Hasil duit Adsense kali kedua, k.fiezz reward Samsung Tab A7 untuk diri sendiri. Memang k.fiezz dah plan duit adsense kali ni nak beli tab. Satu - nak bagi nampak lah hasil blogging k.fiezz, beli something yang bila tengok, tahu benda tu dapat dari duit blogging. Kedua untuk senangkan kerja blogging k.fiezz. Kadang malas nak buka laptop. Lagipun duk buka laptop, elektrik berjalan sebab laptop k.fiezz tak ada bateri.  

Entry  berkaitan <Adsense Kali Ke-2>

Macam tab ni, charge sampai penuh. Lepas tu boleh guna bila-bila masa. Dalam bilik, kat sofa sambil tengok tv, sambil duduk kat meja makan. Senang lah ceritanya nak bawa ke hulu hilir dalam rumah. Tak payah nak connect dengan elektrik. Nak caj je baru cari elektrik. hehe. 

CADANG NAK USYA TAB KAT LOW YAT


Kebetulan minggu lepas masa cuti hari Merdeka, mr hubby ajak ke Low Yat. Dia nak beli barang dia. Tempat favourite mr hubby, kan. Jadi ikut saja, pakej lah jalan-jalan sekali cuci mata. Duk terperuk kat rumah & ulang alik rumah pejabat. Dah rasa macam tak berkembang minda. haha. 

Jadi dah kebetulan ke situ, k.fiezz cakap dengan mr hubby nak usya tab. Idak lah cari tab yang mahal pun. Yang murah-murah je, sepadan dengan bajet k.fiezz. 

Lepas beli barang mr hubby, misi mencari tab yang bersesuaian. Masuk dalam Samsung,  Mula nak tengok-tengok je kat situ. Lepas tu Mr hubby cakap beli tab kat situ je lah. Duk usya Samsung Tab A7 ni. Tengok harga okey la. Kena tambah sikit. Jadi proceed beli kat situ saja. Penat pun iya juga nak pusing-pusing dalam Low Yat tu. Okey je lah beli kat situ. Kedai lain pun lebih kurang je harga dia. Samaada murah atau mahal sikit. 

Lepas lama berpikior nak ambil yang mana? K.fiezz pilih Samsung Tab A7 saiz 10.4 inci ni menggunakan WIFI saja. Harga RM899. Kalau yang guna sim kad, harga 1k something. Payah pula nak kena top up bagai. Sat gi lupa je nak top up. Udah lah k.fiezz ni memang pelupa semedang. haha. Fikir punya fikir, pilih yang pakai WIFI je lah. Bila keluar cuti-cuti atau balik kampung, bawa tab ni boleh connect internet dengan handphone k.fiezz.

Pakej beli Samsung Tab A7 ni k.fiezz  dapat free screen protector saja. Casing / cover tab kena tambah RM50 (dia bagi kurang RM40). Mula ingat nak beli kat situ je tapi warna tak menarik. Tinggal warna biru je. Tak mau lah. K.fiezz nak warna hitam. Jadi cari cover tab ni kat kedai lain. Dapat lagi murah, RM25 saja. 

Nak beli Wireless Keyboard Bluetooth, klik SINI

Samsung Tab A7

Spesifikasi Samsung TAB A7

K.fiezz tak pandai sangat nak explain spesifikasi Samsung Tab A7. Korang boleh rujuk bawah ni detail dari Mr Google. 

TAB A7 (3GB+32GB) wifi only
8MP Rear Camera; 5MP Front Camera
10.4" Display
TFT Capacitive Touchscreen 16M Colors
Qualcomm Snapdragon 662 (11nm) Octa-core
Quad Stereo Speakers
3GB RAM , 32GB ROM
Micro SD up to 1TB
7040 mAh Battery
Fast Battery Charging 15W
WIFI Version

Best Tak Samsung Tab A7

Best. Bateri dia tahan 2-3 hari lebih kurang tapi bukan lah sampai dah tinggal 0%. Ada tinggal dalam 40%, lepas tu k.fiezz akan caj. Sejak dah ada Samsung Tab A7 ni K.fiezz memang guna dengan kerap sebab duk buka facebook, update blog, scroll shopee & senang cerita, bila tiap kali handphone k.fiezz caj memang kerap lah k.fiezz guna tab ni. Jadi bateri dia boleh bertahan 2 hari atau paling lama 3 hari untuk k.fiezz okey lah tu.  Bateri tu idak lah maksudnya dalam 2-3 hari tu betul-betul dah kosong. Dalam masa beberapa hari tu, bateri dah kurang dari separuh, k.fiezz terus caj. Hehe. K.fiezz ada habit sikit, tak boleh tengok bateri kurang dari tu. Laju-laju caj. hehe. 

Samsung Tab A7 ni pun senang nak connect dengan wireless bluetooth keyboard k.fiezz berbanding handphone k.fiezz. Kalau nak connect handphone & wireless bluetooth keyboard, berapa kali cuba baru berjaya. Dengan Samsung Tab A7 ni, sekali je dah boleh connect. Memang bagus betul kerjasama tab & wireless kebyoard. Senang kerja k.fiezz nak menaip entry blog. Laju sis menaip blog guna dua-dua ni, tau. hehe. Ooo lupa nak inform Wireless bluetooth keyboard ni, memang k.fiezz dah ada. Beli dari Shopee. Bukan datang sekali dengan Samsung Tab A7 ni tau. Takut ada yang salah faham. 

Saiz Samsung Tab A7 ni 10.4 inci, memang besar. Puas hati tengok gambar, tulisan besar. hehe. Maklumlah dah berusia. Haha. Tak baper nak nampak tulisan kalau kecil comel. 

Untuk update blog, k.fiezz guna dari browser. Bukan aplikasi blogger. Macam laptop gitu. Samsung Tab A7 ni ala mini laptop untuk k.fiezz. 

Rating untuk Samsung Tab A7 ni, k.fiezz bagi 9/10. Puas hati.

Moga makin rajin update blog dah ada Samsung Tab A7 ni. hehe.

SAMSUNG TAB A7,LOVE YOU!!!

9 Comments

  1. menariknya, ok start menabung jugaklah

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kak fieza lagi semangat nak update blog . Tahniah kak fieza dh dapat tab hasil duit blog . Hari tu ccl ada juga usha2 nak beli tab .. Masih memikir tak tahu nak beli yang mana

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah masyuk...
    semoga cash out kali ke-3 lagi bertambah masyuk.

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaa tab
    Rabia tgh tunggu no pin sampai ke rumah rabia
    Teringin jugak nak beli tab
    Sebab sebelum ni dh pakai tab . tp rosak .

    ReplyDelete
  5. Macam nak beli yang ni. Tapi bila tengok ipad, berkenan ipad pulak😂

    ReplyDelete
  6. tahniah
    Alhamdulillah dpt reward, utk diri sendiri bestnya

    ReplyDelete
  7. Menarik juga... tapi samsung Tab ni memang tahan... bateri pun tahan... sy pernah beli tahun 2012, tahun ni baru dah nazak tu pun sebab anak hempas... haha...

    ReplyDelete
  8. tahniah k.fiezz. lg best sbb hasil blogging kan..

    ReplyDelete