Percubaan masak resipi sup ayam sihat minggu lepas. Mr hubby nak menu untuk diet katanya. Halah k.fiezz failed betul kalau menu sihat ni tau sebab tak reti nak masak apa. Dah la masak resipi diet sihat ni banyak tak boleh guna dalam masakan macam sos-sos, minyak masak, kicap, kiub, serbuk perasa & lain-lain. Banyak lah lagi, ni antaranya yang k.fiezz tahu. Tengok senarai tu, failed tau sebab semua k.fiezz guna dalam masakan. Tapi sebab mr hubby nak menu sihat sekarang ni, cari juga resipi diet sihat kat Mr Google. K.fiezz terjumpa satu blog ni yang kongsi resipi-resipi diet sihat dari Coach pakar kesihatan. K.fiezz tengok satu per satu semua resipi diet sihat yang dikongsi dalam blog tu. Nampak senang resipi-resipinya. Jadi jom lah try salah satu resipi diet sihat iaitu sup ayam sihat. Hah, semua sihat-sihat lah ayat belakangnya. haha. 

Senang je masak resipi sup ayam sihat yang coach tu kongsikan. K.fiezz cuba satu per satu dulu, yang lain-lain, sabar. Sila beratur. Nanti sis cuba, hokay. No worry. Maklumlah dah berusia ni nak amalkan makanan sihat gitu. hehe. 

RESIPI SUP AYAM SIHAT


Betul ke senang resipi sup ayam sihat dari coach tu. Meh k.fiezz tunjuk cara dia. Bila dah cuba masak resipi ni, serius senang je. Tak payah nak menumis bagai. Semua campak je dalam periuk, lepas tu biar sampai masak. Rasa sihat pun sihat sebab tak guna sebarang minyak. Ewah. kemain, baru je berjinak-jinak buat menu resipi diet sihat k.fiezz ooii..Feeling macam dah bertahun makan makanan seimbang. haha. 

Eh banyak lak k.fiezz ni membebel, jom tengok resipi sup ayam sihat ni.

resipi sup ayam sihat,sup ayam sihat,resipi diet sihat,

BAHAN SUP AYAM SIHAT

  • Ayam (guna bahagian dada - kalau boleh)
  • 2 ulas Bawang Putih *kisar
  • 2 biji Bawang Merah Besar *sebiji kisar & sebiji potong bulat
  • Sikit Halia *kisar
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Kentang (k.fiezz potong 4)
  • Lobak Merah (boleh guna kalau ada)
  • 1 sk Lada hitam *kisar
  • Garam
  • Daun Sup & Daun Bawang (hiasan)

CARA MASAK SUP AYAM SIHAT

  1. Ayam potong kecil-kecil & kemudian direbus dahulu.
  2. Nampak ayam dah masak, baru masukkan bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga.
  3. Biarkan sekejap, kemudian masukkan lobak, kentang & lada hitam (kisar),bawang merah yang dipotong bulat. Masukkan garam. Kacau-kacau & biarkan sampai kentang & lobak lembut. Cuba rasa, kalau semua dah okey dari segi rasa, kentang & lobak pun dah lembut. 
  4. SIAP!!!
  5. Nak makan baru letakkan daun sup & daun bawang untuk naikkan aroma sup ayam sihat ni. Lagi rasa berselera gitu. 

SEDAP TAK SUP AYAM SIHAT NI

Sedap tak rasa sup ayam sihat ni? K.fiezz tanya mr hubby, dia kata lagi sedap dari sup biasa yang k.fiezz masak. Sup biasa tu ada guna minyak, kiub uolls. haha. Bila mr hubby kata yang sup ayam sihat ni lagi sedap, kembang kempis hidung sis sebab hat ni tak guna perasa tambahan. Cuma balance rasa dengan garam sahaja.

Kalau korang yang baru nak mencuba resipi diet sihat, boleh cuba menu ni. Sebab sangat simple & tak banyak kerja. Bila balik kerja petang-petang, rushing nak sediakan makan malam, boleh cuba resipi sup ayam sihat ni. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas sangat & yang penting sihat.

Sikit tips nak sediakan masakan sihat ni seperti di bawah :-
  • Wajib kurangkan garam & gula
  • Tak guna sebarang kiub dan serbuk perasa
  • Tak gunakan minyak (kukus & bakar sahaja)
  • Gunakan bahan segar & bukan di proses
  • Dada ayam tinggi protein & kurang lemak. Jadi pilih dada ayam berbanding bahagian lain
  • Jangan guna segala sos-sos (cili, tomato, tiram & yang seangkatan). Banyakkan guna bahan semulajadi (bawang, cili, halia)
Bila k.fiezz dah cuba masak resipi diet sihat ni, memang betul proses memasak menu diet ni senang, jimat duit & paling penting dapat kuruskan badan lebih sihat.

MASAK SECARA SIHAT UNTUK LEBIH SIHAT!!!

5 Comments

  1. nasib baik dah kembang, pastu kempis balik hidung tu hahah

    ReplyDelete
  2. Aduii.. lapo plak tengok... haha

    ReplyDelete
  3. Wak kalau sup ayam suka cari bahagian yang tulang2
    Kaki, leher, kepak, rangka. Isi tak mau

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap . Agak lama ccl tak buat sup ayam

    ReplyDelete