Cuba resipi baru,uollls. Idea masak sotong paprik dari mr hubby. Blur kadang nak masak apa. Pagi-pagi sebelum keluar gi kerja, k.fiezz dah keluarkan dulu bahan nak masak untuk makan malam. Cuma kadang tu kebuntuan nak masak apa dengan bahan yang k.fiezz keluarkan tu. haha. Itu yang kadang tanya idea mr hubby macam ni. So ni idea baru dari mr hubby, masak sotong paprik. K.fiezz tak pernah masak sotong paprik tapi bila mr hubby bagi idea. Baik...Sis cuba. Resipi sotong paprik, as usual mr google kan ada. hehe. Semua di hujung jari je, apa ada hal. hehe.  K.fiezz cari resipi masak sotong paprik simple mimple je. Bila masak di hari kerja, nak masak renyah-renyah tak berapa nak rajin. hehe.

Resipi sotong paprik simple yang k.fiezz guna ni pun ada bahan kurang. Resipi asal ada beberapa bahan lain tapi k.fiezz guna apa yang ada dalam peti ais masa nak masak sotong paprik ni semalam. Malas pening-pening nak cari. Yang penting bahan utama & sos-sos yang nak digunakan ada. 

Let's check it out resipi sotong paprik simple mimple ni. 


Resipi Sotong Paprik Simple


Bahan-Bahan :
  • Sotong (di potong bulat) - Kuantiti terpulang
  • 3 ulas bawang putih (ketuk dan cincang kasar)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 1 batang serai(ketuk)
  • 3 sudu besar cili kisar 
  • 4 helai daun limau purut 
  • 6 biji cili padi (ketuk)
  • Kacang panjang **tak ada stok
  • Jagung kecil **tak ada stok
  • Bunga kubis
  • Lobak Merah 
  • sedikit minyak, untuk menumis
  • Bahan untuk sos:
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 1-2 sudu besar kicap pekat manis
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili

Sotong paprik ,sotong paprik simple

Tak berapa nak nampak sotongnya. hehe. Meriah dengan bunga kobis. haha. 

Cara Masak :-


  1. Panaskan minyak. 
  2. Kemudian tumis bawang putih &  halia. Agak dah kekuningan, masukkan serai dan cili kisar. K.fiezz tambah sikit air. Lepas tu kacau-kacau bagi semua bahan sekata. Biarkan sekejap sampai naik minyak. 
  3. Nampak dah pecah minyak dan naik bau, masukkan sotong.
  4. Diikuti daun limau purut, cili padi dan sayur seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung (baby corn) dan lobak merah. 
  5. Kemudian masukkan  sos-sos dan kacau sampai masak. Tambah air sikit kalau nampak kuah agak kering.

Tips:

  • Untuk kuah, agak-agak lah yea mengikut citarasa sendiri. Nampak kuah sikit, tambahkan lagi sos-sos. 
  • Sotong jangan masak lama benor sebab nanti jadi liat. Boleh masukkan sayur dulu. Sayur dah empuk, baru letak sotong.

Sedap Ke Sotong Paprik?


Macam makan kat kedai. Ewah. haha. #perasan. Overall rasa sotong paprik ni sedap. Ikut tekak k.fiezz & mr hubby lulus. Mr hubby siap ratah lah sotong. Sedap lah tu maksudnya. Kalau idak, tak ada nya mr hubby nak ratah. hehe.

Resipi sotong paprik simple ni lulus untuk ulang masak selalu. hehe. Biasalah hari kerja masak yang senang & cepat siap. hehe

SELAMAT MENCUBA!!

3 Comments

  1. sedapnya sotong, td dgr kt radio harga sotong dah naik

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kita lepas 2hb nanti la baru boleh makan seafood semula..hehhe

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala tukar kepada sotong sedap juga .

    ReplyDelete