Yeay.. Dpt dh kf94 mask.Ingat tak dalam entry sebelum ni, k.fiezz ada beritahu beli mask 3 ply + kf94 mask dari satu kedai kat shopee, yang sampai 3 ply je. Sabor je lah sis. Bukan main excited nak try kf94 mask ni, sekali mask tertinggal atau pun dah habis stok kat seller. Tak pasti lah yang mana satu sebab masa k.fiezz chat dengan seller, dia tak beritahu reason kf94 mask tak masuk dalam parcel. 

Entry berkaitan <REQUEST REFUND>

Nasib baik dapat refund dari kedai tu. Kalau idak, ada juga yang kena amuk dengan sis. Walaupun 8 hengget, duit juga tu. 

KF94 MASK MURAH


Ada hikmah beli kf94 mask dari kedai yang pertama tak dapat mask nya. Lepas dah dapat refund dari kedai pertama tu, k.fiezz cari kf94 mask dari kedai lain & dapat harga lagi murah. Banyak je kedai-kedai lain yang jual kf94 mask ni cuma harga tu beza. Ada kedai jual mahal, ada kedai jual murah. Pening juga lah nak mencari yang mana rasa okey. Takut lah harga murah tapi mask nipis. Sebab ada review yang k.fiezz baca kat sesetengah kedai, customer komplen kf94 mask yang diterima nipis. 

Jadi was-was bila baca review  / rating dari customer yang dah beli dari kedai-kedai jual kf94 mask ni. 

Cari punya cari, k.fiezz jumpa satu seller di shopee yang jual kf94 mask dengan harga lebih murah dari kedai pertama yang k.fiezz tak terima mask tu.

kf94 mask ni dah siap packaging 10 keping. Harga kf94 mask ni kat kedai 1st yang tak dapat tu, RM4.46 / 1 pek - 10 keping. Kat kedai kedua yang k .fiezz beli ni RM3.75 /  1 pek - 10 keping. 

Harus lah untung beli kat kedai yang kedua kan. Jimat sikit. Ada hikmah,mask dari kedai pertama tak dapat. hehe. Jadi kalau beli online & tak dapat barang tu jangan sedih tau. Minta refund & cari kat kedai lain yang jual barang sama. Kalau rezeki, dapat yang lagi murah dari sebelum. Macam k.fiezz ni. hehe. Masa beli kat kedai pertama tu, k.fiezz beli 2 pek je. Tapi kat kedai kedua ni, k.fiezz beli 5 pek - 50 keping sebab harga dia murah sikit. hehe. 


kf94 mask, harga kf94

Saja beli 5 pek dulu sebab nak try okey ke idak kf94 mask ni. Kalau selesa, nanti boleh top up lagi. 

SELESA TAK KF94 MASK

Dah dapat kf94 mask ni, so acane selesa ke idak? 

Serius selesa sangat wei. Pakai kf94 mask ni memang elok dia tutup penuh kat kawasan  hidung sampai ke bawah dagu. Mask ni ada 3 bahagian. Bila nak pakai tarik je bahagian atas untuk tutup kawasan hidung, bahagian tengah di sekitar mulut & bahagian bawah untuk tutup kawasan dagu ke  bawah. Memang elok terletak & tak ada ruang di kiri kanan macam pakai 3 ply mask. Lepas tu bila dah pakai tu, mask tak kena sangat kawasan mulut. Ada lah juga terkena lipstick kat mask tapi tak sepenuhnya. Sikit je. Lagi satu pakai kf94 mask ni, tak payah pakai double mask sebab memang dia tutup elok kawasan hidung sampai ke dagu. 

Overall memang selesa kf94 mask ni ikut personal opinion k.fiezz. Selain dari tu k.fiezz suka design kf94 mask ni sebab nampak stylo gitu. Maklumlah sekarang ke mana-mana kena pakai mask, jadi kena lah pakai mask yang nampak cantik juga. hehe. K.fiezz lah.Orang lain tak pasti. 


kf94 mask, harga kf94

Harga kf94 mask ni mahal sikit berbanding 3ply mask, itu yang mr hubby tak berapa gemor nak beli yang ni. hehe.Tapi tak kisah lah kan sebab sis suka yang cantik-cantik. Hat cantik ni memang mahal sikit. K.fiezz beli kf94 mask ni pun pakai time kerja je. Bila time keluar jalan-jalan atau pi kedai, turun beli barang ke pakai yang 3 ply mask. Saja gedik nak cuba kf94 mask ni sebab member ofis ramai pakai yang ni. Berkenan pula sis nengoknya. Macam k.fiezz cakap tadi, mula-mula berkenan kf94 mask ni sebab design dia lawo. Tertarik nak cuba.  Dah cuba, jatuh hati pula. Eh. Kena kira bajet ni tiap bulan kena keluar lebih sikit RM nak top up kf94 mask ni. hehe. 

Korang pula suka mask yang mana?

Nak Beli  KF94 MASK MURAH. Klik link. 

SENTIASA JAGA SOP &  PAKAI MASK !!!

4 Comments

  1. Kita ada beli juga KF94 ni tapi dari seller lain. Bila pakai makin jerebu ya kaca mata kita hahaha ingatkan melekat elok. Tapi mcm ada ruang juga dkt hiung tu. kena cari alternatif lain. Streeessssss ilerr pakai mask lepastu spekmata berkabus teballll

    ReplyDelete