Minggu lepas makcik & sepupu mr hubby buat housewarming. Mr hubby suruh k.fiezz cari hadiah untuk housewarming yang bersesuaian. Adeh. Blur kejap weii. Tak pernah bagi hadiah untuk orang yang baru masuk rumah baru ni. Tak tahu lah hadiah apa yang sesuai. Kebetulan k.fiezz ada beli barang kat satu kedai dalam shopee. Ternampak kat kedai tu ada jual tempat simpan makanan bertingkat yang tengah hot sekarang ni & set senduk viral yang ramai lah orang perempuan tengah sakan membeli. K.fiezz minat juga set senduk viral ni tapi  sebab memikiorkan tak ada ruang nak letak kat dapur k.fiezz. Usah lah semak beli benda bukan-bukan. Sebenornya set senduk viral ni berguna je tapi kalau udah tak ada tempat nak letak, tak ke k.fiezz simpan. Bila dah bersimpan tu, faham je lah. Memang jarang lah nak pakainya sebab nak ambil pun susah. Dari semak kan rak pinggan / kabinet kat dapur yang memang sedia ada dah penuh dengan barang. K.fiezz cuci mata je lah tengok set senduk viral ni. Berkenan sebab dia datang dalam set pelbagai warna. Cantikkk.. Eh dah...duk cerita pasal set senduk viral ni pula.

HADIAH UNTUK HOUSEWARMING


Masa tengok dua barang ni, k.fiezz rasa macam sesuai je ni buat hadiah untuk housewarming bagi kat makcik dan sepupu mr hubby. So misi onzzz. K.fiezz beli tempat simpan makanan bertingkat ni untuk makcik mr hubby & set senduk viral untuk sepupu mr hubby. 

Okey lah kan.Masuk rumah baru, mesti guna barang-barang untuk dapur ni. Tapi masa nak beli kan tempat simpan makanan bertingkat untuk makcik mr hubby ni, k.fiezz was-was juga sebabnya takut makcik mr hubby dah ada. Haha. Kan orang tengah sakan beli ni sekarang. Mama (mak mertua k.fiezz) pun ada tempat simpan makanan bertingkat ni kat rumah. Itu yang k.fiezz jadi was-was nak beli untuk makcik mr hubby. Tapi biarkan lah di situ. Beli je lah. Kalau makcik mr hubby dah ada ni, tambah lah lagi satu. haha. Mana tau kot sesekali masak banyak ke, kan. hehe. 

Set senduk viral untuk sepupu mr hubby. K.fiezz rasa sesuai untuk sepupu mr hubby yang muda dari kitaorang ni. Kebanyakan yang suka set senduk viral ni orang muda-muda macam weolls ni, hah. haha..

hadiah untuk housewarming, tempat simpan makanan bertingkat, set senduk viral

Hadiah untuk housewarming - Tempat Simpan Makanan Bertingkat & Set Senduk Viral 


ATTEND HOUSEWARMING 


Minggu lepas attend housewarming makcik & sepupu mr hubby, kitaorang bagi hadiah-hadiah ni kat diaorang. Masuk rumah makcik mr hubby, try usya-usya kot ada tempat simpan makanan bertingkat ni kat atas meja atau dapur dia. Tengok macam tak ada. Okey, cun..hehe. Tapi kalau kata makcik mr hubby dah ada pun, hadiahnya dah beli, proceed je lah. Takkan nak sorok hadiah yang dah beli ni. haha. Kotak dia panjang weii sebab 5 tingkat. Memang ketara nampak. Tak boleh nak sorok. hehe. 

Lepas dah bagi hadiah, makcik mr hubby terus unbox hadiah, on request katanya dari tetamu yang lain (sedara-mara juga).. hehe. K.fiezz okey je. Bila makcik mr hubby tengok isi nya tempat simpan makanan bertingkat ni, memang excited. Sebab dia memang plan nak beli tapi belum beli lagi lah ceritanya. Baru niat nak beli, tetiba yang diidamkan dapat dalam bentuk hadiah. Hehe. Rezeki. Bila niat baik, baik lah yang kita dapat. Gitu..hehe.

Alhamdulillah housewarming makcik & sepupu mr hubby berjalan lancar. Makan-makan sempena masuk rumah baru. Cantik rumah diaorang. Ada kolam uolls. Lokasi rumah diaorang kat Setapak. Tengah KL uolls. Itu yang mahai reganya weiii..

Eh mesti korang macam tertanya-tanya, rumah makcik & sepupu mr hubby ni dekat ke?Iya..satu blok, tingkat je lain-lain. Makcik mr hubby tingkat 13A , sepupu mr hubby tingkat 31. Rumah makcik mr hubby tu kira okey lagi sebab rendah.  Sepupu mr hubby tingkat 31, gayat weiii. Nak tengok bawah pun seriau. 

TERPIKAT JUGA DENGAN TEMPAT SIMPAN MAKANAN BERTINGKAT NI

Duk beli untuk bagi hadiah kat makcik mr hubby. Sekali dengan k.fiezz tersangkut nak beli tempat simpan makanan bertingkat ni. Berkenan pula weii nengoknya. hehe. Duk belek-belek masa sampai kat rumah. 

Sebab udah berkenan benor ceritanya. Terus order satu untuk k.fiezz & mr hubby juga. hehe. Tapi k.fiezz pilih yang 3 tingkat je. Tak nak ambil yang tinggi sebab nampak macam semak. hehe.  Kitaorang berdua je kat rumah & k.fiezz pun setiap kali masak 1-2 jenis lauk je. Ada lah kadang-kadang bila mood rajin, sampai 3 lauk masak tapi tengok kerajinan. Tapi tak selalu. Jadi kira ngam lah k.fiezz beli tempat simpan makanan bertingkat ni yang 3 tingkat je. 

Nanti k.fiezz share next entry pasal tempat simpan makanan bertingkat ni yang k.fiezz punya pula. hehe. 


So kalau korang yang kebuntuan nak bagi hadiah untuk housewarming bila dapat jemputan dari keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan, ni antara hadiah yang sesuai untuk bagi. Orang berbudi kita berbahasa. Orang jemput datang ke rumah untuk makan sempena masuk rumah baru, kita bawa lah hadiah. Eh tapi bukan lah wajib pula tau. Ikut lah pada masing-masing. Ni k.fiezz saja share sebab kebetulan kitaorang beli hadiah untuk housewarming makcik & sepupu mr hubby. First time benornya bagi hadiah kat orang sempena masuk rumah baru. hehe. 

Sekarang nak cari hadiah, tak payah nak susah. Semua di hujung jari je konsepnya macam k.fiezz beli tempat simpan makanan bertingkat & set senduk viral ni. 

Link kedai kat Shopee -  

SET SENDUK VIRAL : https://shp.ee/frwvr67
TEMPAT SIMPAN MAKANAN BERTINGKAT : https://shp.ee/9sn9uk7

BELI KAT ORANG, SEKALI TERSANGKUT UNTUK DIRI SENDIRI...hehe...

1 Comments