuriat. Baru lah adil & saksama.


perfomance blog, google search console

Makanan. So bff dengan kita rakyat Malaysia. Hehe..Tips/petua memang antara carian popular kat Mr Google..So why not selit juga entry tips/petua. Hehe. Idak lah semua tips/petua k.fiezz tahu. Yang mana tahu, k.fiezz share kat blog. Untuk rujukan diri sendiri juga..


Melekat Entry Kecantikan. Yeayyy


Sebab k.fiezz memang suka berkongsi pasal kecantikan. K.fiezz cuba banyakkan entry kecantikan. Alhamdulillah ada melekat entry kecantikan kat Mr Google.  Boleh lah up entry topik ni selalu. hehe. Walaupun sis idak lah lawa pun, kulit pun biashe-biashe tapi sis seorang yang menjaga kecantikan. Terutama skincare. Baru berjinak-jinak juga benornya. hehe. Sebelum ni tak tahu pun kepentingan penjagaan muka. Ingatkan cuci muka dengan pencuci je dah cukup. Rupanya idak yea. Ada lagi langkah-langkah lain yang kena ambil tahu dan buat untuk dapatkan kulit yang sihat, cantik & bersih.

Ramai je yang macam k.fiezz tak tahu kepentingan penjagaan muka. Orang tak tahu, kena lah bagitau. Jadi up entry pasal langkah penjagaan muka. Bila dah tahu & buat langkah penjagaan muka, baru boleh ambil tahu apa lagi yang boleh kita buat untuk dapatkan kulit sihat, cantik & bersih. Contohnya macam guna retinol ni. 

Retinol?siapa tak tahu?Ada yang kenal ke?Hah, tak tahu. Google saja. Jumpa lah info pasal retinol contoh macam blog k.fiezz. hehe. 

Retinol ni antara langkah penjagaan muka untuk yang nak kulit cantik, anjal & flawless. K.fiezz pun baru tahu juga pasal retinol ni dari Tik Tok. Tertarik nak kongsi dalam blog untuk rujukan diri sendiri & orang lain yang berminat untuk cuba retinol. Bila tengok entry ni melekat dalam carian di Mr Google, ramai rupanya yang berminat juga dengan retinol. Memang topik retinol ni memang tengah hot kat Tik Tok. Jadi tulis lah pasal retinol sebab k.fiezz pun berminat cuma k.fiezz tengah KIV dulu..

So korang suka entry pasal apa? Meh komen. Boleh k.fiezz ambil idea dari situ juga. hehe..
`
Overall pencapaian blog untuk bulan November boleh tahan. Cuma kena perbaiki lagi untuk jadi lebih baik. Ewahh. hehe. Sis cuba. Jenuh juga kadang tu nak up entry apa uolls. Meh bagi idea sikit. Tapi k.fiezz suka sebab sekarang keyword yang melekat dah pelbagai berbanding dulu. Sebelum ni asyik melekat keyword pasal shopee je. haha. Nampak benor kaki shopping kat Shopee sebab suka up entry beli barang apa kat shopee. Sekarang ni dah banyak sikit keyword yang melekat selain dari shopee. Keep up the good work, k.fiezz (tepuk bahu sendiri). hehe. 


Good Perfomance for November 2021...

0 Comments