Siapa ada masalah buang angin? Kita tak geng. hehe. K.fiezz alhamdulillah part buang angin ni sangat lancar. hehe. Mr hubby siap jeles lah bila dengar k.fiezz sendawa atau kentut. haha. Part sendawa tu paling win. K.fiezz badan je kecil tau tapi bila sendawa macam orang yang saiz besar. Mr hubby pula terbalik. susah nak sendawa atau kentut. Kalau sendawa pun, halah halah comel je bunyi dia. haha. 

PUNCA MASALAH BUANG ANGIN


Jom kita tengok sikit apa masalah buang angin ni. Punca masalah buang angin ni dari segi pemakanan & sistem penghadaman kita. Ramai yang alami masalah sama ni cuma samada kita dalam kategori senang keluar angin atau tidak dari badan. 

Macam k.fiezz dalam kategori senang kentut dan juga senang sendawa. Tapi ada yang mengalami masalah penghadaman sampai susah untuk keluarkan angin baik dari badan dengan cara sendawa ataupun kentut. Mr hubby dalam kategori yang susah untuk keluarkan angin dari badan. Tak kisah sendawa ataupun kentut. 

Sebab itu mr hubby selalu kembung perut, badan lemah, loya dan juga muntah. Simptom yang biasa dialami oleh orang yang alami masalah buang angin. Punca kembung perut disebabkan angin yang disimpan dalam usus disekat & tak boleh dikeluarkan. Bagi yang alami masalah ini, akan sebabkan aktiviti harian terganggu sebabkan jadi tak selesa pada badan. 

Disebabkan masalah buang angin ni dah jadi satu penyakit yang biasa dalam masyarakat, meh kita tengok sikit beberapa tips/petua untuk mengatasi masalah buang angin dalam badan yang boleh dibuat. Tips/petua ni ada yang secara tradisional dan juga moden iaitu melalui senaman. 

TIPS/PETUA MENGATASI MASALAH BUANG ANGIN

  • AMALKAN VITAMIN C

Vitamin C boleh membantu buang angin dalam badan sebab tingkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan bertambah & kita boleh rasa badan lebih sihat.

Selain dari makanan tambahan yang mengandungi vitamin C yang banyak di pasaran, kita boleh juga ambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

**k.fiezz memang amalkan pengambilan vitamin C setiap hari. hehe. Mungkin ni antara sebab k.fiezz mudah sendawa ataupun kentut dengan lancar. hehe. 

  • MINUMAN HALIA
Petua mengatasi masalah buang angin paling senang & selalu diamalkan. Lagi pula sekarang ni banyak minuman berasaskan halia yang ada di pasaran.

Nak buat minuman halia yang asli pun boleh juga. Lebih berkesan untuk masalah buang angin dalam badan. 

Campurkan  lemon & madu dalam air halia yang telah direndam untuk bantu masalah penghadaman & masalah angin dalam badan.

mengatasi masalah buang angin, masalah buang angin, air limau halia

K.fiezz buat air halia limau ni sebab mr hubby ada masalah buang angin. K.fiezz guna halia + limau kasturi + madu. Halia tu k.fiezz rendam kejap sampai air dah suam-suam. Lepas tu tambah limau & madu. Yummy...hehe..Eh sapa yang nak minum ni?Mr hubby ke, k.fiezz?hehe

K.fiezz saja minum sikit. Sedap weiii. hehe. Lepas minum, k.fiezz yang sakan duk sendawa lah kentut lah. hehe. Mr hubby rilex tak ada apa-apa. Sabor je lah. Tebal betul perut tak ada effect apa kat mr hubby. haha. 

  • MAKAN BAWANG PUTIH
Kandungan dalam bawang putih boleh mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.  Ambil seulas bawang putih sederhana besar & makan mentah. Nanti badan kita akan jadi panas & angin keluar sikit demi sikit. Lepas dah keluar angin dalam badan, rasa mual & pening beransur hilang. 

Satu lagi cara -  ambil 5 ulas bawang putih & bakar (jangan sampai hangus). Lepas dah sejuk sikit, makan bawang putih tersebut. Nanti angin akan keluar sikit demi sikit.

  • GOSOK/GARU DUIT SYILING 
Tips yang agak menarik ni. Gosok/garu duit syiling pada bahagian badan. Cara ini akan buatkan liang kulit badan terbuka. 

Cara ni dah lama diamalkan sebab berkesan untuk mengatasi masalah buang angin dalam badan. Selain dari boleh keluarkan angin dalam badan, gosok/garu duit syiling pada badan boleh longgarkan otot dan urat yang tegang pada badan kita.

Mungkin ada yang tak setuju cara ini sebabkan kesan garu pada liang kulit jadi lebih besar & angin dalam badan jadi lebih teruk. Tapi ramai yang suka sebab cara ini berkesan untuk mengatasi masalah buang angin dalam badan. 

  • BERSENAM
Punca ramai yang ada masalah buang angin sebab kurang lakukan aktiviti atau pergerakan. Bersenam salah satu cara untuk keluarkan peluh & melenturkan otot-otot dalam badan tak terlalu tegang.

Cara yang ni k.fiezz akui memang berkesan sebab k.fiezz bersenam (tak lah selalu. hehe). Masa tengah bersenam, angin menderu-deru keluar. Sendawa lah kentut lah. Serius memang syok gila sendawa / kentut masa bersenam. Rasa berhasil buat senaman. hehe

ATASI MASALAH BUANG ANGIN


Jadi kalau korang ada masalah buang angin, boleh cuba praktikkan mana-mana tips/petua di atas ni. Ada 2 antara senarai atas ni, k.fiezz cuba buat & memang menampakkan hasil. 


TAK BUANG ANGIN PUN MASALAH JUGA TAU...hehe

5 Comments

  1. semoga selesai masalah mereka yang perut berangin

    ReplyDelete
  2. halia memang bagus untuk buang angin...termasuk halia hitam

    ReplyDelete
  3. Ammi kalau kentut tu insyaallah berlumba2 ngna husband. Bab sendawa tu yg payah nak kluar...

    ReplyDelete
  4. Halia memang betul-betul berkesan. sebab tu kalau orang berpantang, kena banyak makan / minum minuman yang ada halia

    ReplyDelete
  5. Tq kak fieza,share tips buang angin dalam badan . Tgk air limau halia tu bukan sekadar buang angin dalam bdn je . Pakej sekali detoks dlm badan juga tu

    ReplyDelete