Bertugas Jadi Pembuka Tender
Minggu lepas k.fiezz & seorang pegawai bahagian di tempat k.fiezz kena bertugas untuk jadi pembuka tender di JKR Wilayah. Mula-mula macam tak puas hati juga. Eh kenapa PA kena jadi pembuka tender. Faham lah kan PA jaga bos. Macamana nak jadi pembuka tender sebab PA kena sentiasa ada kat tempat. Orang telefon lah, orang nak jumpa bos lah, surat masuk lagi. Banyak lah kerja. Bukan setakat duduk goyang kaki je kat tempat. Kalau setuju jadi pembuka tender, udah kena cari pula sesiapa untuk cover tempat k.fiezz.
Tapi kebetulan minggu lepas bos k.fiezz tak masuk pejabat sebab tengah kuarantin. Dia baru balik dari luar negeri. Sejak COVID ni, prosedur sekarang sampai je ke Malaysia dari luar negeri kena kuarantin & buat swab test dulu sebelum masuk ke pejabat. Sebabkan bos tak ada, tak payah lah k.fiezz nak cari sesiapa cover tempat sementara k.fiezz bertugas jadi pembuka tender.
SETUJU JADI PEMBUKA TENDER
Sebabkan bos k.fiezz tak ada masa tarikh yang k.fiezz kena bertugas jadi pembuka tender, k.fiezz setuju jadi pembuka tender masa urusetia call tanya persetujuan. Mula-mula argue juga dengan urusetia bila tahu kena jadi pembuka tender kat JKR Wilayah di Sunway Putra Tower (dekat dengan PWTC). K.fiezz argue tu sebab sis mana reti drive weiii. Sedap je urusetia cakap guna lah kenderaan jabatan. Betullah tu tapi kena check dulu sebab takut ada bos atau pegawai-pegawai tempat k.fiezz nak guna. Sis gred beshe-beshe je. Kalau ada bos atau pegawai nak guna tarikh yang sama, sis kena beralah lah jawabnya.
Bila check dengan admin tempat k.fiezz, tarikh yang k.fiezz nak tu tak ada siapa guna kereta. Jadi admin suruh isi borang & booked tarikh yang k.fiezz nak. Setel part kereta. kalau tak ada kenderaan, memang tak koser lah k.fiezz nak bertugas kat situ. Kena naik grab pula. Tak tahu lah boleh claim ke idak. Banyak pula kerja nak kena check, isi borang claim bagai. Nasib ada kereta pejabat.
BERTUGAS JADI PEMBUKA TENDER
So Selasa lepas k.fiezz & pegawai tempat k.fiezz bertugas jadi pembuka tender. K.fiezz ahli & pegawai k.fiezz pengerusi.
Masa sampai-sampai kat situ, tengok atas meja ada dokumen-dokumen tender. Tak banyak pun. Dah lega di situ. Boleh siapkan sebelum lunch. Kebetulan pegawai k.fiezz pula ada hal pukul 12t/hari. Dia kena ke Putrajaya ambil dokumen.
Sekali sangkaan kitaorang meleset weii.
Tak lama lepas tu urusetia tolak troli yang saiz besar masuk dalam bilik tempat untuk semak tender. Terkejut kitaorang tengok...
Ni dia dokumen-dokumen tender yang kitaorang kena buka. Weiiii, bertingkat-tingkat sampul surat.
K.fiezz pernah lah bertugas jadi pembuka tender di Kementerian. Masa jadi pembuka tender kat Kementerian tempat k.fiezz kerja. semua dokumen-dokumen tender dah dibuka dari dalam sampul. Urusetia dah siap tanda mukasurat yang kitaorang (pembuka tender) kena check. K.fiezz assume jadi pembuka tender kat JKR ni sama lah. Sekali tu diaaa..Buka lah heiiii sampul surat yang bertingkat-tingkat ada dokumen tender tu.
Total dokumen tender - 52.
Mak aihhh serik rasa nak jadi pembuka tender JKR lain kali. haha. Pegawai k.fiezz cakap, first time dia jadi pembuka tender banyak kerja. haha. Iya..k.fiezz & pegawai k.fiezz bergilir-gilir buka dokumen tender dari dalam sampul surat & cari mukasurat yang kitaorang kena semak. Dokumen tender bukan nipis tau. Semua tebal-tebal weiii. Jenuh nak mencari mukasurat satu hal, lepas tu kena check betul ke tak detail dalam dokumen tender tu. Uiii berpinar mata.
Siap semua pukul 4.40ptg. Mengadap menda alah ni dari 9.00pg. Total dokumen tender 52. Tengok angka macam sikit tapi banyak kerja weiii. Kena buka dari dalam sampul. Cari mukasurat untuk disemak, lepas tu kena tulis dalam form nama syarikat & detail berkaitan tender. Lenguh tangan. hehe
Tak apalah kita fikir dari sudut positif, belajar benda baru. #ayatsedapkanhati. haha.
Jadi pembuka tender ni bukan tugas hakiki tau. Sat gi ada pula yang dm/pm k.fiezz. haha. Pembuka tender ni urusetia akan cari kakitangan dan pegawai untuk bergilir jadi pembuka tender. Terpulang pada kita nak atau tidak. Kalau nak, beritahu lah masa urusetia call tu, kita setuju. Kalau tak nak, beritahu juga lah tapi kalau menolak yang ni, lain kali diaorang akan call lagi sebab diaorang dah siap ada jadual penggiliran benornya. Cuma dia nak tanya persetujuan kita je. Kalau kita tak free tarikh yang diaorang dah cadangkan, nanti urusetia akan switch dengan orang lain. Itu yang point nya kena terima juga lah. hehe
Pengalaman Jadi Pembuka Tender...
8 Comments
Tudiaaa...tengok bertingkat-tingkat macam tu pun dah sakit kepala. Belum buka tengok lagi.Hu3.
ReplyDeleteiya syu...pening kejap masa tengok bertingkat2 sampul surat dokumen tender ni...
Deletedulu masa kerja..slalu ikut engineer g jkr kl..buat penilaian n plih petender yang berkelayakan..cik nor bantu skit2 jer..engineer smua yang buat..haha
ReplyDeleteni kitaorang berganding bahu cik nor sebab nak bagi cepat siap. kalau harapkan saya je yang buka semua sampul tu mmg ambik masa.
Deletemakk aihh. boleh tahan
ReplyDeletetender guna online lagi mudah kot..
ReplyDeletekalau manual begini macam banyak kerja
Mak aiiiiii...banyaknyaaaaaaa
ReplyDeleteAt least ada pengalaman baru untuk kak fieza . Tp tu la banyak betul surat2 tu
ReplyDelete